Friday, 9 May 2014

Strawberry Cheese Cake



      Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Agak lama aku tak meng'update' blog kesayangan aku ni... Mesti dah agak bersawag... Huhuhuu... Harap-harap pelawat yang mai jengok tengok blog aku ni tak marah la ya sebab aku lambat update... Hari ni aku nak tayang resepi cheese cake yang sangat sedap dan mudah. Tak payah nak bakar-bakar pun.. Cuma sejukkan dalam peti sejuk supaya cheese cake tu beku.. Kali ni untuk basenya aku tukar biskut oreo. Saja nak ubah... Kalau ada yang nak try boleh la tengok resepi kat bawah tu... Jom-jom..






Strawberry Cheese Cake
C&P : Kak Hana

Bahan-bahan

Bahan-bahan A:
-250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je [ aku guna 180gm biskut oreo ]
-125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g

Bahan-bahan B:
-200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
-250 gm krim keju
-165 gm gula kastor - hana buh 140g
-1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
-15 gm gelatin halal
-100ml air
* campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejuk kan)

Bahan-bahan D
-1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
-150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek .
-1 sudu besar tepung jagung - x ltk

* Untuk topping aku guna strawberry filling. Cairkan dengan sedikit air panas



Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci [ aku guna 7'' ].
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k .zai cume masuk k an 2jam jerk sbb dh k eras)
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.






Nyum, Nyumm, Nyummm...


4 comments:

  1. pik akak ada ode cheese kek stoberi... cedok resepi yer..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. eh bukan la... lain... buleh google tengak rupa dia... kalau nak yakin buleh guna halalgel

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...