Saturday, 26 February 2022

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


       Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek aiskrim onde-onde pulak. Kek ni special sikit sebab aku buat untuk birthday aku hari ni... Bila dah selalu dok buat kek ni tak tau nak buat kek apa untuk birthday sendiri... Nak buat kek aiskrim onde-onde ni pun pikir banyak kali sebak susah sangat nak jumpa ice cream Nestle coconut gula melaka ni. Pi sana tak da, pi kedai tu tak da.. Dah tak jumpa ingat nak tukar buat kek aiskrim kit-kit je la... Hari nak pi beli aiskrim kit-kit tu boleh pulak jumpa aiskrim Nestle coconut gula melaka. Apa lagi amek 2 bekas terus la... So tahun depan kalau tak ada idea aku but kek aiskrim kit-kat laa... Hahahaa.... Apa-apa pun aku bersyukur sangat dapat sambut birthday tahun ni... Diharapkan Allah kurniakan aku dengan kesihatan yang baik... Aminnn... Kalau ada yang rajin boleh la tengok resepi kat bawah tu... Dulu pun aku pernah buat versi aiskrim oreo... Selamat mencuba... Byeee....

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )



Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )
Rujukan 1 : Rahel
Rujukan 2 : Qasey Honey


Kek Span Pandan
C&P : Kak Ita (Kek Span Vanilla )

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1/2 sudu besar pandan emulco


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Bahagi adunan kepada 2 dahagian. Satu dituang ke dalam loyang bulat 8 inci dan satu lagi dituang ke dalam loyang 9x9 inci.
  6. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Setelah masak biar kek sejuk di atas redai.
  7. Apabila kek sejuk, potong kek bulat kepada dua bahagian. Untuk kek 9x9 inc, potong kepada 3 bahagian lebih kurang 2.5 inci  setiap satu. Sebelum potong, buang sedikit bahagian atas kek supaya kek tidak tebal. ( contoh gambar kat bawah ).

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )




Caramel Gula Melaka
C&P :Kak Ita

25gm gula melaka
1 helai daun pandan
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air

Cara-cara
  1. Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat.
  2. Jika kurang pekat campurkan 1/2 sudu teh tepung jagung yang dibancuh sedikit air.
  3. Masak semula hingga pekat.
  4. Sejukkan. Bila dah sejuk baru drizzle atas kek.



Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )



Cara Penyediaan

-1 1/3 cawan fresh cream ( dipukul hingga soft peak )
-1 bekas Nestle coconut gula melaka
-coconut flakes
-kek span pandan ( resepi diatas )

Cara-Cara
  1. Sediakan loose tin 7". Letakkan sekeping kek bulat pada dasar loyang. Kemudian susun kepingan kek setinggi 2.5 inc pada keliling kek hingga kemas.
  2. Masukkan aiskrim dan ratakan. Apabila telah penuh, tutup dengan kepingan kek bulat.
  3. Simpan dalam peti sejuk pada bahagian beku selama semalaman atau lebih daripada 3 jam.
  4. Apabila kek telah beku sepenuhnya, keluarkan kek dari loyang dan salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Kemudian salut seluruh kek dengan coconut flakes dan drizzle atas kek dengan caramel gula melaka. Paipkan keliling kek dengan baki fresh cream.
  5. Simpan semula dalam peti ais pada bahagian beku sebelum dihidangkan.

