Thursday 9 December 2021

Kek Batik Indulgence ( 2 )

 

Kek Batik Indulgence ( 2 )



     Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi kek batik indulgence pulak. Dulu aku pernah dah buat sekali. Tapi yang tu versi ada cheese. Kalau nak tengok boleh klik kat sini. Yang kali ni tak guna cheese. Versi ni dia tak rasa lemak-lemak cheese. Dia rasa manis-manis gitu. Untuk bahagian white chocolate mousse tu patutnya guna dairy whipping cream, sebab malas nak pi beli aku guna fresh cream. Kalau guna fresh cream ni dia jadi agak manis bila campur dengan white chocolate tu... Kalau nak cuba boleh ja... Aku guna apa yang ada kat rumah aku ja... Musim covid ni malas sikit nak keluar cari barang. Bila dah guna fresh cream tu dia jadi tebal la sikit bahagian white chocolate mousse tu. Kek ni aku rasa sesuai untuk orang yang tak ada oven sebab tak payah bakar kek. Bila dah siap nampak cun jugak walaupun kat tepi-tepi tu ada comot sikit. Hihihii... Walaupun comot masa potong tu janji rasa sedap... Kalau ada yang rasa nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Untuk hiasan atas kek tu aku guna lebihan coklat ganache yang aku simpan. Resepi chocolate ganache kat bawah tu cukup untuk bahagian atas ja... Kalau nak buat hiasan kena buat lebih. Selamat mencuba...


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Kek Batik Indulgence ( 2 )
C&P : FB Ainie Syeema

Bahan-bahan

125gm butter
100gm serbuk milo
90gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
esen vanilla
150gm biskut marie
150ml susu perisa coklat untuk kek batik lembut ( aku guna air kotak milo )


Cara-cara
  1. Sediakan loyang bulat ''loose base'' saiz 6 inci. Lapik keliling loyang dengan plastik supaya senang keluarkan kek. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega dalam kuali. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Tambah secubit garam dan sedikit serbuk nescafe untuk menaikkan rasa jika suka. Tambah susu perisa coklat jika mahu kek batik yang lebih lembut.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang.
  5. Tekan adunan kek batik supaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.

Kek Batik Indulgence ( 2 )



White Chocolate Mousse

200gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
80gm coklat compound putih
1 sudu teh gelatin + 1 sudu besar air panas ( cairkan )
esen vanilla


Cara-Cara
  1. Pukul dairy whipping cream pada kelajuan sederhana sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan berketul. Ketepikan.
  2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
  3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air panas tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
  4. Masukkan coklat putih kedalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balik hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
  5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
  6. Tuang white chocolate mousse ke atas kek batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan kek batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
  8. Bila chocolate mousse dah ''set'', curahkan chocolate ganache diatasnya.


Kek Batik Indulgence ( 2 )


Chocolate Ganache

Bahan-bahan
150g coklat - potong kecil
100g cream

Cara-cara
  1. Panaskan cream secara double boiler. Masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
  2. Biarkan coklat ganache suam baru tuang atas white chocolate mousse.
  3. Sejukkan kek batik indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul "set".
  4. Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
  5. Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur atas api atau dicelup dengan air suam.


Kek Batik Indulgence ( 2 )

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...