Monday, 21 July 2025

Biscoff Cake

Biscoff Cake
 
 
     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek biscoff pulak. Aku buat kek biscoff ni pun sebab nak habiskan biscoff spread yang aku guna buat kek lapis masa raya haji har tu. Guna sikit ja. Mula-mula ingat nak buat coklat kunafa biscoff. Macam tak sedap pulak. So cari la resepi. Jumpa kat you tube. Tapi aku olah sikit. Kat cream tu aku tak guna biscoff spread, aku ganti dengan serbuk biscoff yang dah kisar hancur. Bagi aku kek ni agak manis sebab aku guna banyak biscoff spread. Guna banyak pun sebab nak habiskan. Malas nak simpan...😅😅😅😅 Sapa suka biscoff sila la cuba...
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cake
C&P : You Tube Mintea Cake
 
4 biji telur gred A
100gm gula perang
120gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder
30ml susu segar
30 ml minyak jagung
30gm biskut biscoff ( hancur lumat )
 
 
Cara-Cara
  1. Satukan telur dan gula perang. Pukul hingga kembang selama 5 minit menggunakan speed perlahan dan naikkan speed kuat.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik sehingga habis.
  3. Satukan minyak dan susu. Kemudian ambil sedikit adunan tepung tadi dan gaul rata. Kemudian tuang adunan tersebut dalam adunan tepung tadi. Kaup balik sehingga sebati. Kemudian masukkan biscoff yang dihancurkan dan ratakan
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 4 bahagian dan tuang dalam loyang saiz 6 inci.
  5. Bakar pada suhu165C° selama 20 minit atau sehingga masak.
 
 
Biscoff Cake

 
Biscoff Cream
 
300 ml fresh cream
70gm biskut biscoff ( hancurkan hingga halus ) 
 
Cara-Cara
  1. Pukul fresh cream hingga kental.
  2. Masukkan serbuk biscoff dan ratakan.
  3. Masukkan dalam piping bag dan sedia digunakan
 
 
Biscoff Cake

 
Cara melapis kek
 
Biscoff spread secukupnya
Biskut biscoff secukupnya
Fresh cream secukupnya


Cara-Cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Ratakan biscoff spread. Paipkan biscoff cream dan ratakan. Letak sekeping kek atas biscoff cream.
  2. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Salut seluruh kek dengan baki biscoff cream.
  4. Boleh salute keliling kek dengan biskut biscoff yang dihancur kasar. Tuang biscoff spread yang telah dicairkan atas kek. Paipkan fresh cream keliling kek dan susun biskut biscoff.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 
 
 
Biscoff Cake

 
 
Biscoff Cake

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...