 

Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )Kek Aiskrim Onde-onde ( Onde-onde Ice Cream Cake )


Friday, 4 February 2022

Nasi Daging Kurma Adabi

Nasi Daging Kurma Adabi



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update resepi nasi pulak... Bahan nak buat nasi ni agak rare jugak nak cari. Bahan apa tu...? Haaa... Ni dia kurma daging Adabi dalam tin. Aku kat perlis ni cari merata tak jumpa. Yang jumpa kari daging Adabi banyak... Kurma daging ni payah sungguh nak dapat. Yang ni pun aku dapat sebab aku pesan kat kak aku sebelum balik cuti hujung tahun lepas... Dapat la merasa juga kurma daging ni... Rasa kurma dalam tin ni bagi aku sedap. Aku kalau nak makan mesti rebus daging lain dulu pastu baru masak dengan kurma daging Adabi. Baru dapat banyak isi daging. Untuk versi nasi daging kurma Adabi ni kalau rajin boleh la buat air asam kerisik. Nanti jadi macam set nasi daging dengan air asam kerisik. Kalau tak rajin makan macam tu pun dah cukup mantap... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Nasi Daging Kurma Adabi



Nasi Daging Kurma Adabi
C&P : FB Khairul Abdullah

1 tin kurma daging Adabi
2 pot beras biasa atau basmathi ( kalau basmathi rendam 30 minit & toskan )
1/2 biji bawang besar dikisar / dihiris
3 ulas bawang putih dikisar / dihiris
1 inci halia dikisar / dihiris
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan disimpul
1 batang karot ( optinal ) dipotong baji
1 biji tomato ( optinal ) belah 4 ( aku tak letak )
1/2 biji bawang besar belah 2 ( aku tak letak )
 2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak


Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi / butter / minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga daun pandan sampai naik bau.
  2. Masukkan 1 tin kurma daging Adabi ( aku masukkan juga daging yang direbus ) dan kacau sebati, lalu masukkan karot dan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam.
  3. Masukkan beras, kacau perlahan-lahan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Masak seperti biasa. Kalau guna periuk elektrik maka tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak guna api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak
  4. Bila sudah masak boleh makan bersama sup daging & air asam kerisik.

Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi


AIR ASAM KERISK

Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris)
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
  2. Air asam kerisik siap.

 

SUP DAGING SIMPLE

Bahan-Bahan
150-200g daging
air secukupnya
sup bunjut
Garam
1/4 kiub daging
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Keluarkan daging dan hiris nipis kemudian ketepikan untuk dimasak bersama nasi.
  3. Renih sekejap sup. Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  4. Sup daging simple dah siap


Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi


Monday, 24 January 2022

Crab Rangoon

Crab Rangoon


     Assalamualaikum dan selamat malam semua... Petang tadi aku terajin sikit buat menu yang viral kat tik tok tu... Nama dia crab rangoon... Dah berapa kali dok lalu kat fyp tik tok aku... Ada macam-macam versi yang aku tengok. Tapi yang ni aku amik kat blog... Senang sikit nak baca resepi... Kalau kat tik tok tu kena pause sebab nak baca resepi...Untuk crab rangoon ni aku padankan dengan sos thai tu.. Rasa dia ok la... Tapi macam nak muak bila makn banyak bijik... Untuk satu adunan ni boleh dapat dalam 20 biji lebih la.... Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu...




Crab Rangoon
 
 
Ingredients
 
1 pkg. wonton wrapper
water

For Cheese Filling
226gm imitation crab sticks or lump crab meat
226gm cream cheese, softened in room temperature ( aku letak 250gm )
3 stalk scallions, finely chopped
1 tsp Worchester sauc ( aku ganti minyak bijan )
1 tsp soy sauce or ½ tsp salt
1 tsp. sugar

 
Instructions
  1. Cut the imitation crab sticks in halves. Separate the sticks into fine threads In a large mixing bowl, combine the imitation crab sticks with other cheese filling ingredients. Mix into a lumpy paste.
  2. Place teaspoonful of cream cheese filling in middle of a wonton skin. Wet the edges of the wonton wrapper with water. Fold the two opposing corners without sealing the edges. Bring the other two corners to the center and seal all edges.
  3. Over medium heat, deep fry the wontons for 1 – 2 minutes on each side or until golden crispy. Drain the excess oil on a paper towel and serve the wontons warm.
  4. Feel free to serve it with your favorite sauce or you can just serve it straight up.


