Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni aku nak share resepi yang tengah vairal kat tiktok la ni. Depa panggil chocolate dream cake. Tapi kalau resepi asal dia buat dalam container. Tapi versi aku buat versi kek yang agak stabil la bila nak potong tu. Kalau ikut resepi asal, cream dia memang nampak macam cair gitewww. Chocolate ganache pun cair jugak. Tapi versi aku ni agak stabil laaa... Kalau ikutkan resepi yang aku buat ni sama macam kek coklat kunafa yang aku buat sebelum ni. Untuk pistachio mousse tu aku guna cream cheese. Nak guna mascarpone cheese mahai la pulak... 😅😅😅 Bagi aku kek ni macam manis jugak laa... Yang menarik pun part bila kita gigit kat bahagian pistachio feuilletine tu. Ada bunyi krup krap krup krap. Tu je la... Kalau ikutkan nak buat jugak versi yang dalam container tu. Versi cream yang cair-cair tuhhh... Tapi tunggu bila rajin lahhh... 😂😂😂😂 Kalau ada sapa-sapa nak buat buleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
Chocolate Pistachio Dream Cake
By : Syapex Kitchen
Kek Coklat
Bahan A
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak jagung
Bahan B
1/3 cawan + 1 sudu besar tepung kek*
1/3 sudu kecil baking powder*
1/3 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]
Bahan C
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
- Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
- Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci yang dililit dengan plastik cake mousse.
PISTACHIO MOUSSE
Diolah daripada resepi : Chef Dennis
Bahan A
2 biji kuning telur
50 gm pistachio spread
4 gm gelatin
15 gm air
100 gm krim bukan tenusu
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
- Mula-mula cairkan gelatin secara double boiler. Kemudian cairkan pistachio spread secara kaedah double boiler juga.
- Kemudian, masukkan telur dalam bekas dan dengan kaedah double boiler juga panaskan telur sambil dikacau hingga ia pekat dan berkrim jangan sampai telur masak. Kena selalu kacau supaya telur creamy. Tuangkan gelatin cair ke dalam telur dan kacau rata.
- Tuangkan adunan telur dan gelatin dalam pistachio spread dan kacau rata. Masukkan esen vanilla dan kacau sempurna. Ketepikan
- Putarkan krim putar hingga kental. Masukkan 1/3 krim putar dalam adunan pistachio dan kaup balik rata. Tuangkan baki krim putar dan kaup balik sempurna, ketepikan
Bahan B
100 gm cream cheese ( aku letak 150gm )
50 gm gula icing
Cara-Cara
- Putar cream cheese dan gula ising hingga lembut.
- Satukan adunan krim putar ke dalam cream cheese dan kaup balik sempurna.
- Tuang atas kek coklat dan ratakan.
- Simpan dalam peti sejuk.
Chocolate ganache
150gm dark chocolate
75gm whipping cream
Cara-cara
- Satukan dark chocolate dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
- Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas adunan pistachio mousse.
Pistachio Feuilletine
60gm feuilletine flake
100gm pistachio spread ( boleh lebihkan kalau suka )
Cara-cara
- Cairkan pistachio spread dengan kaedah double boiler. Biarkan sejuk sedikit.
- Masukkan feuilletine dalam pistachio spread dan gaul rata.
- Tuang atas lapisan chocolate ganache dan ratakan.
- Simpan semula dalam peti sejuk. Jika hendak potong, sila guna pisau yang betul-betul tajam supaya potongan kek nampak cantik. Boleh juga tabur keliling kek dengan kacang pistachio yang dicincang kasar jika suka.







No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...