Assalamualaikum semua... Apa khabar...? Harap-harap semua dalam keadan sihat sejahtera la yer. Aku kat perlis ni, Alhamdulillah ok ja... Cuma cuaca sekarang ni tersangat la panas... Kalau pukul 10 pagi tu dah rasa panasnya... Sampai tengahari ja terus panas lit-lit orang utara kata. Memang sangat panas. Kalau naik moto boleh hitam tangan tau... Hahaa.... Hari ni aku nak share resepi kek opera pulak. Resepi ni aku dah simpan lama dah... Yang tak terbuat tu sebab renyah sikit nak buat kek ni. Banyak step... Renyah-renyah pun janji kek sedap. Kek ni aku buat sempena birthday aku tahun ni... Hari ni genap umur aku 33 tahun... Tiap-tiap tahun mesti aku buat kek. Kalau ikutkan macam malas sangat. Ingat nak buat cup cake ja.. Tapi birthday kan kita sambut setau sekali. Maka jadi la kek ni. Kek ni memang sesuai untuk peminat kopi... Yes, memang sedap bila bau aroma kopi tu. Ganding pula dengan coklat ganache. Pastu diapit pula dengan kegebuan kek span almond... Mmmm... Tak tau nak cakap lagu mana... Sebelum aku lupa, aku nak bagi tau yang ganache tu macam pekat sangat. Susah sikit kalau nak tuang atas kek. So, aku panaskan ganache tu & tambah sikit-sikit fresh cream supaya dia kurang likat. Yang ni untuk tuang atas kek la. Kalau untuk sapu pada kek tu ok, sebab bila dah likat senang nak sapu atas kek tu... So, kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu yer... Byeee...
OPERA CAKE
By: Rima
Source : Bisous A Toi
By: Rima
Source : Bisous A Toi
C&P : Kak Ita
Bahan-bahan Kek
Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C. Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper. Ketepikan
- Bahan A. Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur. Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit. Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna. Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi. Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan. Ketepikan.
- Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A) Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna. Ketepikan
- Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku. Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A) Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata. Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
- Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan. Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata. Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.
- Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak. Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
- Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Mocha Buttercream
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
Cara-cara
- Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar. Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya. Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
- Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) panaskan anggaran agak2, sehingga gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
- Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
- Masukkan kiub butter satu demi satu sambil dipukuil. Buat sehingga habis kiub butter. Pukul mentega sampai gebu.
- Tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata. Ketepikan
Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
Cara-cara
- Coklat di potong kecil atau di hiris.
- Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
- Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
- Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
- Biarkan ia sejuk dan sedikit likat. Ketepikan
Cara Melapis Kek
Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
- Bila kek dah masak keluarkan dari loyang. Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk. Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
- Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
- Ambil sekeping kek. Letak atas papan kek. Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi. Kemudian letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi. Ratakan.
- Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya. Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat. Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.
- Selepas tu kita tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache. Ratakan.
- Kemudian letakkan selapis lagi kek. Sapukan coffee syrup
- Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan. Kemudia letak lapisan kek yang terakhir. Sapukan juga coffee syrup
- Masukkan sekejap kek ni dalam peti ais supaya Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras. Anggaran 1 jam.
- Keluarka dari peti ais. Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray. Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair. Tuang atas kek
- Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
- Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...