Friday, 7 January 2022

Jus Alpukat / Avocado Juice

Jus Alpukat / Avocado Juice



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi jus pulak. Jus avocado... Rasa jus ni lemak-lemak manis tau. Masa aku makan avocado tu rasa macam pelik. Ye la, first time makan... Sebelum ni kalau nampak pun tak terasa nak beli. Tapi entah macam mana kali ni terasa sangat nak beli... So, beli la dalam 4 biji... Bagi aku kalau makan macam tu ja rasa pelik sikit, tapi bila buat jus ni, uishhh rasa dia lain maciam oooo.... Sedap tak terkata.... Kalau ada yang nak mencuba kesedapan jus avocado ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...

Jus Alpukat / Avocado Juice


Jus Alpukat / Avocado Juice
C&P : Kak Wan

Bahan-bahan
1 biji avocado masak ranum
1/2 cawan air mineral
2 cawan susu segar
3 sudu besar susu pekat
ais secukupnya
sirap coklat Hershey's

menghasilkan 2 gelas minuman

Penyediaan
  1. Belah avocado, buang biji dan cedok keluar isinya.
  2. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan sedikit air hingga hancur.
  3. Tuang ke dalam gelas, masukkan susu pekat, susu segar, kacau.
  4. Tambah sirap coklat jika suka.
  5. Masukkan ais dan kacau sebelum diminum.

Jus Alpukat / Avocado Juice

Saturday, 1 January 2022

Carrot Walnut Cake

Carrot Walnut Cake


     Assalamualaikum semua... Ni kek birthday kak aku yang kedua. Kek ni nampak simple ja, tapi sedap. Sebab apa aku kata simple, sebab dia tak letak banyak bahan. Selalu ada letak nenas. Yang letak nenas pun sedap kat mulut aku ni. Dah macam-macam versi carrot cake yang aku cuba. Untuk carrot cake ni aku tak letak langsung apa-apa rempah dalam kek ni. Sebabnya aku tak berapa suka bau kek yan ada bau rempah ni. Bukan tak minat langsung sampai tak boleh telan. Tapi agak kurang berminat. Kalau dapat kek yang ada rempah ni memang lambat habis. Makan tetap makan... Tapi nak habiskan satu slice tu memang lambat... Kalau orang belanja carrot cake yang ada rempah ni aku tetap makan. Jangan risau... Untuk cream cheese frosting tu aku tak ikut resepi asal. Yang tu aku guna resepi sendiri.... Kalau ada yang teringin nak mencuba resepi carrot cake ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...
 
 

Carrot Walnut Cake

 
Carrot Walnut Cake

1 and 1/2 cups (180g) all-purpose flour
1 and 1/2 teaspoons baking soda
1 and 1/2 teaspoons ground cinnamon ( tak letak )
3/4 teaspoon ground nutmeg ( tak letak )
3/4 teaspoon ground allspice ( tak letak )
1/4 teaspoon salt
1 and 1/2 cups (300g) granulated sugar
1 cup + 2 Tablespoons (245g) vegetable oil ( aku guna minyak jagung )
3 large eggs
1 pound (454g) carrots peeled and shredded/finely processed
3 ounces walnuts finely chopped

Instructions
  1. Preheat the oven to 350ºF (177ºC). Grease and flour two 8" round cake pans, or use homemade cake release. Set aside.
  2. In a medium size bowl, whisk together the flour, baking soda, cinnamon, nutmeg, allspice, and salt. Set aside.
  3. In a large bowl, whisk together the sugar and vegetable oil until completely combined. Whisk in the eggs one at a time until everything is incorporated.
  4. Pour the dry ingredients into the wet ingredients and stir with a spatula until batter starts to come together. Add the carrots and the walnuts and continue to mix until everything is evenly combined.
  5. Pour the batter into the prepared pans and bake for 30-34 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean. ( Cara aku pula, bahagi adunan sama banyak kepada 4 bahagian dan bakar satu persatu selama 20 minit atau sehingga kek masak) Allow to cool completely on a cooling rack before removing from pans and assembling.


