Thursday, 19 August 2021

Kek Coklat Mousse


      Assalamualaikum semua... Apa khabar...? Harap-harap semua sihat lah yerr... Hari ni aku bersiaran dengan kek berkrim pulak. Entah la, mulut ni tiba-tiba lapaq kek berkrim pulak.... Cari punya cari jumpa resepi ni. Resepi ni aku simpan lama dah. Tapi tak ingat nak buat. Bila jumpa pulak, ehh.. Macam pernah save resepi ni... So, jadi la kek hari ni. Untuk resepi ni aku ada ubah sikit and aku tambah coklat ganache sebab nak bagi nampak mewaah. Kalau tak rajin tak yah buat cokla ganache pun tak pa sebba kek ni memang sedap.. Tapi ada ganache lagi sedap... Hahahaa... Terpulang laa... Untuk coklat mousse tu aku tambah gelatin sebab nak bagi stabil cream tu. Nanti takut cair pulak. Untuk kek pulak aku bakar guna 4 biji loyang sais 6 inci. So, kek jadi tinggi. Kalau tak nak kek tinggi boleh guna loyang 7 inci. Masa potong kek ni, dia tak mau bagi kerjasama yang baik sikit sebab kek ni gebu & lembut sangat. Bila potong jadi tak berapa canti... Tapi bab rasa memang sedap... Macam makan ais cream pun ada.... Sila la buat kalau nak tau rasa dia... Selamat mencuba...
 
 



Kek Coklat Mousse
C&P : ABM

Bahan kek coklat
 
Bahan A
3 biji kuning telur
100gm gula kastor
120gm tepung kek
50gm minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
 
Bahan B
30gm serbuk koko
120ml air suam
 
Bahan C
3 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
  2. Bancuh bahan B dan kacau rata. Satukan pada bahan A dan gaul rata.
  3. Untuk bahan C, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan pukul seketika. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental. Bila diterbalikkan mangkuk, putih telur tidak tumpah.
  4. Masukkan putih telur kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
  5. Panaskan oven 170C. Sediakan 4 biji loyang 6 inci dan alas baking paper ( kalau nak kek rendah boleh guna loyang 7 inci ) Masukkan adunan kedalam loyang sama banyak. Bila oven dah dipanaskan, bakar  selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dihias.





Bahan Mousse
 
400ml non-dairy whipping cream
200gm coklat
60ml susu segar
30gm gula kastor
2 biji kuning telur
2 sudu besar air panas + 1 1/2 sudu kecil gelatin - larutkan

Cara-Cara
  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Larutkan sepenuhnya gelatin dan ketepikan.
  2. Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
  3. Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
  4. Masukkan adunan telur dan larutan gelatin kedalam adunan coklat dan gaul rata.
  5. Dalam mangkuk lain, masukkan non-dairy whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan  coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.

 



Coklat Ganache

200ml whipping cream
300gm dark chocolate

Cara-Cara
  1. Satukan whipping cream dan dark chocolate dalam mangkuk. Cairkan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Apabila coklat cair sepenuhnya, biar suam sebelum dimasukkan dalam piping bag. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar cair untuk tuang atas kek. Satu bahagian lagi simpan dalam peti sejuk sehingga keras untuk paipkan keliling kek.

 


Penyediaan
  1. Letakkan sekeping kek atas papan kek. Paipkan adunan coklat mousse atas kek dan ratakan.
  2. Letak sekeping kek lagi dan ulang hingga kepingan kek yang terakhir.
  3. Salut keseluruhan kek dengan baki coklat mousse. Sejukkan dahulu sebelum letak coklat ganache.
  4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan tuang coklat ganache. Sejukkan sekejap supaya coklat ganache keras.
  5. Akhir sekali, paipkan lebihan coklat ganache yang keras sekeliling kek.

 


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...