Saturday, 31 May 2014

Mango Mousse Cake



   Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak tayang satu kek yang sangat sedap dan dah habis dah pun... Disebabkan sekarang ni kan musim manga, kek pun aku buat guna buah manga jugak laa... Resepi ni aku copy kat Marsita yahya. Masa dia tayang kat blog dulu memang terasa kegodaannya... Huhuhuuu... Aku pun apa lagi save la resepi tuuu... Bila dah ada masa baru aku buat kek ni... Memang sangat sedap... Makan pulak sejuk-sejuk... Mmmmm... Lazatnya... Dah la tu manis buah manga tu sangat la manis... Perhhh... Tak tau nak habaq betapa nikmatnya rasa kek ni... Untuk kek ni aku salut dengan fresh cream. Kalau tak salut dengan fresh cream pun ok, cuma bila letak fresh cream tu nampak lagi cun laa.. Rasa pun macam makan es krim manga... Hihihiii... Mo kalau ada yang nak try boleh la cuba buat sendiri... Bye...






Mango Mousse Cake
Sumber: Maz Abdul
C&P : my-mintroom


Bahan:
-250g cream cheese (philadelphia/tatura dll)
-250g whipping cream (diputar hingga kental)
-100g gula kastor
-1 cwn isi mangga(didadu)
-1 sk mango emulco
-1/2 sk pewarna yellow lemon
-1 1/2 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/4 cwn air panas.


Cara membuatnya:
  1. Potong kecil cream cheese dan biarkan lembut pada suhu bilik,baru diputar hingga betul-betul lembut.
  2. Masuk gula dan putar lagi hingga sebati. Masuk juga mango emulco dan pewarna. Sebatikan.
  3. Masukkan larutan gelatin, putar lagi hingga betul-betul rata.
  4. Masuk separuh whipping cream yang telah diputar kental, dan kaup balik perlahan guna spatula. Masuk baki whip cream dan juga isi mangga yg telah dipotong dadu. Kaup balik hingga sekata.




Mango Glee/Glaze

-100g mango puree
-2 tsp gelatin
-3 tbs water
-100g mango, cubed

Making gelatine solution
  1. Soak 2 tsp gelatine in 3tbs water and allow it to bloom for 5 minutes. Heat the gelatine mixture over a double boiler untill gelatine dissolves completely. Leave to cool.


Making the mango gelee
  1. Combine cooled gelatine solution and mango puree. Pour it over the chilled and assembled mango mousse cake. Scatter 100g cubed mango over the mango gelee layer. Allow cake to chill until mango gelee layer is firm.


Unmoulding finished cake:
  1. To unmould, wrap a warm kitchen towel around the ring or use a hairdryer to briefly heat up the exterior of the cake ring.
  2. Take care not to apply too much heat using the hairdryer. Remove cake ring slowly and steadily. Bring cake back to the refrigerator to firm up before decorating and cutting.


Nota : 

Masa nak assemble kek, saya menggunakan loyang yang boleh dikeluarkan dasarnya atau loose base tin. Nak guna spring form pun boleh. Selepas siap, simpan kek dalam chiller selama 4 jam. Bila mousse
tersebut dah set bolehlah dikeluarkan dari loyang. Untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang, saya panaskan dikeliling loyang menggunakan lilin, tak perlu lama-lama nanti cair pulak mousse tu. Lepas tu letakkan loyang di atas bekas bulat yang kecil sedikit dari saiz loyang. Keluarkan kek dari loyang dengan menolak loyang tersebut ke bawah. Boleh terus hiaskan kek dan tuang mango glaze di atas permukaan kek. Sejukkan dalam peti ais sebelum di potong.





Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL


Bahan:
-120g gula kastor
-10g ovalette
-4 biji telur gred A

-130g tepung kek}
-1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

-40g air
-60g minyak masak/mentega cair
-1 sudu teh esen vanila


Cara membuat:
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk dan potong kepada tiga bahagian.







No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...