Carrot Walnut Cake


Cream Cheese Frosting

250gm mentega ( lembutkan )
250gm cream cheese ( lembutkan )
180gm gula aising ( diayak )

Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula aising hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan cream cheese dan terus pukul hingga sebati dan tidak berketul.
  3. Apabila adunan sudah sebati, bolehlah dilepa pada kek.

Carrot Walnut Cake


Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan cream cheese atas kek. Kemudian letak sekeping lagi kek.Ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
  2. Salut seluruh kek dengan cream cheese.
  3. Jika suka boleh salut keliling kek dengaan kacang walnut.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Carrot Walnut Cake

Biscoff Tiramisu

Biscoff Tiramisu


    Assalamualaikum.. Selamat tahun baru semua... Dah masuk tahun 2022 hari ni... Bila dah tahun baru ni mesti hangpa ada azam baru kan... Aku tahun ni nak berazam bagi rajin update blog dah laa... Hahahaa... Macam tak ada azam lain la kan... Bila dah tahun baru ni, maka wujud la kek tahun baru bersempena kek birthday kak aku... Tiap-tiap tahun kalau aku dan aku akan buat kek untuk dia. Tahun ni aku buat kek simple ja... aku buat tiramisu dan carrot cake. Kek tiramisu ni dia ada penambahan rasa dari biscoff spread tu. Rasa dia sangat sedap. Bila kita gigit tu terasa rangup dari biscoff spread tu. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Nanti aku share resepi carrot cake pulak. Byee...
 

Biscoff Tiramisu


Biscoff Tiramisu

Espresso Syrup
200g air
50g gula kastor
4 sb serbuk espresso

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dalam bekas & panaskan hingga gula cair.
  2. Ketepikan dulu sebentar.

Biscoff Tiramisu


Biscoff cheese filling

Bahan A
1 biji kuning telur, gred A
1 biji telur, gred A
20gm gula kastor

Bahan B
1 1/2 sudu besar serbuk gelatin
50gm air

Bahan C
250gm mascarpone cheese, suhu bilik
50gm gula kastor
2 sudu besar air + 1 sudu besar serbuk espresso

Bahan D
300gm non dairy cream, dipukul pekat

Bahan-bahan lain
400gm sponge finger ( forno bonomi savoiardi )
crunchy biscoff spread, dicairkan


Cara-cara
  1. Satukan bahan A dalam bekas tahan panas. Masak guna kaedah double boiler hingga sebati. Guna api perlahan.
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan dalam adunan A tadi. Kacau rata hingga gelatin cair sepenuhnya dan alihkan dari api. Sejukkan sebentar.
  3. Satukan mascarpone cheese dan gula, pukul hingga berkrim guna handwhisk. Masukkan campuran espresso dan kacau lagi.
  4. Kemudian satukan adunan cheese bersama dengan adunan gelatin, kacau rata lagi. Masukkan pula bahan D dan kaup balikkan hingga halus dan sebati. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak.
  5. Sediakan loyang loosed base bulat bersaiz 8 inci. Celupkan sponge finger kedalam espresso syrup dan susun dalam loyang. Tuang satu bahagian cheese filling atas sponge finger yang telah disusun. Sendukkan sedikit crunchy biscoff spread atas cheese filling. Ulang langkah tadi hngga habis.
  6. Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam atau hingga mengeras baru boleh dipotong. Potong guna pisau panas untuk potongan yang kemas.


Biscoff Tiramisu

Biscoff TiramisuBiscoff Tiramisu


Thursday, 16 December 2021

Apam Mentega Gula Hangus



      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi apam pulak. Dah lama aku tak buat kuih ni... So, hari ni terajin sikit maka jadi la apam mentega gula hangus.... Nak-nak cuaca hari ni hujan renyai-renyai. Lagi la layan makan apam ni... Rasa apam ni memang sedap bagi aku. Aku guna pure butter. So, rasa dia lagi la umph... Kalau tak ada butter, guna margerine pun boleh... Tapi rasa dia mungkin kurang lemak macam pure butter. Untuk apam ni aku buat separuh adunan. Kalau buat full resepi mesti tak habis makan kami 3 beranak kat rumah ni. Separuh adunan pun dapat 20 bijik. Banyak ooo... Jenuh nak makan... Hahahaa... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....



Apam Mentega Gula Hangus


Apam Mentega Gula Hangus
C&P : Kak Yatie

Bahan ( A ) Bahan-bahan untuk gula hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( boleh guna air panas dan tuang sikit-sikit )
250gm mentega

Cara-cara
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padakan api ( untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

 

Apam Mentega Gula Hangus


Bahan ( B )
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua sehingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuang adunan kedalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
  5. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh kebawah.
  6. Selamat mencuba.

 

Apam Mentega Gula Hangus

Thursday, 9 December 2021

Kek Batik Indulgence ( 2 )

 

Kek Batik Indulgence ( 2 )



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek batik indulgence pulak. Dulu aku pernah dah buat sekali. Tapi yang tu versi ada cheese. Kalau nak tengok boleh klik kat sini. Yang kali ni tak guna cheese. Versi ni dia tak rasa lemak-lemak cheese. Dia rasa manis-manis gitu. Untuk bahagian white chocolate mousse tu patutnya guna dairy whipping cream, sebab malas nak pi beli aku guna fresh cream. Kalau guna fresh cream ni dia jadi agak manis bila campur dengan white chocolate tu... Kalau nak cuba boleh ja... Aku guna apa yang ada kat rumah aku ja... Musim covid ni malas sikit nak keluar cari barang. Bila dah guna fresh cream tu dia jadi tebal la sikit bahagian white chocolate mousse tu. Kek ni aku rasa sesuai untuk orang yang tak ada oven sebab tak payah bakar kek. Bila dah siap nampak cun jugak walaupun kat tepi-tepi tu ada comot sikit. Hihihii... Walaupun comot masa potong tu janji rasa sedap... Kalau ada yang rasa nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Untuk hiasan atas kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan. Resepi chocolate ganache kat bawah tu cukup untuk bahagian atas ja... Kalau nak buat hiasan kena buat lebih. Selamat mencuba...


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Kek Batik Indulgence ( 2 )
C&P : FB Ainie Syeema

Bahan-bahan

125gm butter
100gm serbuk milo
90gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
esen vanilla
150gm biskut marie
150ml susu perisa coklat untuk kek batik lembut ( aku guna air kotak milo )


Cara-cara
  1. Sediakan loyang bulat ''loose base'' saiz 6 inci. Lapik keliling loyang dengan plastik supaya senang keluarkan kek. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dalam kuali. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Tambah secubit garam dan sedikit serbuk nescafe untuk menaikkan rasa jika suka. Tambah susu perisa coklat jika mahu kek batik yang lebih lembut.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang.
  5. Tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.

Kek Batik Indulgence ( 2 )



White Chocolate Mousse

200gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
80gm coklat compound putih
1 sudu teh gelatin + 1 sudu besar air panas ( cairkan )
esen vanilla


Cara-Cara
  1. Pukul dairy whipping cream pada kelajuan sederhana sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan berketul. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
  3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air panas tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
  4. Masukkan coklat putih kedalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balik hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
  5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
  6. Tuang white chocolate mousse ke atas kek batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan kek batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
  8. Bila chocolate mousse dah ''set'', curahkan chocolate ganache diatasnya.


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Chocolate Ganache

Bahan-bahan
150g coklat - potong kecil
100g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Biarkan coklat ganache suam baru tuang atas white chocolate mousse.
  3. Sejukkan kek batik indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul "set".
  4. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
  5. Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur atas api atau dicelup dengan air suam.


Kek Batik Indulgence ( 2 )

Wednesday, 8 December 2021

Best Moist Chocolate Cake Ever

 


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak update pasal kek coklat. Lama dah tak makan kek coklat ni. Tiba-tiba mengidam pulak... Hahahaa... Kek coklat ni agak moist walaupun tak guna susu pekat. Mungkin guna buttermilk yang buat kek ni jadi moist. Untuk kek aku test guna serbuk koko jenama callebaut. Boleh tahan bau dia... Wangi... Coklat ganache pun aku guna coklat jenama callebaut. Kalau nak banding dengan dark coklat beryls, dark chocolate callebaut ni agak pahit sikit. Kalau beryls boleh rasa manis walaupun pahit. Tu pendapat aku la... Pendapat orang lain aku tak tau la. Walaupun pahit... Rasa tetap sedap. Rasa memang sedap tapi harga dia pun boleh tahan... Kalau nak sedap jangan berkira ok... Untuk ganache tu cuma cukup-cukup buat salut keseluruhan kek ja. Untuk hiasa kat kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan.... Kalau ada yang nak mencuba kesedapan kek coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byeee...




Best Moist Chocolate Cake Ever 

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kaster ( aku guna gula perang )
3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku guna callebaut cocoa powder + sedikit black cocoa powder )
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk ( 1 sudu besar cuka + 1 cawan susu segar )
1 cawan minyak jagung Mazola
1 1/2 sudu kecil vanilla extract
1 cawan air mendidih ( letak satu sudu kecil coffee / nescafe )


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 150C untuk membakar secara perlahan ( slow baking ).
  2. Lanser 2 biji loyang bulat saiz 8 inci dengan butter dan lapik kertas kalis minyak supaya ianya tidak melekat.
  3. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.
  4. Perlahankan kelajuan, masukkan air mendidih yang dikacau dengan sedikit serbuk nescafe sambil terus diputar. Naikkan pada kelajuan sederhana dan teruskan memutar hingga sebati.
  5. Bahagi adunan sama banyak dan tuang ke dalam loyang. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  6. Sejukkan kek sebelum dihias.



Chocolate Ganache
C&P : roz HomeKreation

Bahan-bahan
450g coklat - potong kecil ( aku guna callebaut dark chocolate )
300g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam paiping bag. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ganache menjadi keras ( keluarkan 10 minit lebih awal dari peti sejuk sebelum digunakan sebab ganache agak keras. Nanti susah nak sapu pada kek )



Cara melapis kek
  1. Selepas kek sejuk. Potong bahagian atas kek yang tidak rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua keping.
  2. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan chocolate ganache dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache. Hias ikut kreativiti anda.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.



Monday, 29 November 2021

Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap



      Assalamualaikum semua.... Lama kita tak berjumpa kat blog aku ni... Hari ni aku nak share resepi paling mudah. Tak yah pakai mixer pun. Cuma pakai blender ja... Tapi kalau nak pakai blender tu kena la basuh elok-elok. Satgi tak pasai-pasai kek pisang hangpa ada rasa pedas-pedas. Tak pun ada bau serai-serai sikit... Nanti jadi resepi baru pulak... Hahaa... Aku buat kek pisang ni pun sebab dok tengok pisang kat dapur tu terbiaq ranum ja.... Nak makan macam tu ja tak berapa selera. Tapi bila dah jadi kek ni laju sikit habis. Tambah-tambah lani kan tengah musim hujan. Pekena pulak dengan kopi hangat... Slruppp.... Sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....





Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
** ayak semua dan satukan **

7- 8 biji pisang emas ( jadikan satu cawan )
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
** blend semua **


Cara-cara
  1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
  2. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak ( aku guna loaf pan ). Tuang adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak ( kalau suka boleh tabur apa-apa jenis kekacang atas kek sebelum dibakar ) . Cucuk tengah kek dengan lidi ( kalau lidi bersih tanda kek dah masak ). Kalau kukus selama 45minit.
  4. Dah sejuk sedia dihidangkan...




 

Thursday, 19 August 2021

Kek Coklat Mousse


      Assalamualaikum semua... Apa khabar...? Harap-harap semua sihat lah yerr... Hari ni aku bersiaran dengan kek berkrim pulak. Entah la, mulut ni tiba-tiba lapaq kek berkrim pulak.... Cari punya cari jumpa resepi ni. Resepi ni aku simpan lama dah. Tapi tak ingat nak buat. Bila jumpa pulak, ehh.. Macam pernah save resepi ni... So, jadi la kek hari ni. Untuk resepi ni aku ada ubah sikit and aku tambah coklat ganache sebab nak bagi nampak mewaah. Kalau tak rajin tak yah buat cokla ganache pun tak pa sebba kek ni memang sedap.. Tapi ada ganache lagi sedap... Hahahaa... Terpulang laa... Untuk coklat mousse tu aku tambah gelatin sebab nak bagi stabil cream tu. Nanti takut cair pulak. Untuk kek pulak aku bakar guna 4 biji loyang sais 6 inci. So, kek jadi tinggi. Kalau tak nak kek tinggi boleh guna loyang 7 inci. Masa potong kek ni, dia tak mau bagi kerjasama yang baik sikit sebab kek ni gebu & lembut sangat. Bila potong jadi tak berapa canti... Tapi bab rasa memang sedap... Macam makan ais cream pun ada.... Sila la buat kalau nak tau rasa dia... Selamat mencuba...
 
 



Kek Coklat Mousse
C&P : ABM

Bahan kek coklat
 
Bahan A
3 biji kuning telur
100gm gula kastor
120gm tepung kek
50gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
 
Bahan B
30gm serbuk koko
120ml air suam
 
Bahan C
3 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
  2. Bancuh bahan B dan kacau rata. Satukan pada bahan A dan gaul rata.
  3. Untuk bahan C, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan pukul seketika. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental. Bila diterbalikkan mangkuk, putih telur tidak tumpah.
  4. Masukkan putih telur kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
  5. Panaskan oven 170C. Sediakan 4 biji loyang 6 inci dan alas baking paper ( kalau nak kek rendah boleh guna loyang 7 inci ) Masukkan adunan kedalam loyang sama banyak. Bila oven dah dipanaskan, bakar  selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dihias.





Bahan Mousse
 
400ml non-dairy whipping cream
200gm coklat
60ml susu segar
30gm gula kastor
2 biji kuning telur
2 sudu besar air panas + 1 1/2 sudu kecil gelatin - larutkan

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Larutkan sepenuhnya gelatin dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
  3. Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
  4. Masukkan adunan telur dan larutan gelatin kedalam adunan coklat dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan  coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.

 



Coklat Ganache

200ml whipping cream
300gm dark chocolate

Cara-Cara
  1. Satukan whipping cream dan dark chocolate dalam mangkuk. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Apabila coklat cair sepenuhnya, biar suam sebelum dimasukkan dalam piping bag. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar cair untuk tuang atas kek. Satu bahagian lagi simpan dalam peti sejuk sehingga keras untuk paipkan keliling kek.

 


Penyediaan
  1. Letakkan sekeping kek atas papan kek. Paipkan adunan coklat mousse atas kek dan ratakan.
  2. Letak sekeping kek lagi dan ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
  3. Salut keseluruhan kek dengan baki coklat mousse. Sejukkan dahulu sebelum letak coklat ganache.
  4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang coklat ganache. Sejukkan sekejap supaya coklat ganache keras.
  5. Akhir sekali, paipkan lebihan coklat ganache yang keras sekeliling kek.