Assalamualaikum kengkawan blog semua... Sihat ka..? Tak ada ayat lain aku nak tanya... Huhuhuuu.... Kali ni kembali dengan kek buah kiwi pulak. Resepi dia sama macam Strawberry Shortcake (Japanese-style). Sebab tak puas makan yang hari tu, aku buat sekali lagi. Cuma yang ni guna buah kiwi fresh. Resepi ni pun aku amek kat dapur ZACK ZACHOES. Yang bezanya kali ni aku bakar secara berasingan dan guna loyang bulat 6 inci. Aku bakar sekali gus ni pun sebab tak nak potong kek kepada tiga bahagian. Kalau ikut pada pengalaman aku, memang tak sama tebal kek yang aku potong. Kalau nak selamat baik bakar secara berasingan, tapi kena bakar sekali gus... Lagi satu, aku tukar guna loyang 6 inci sebab nak bagi kek nampak tinggi... Oklah... Jom tengok resepi kat bawah ni....
C&P : ZACK ZACHOES
Bahan-Bahan
-4 biji telur Gred A
-120g gula kastor/gula halus
-80g tepung kek@tepung superfine
-20g tepung jagung
-1/4st baking powder
-40ml@40g susu segar + 1st esen vanila [ 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st ]
-esen vanila
-40g butter, dicairkan
Hiasan:
-300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
-4-5 biji buah kiwi, dihiris
-Glis/glaze untuk buah-buahan
Cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C. [ oven aku 150c ]
- Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8")[ aku guna 3 biji loyang bulat 6'' ] dengan baking paper. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).
- Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
- Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselingselikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
- Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan. [ aku guna loyang bulat 6'' sebab nak bagi kek nampak tinggi. Bahagi sama banyak dan bakar serentak pada suhu 150c selama 15-20 minit atau kek masak. Cara ni untuk oven yang luas sahaja ]
- Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
- Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong) [ kalau sapa ikut cara aku, boleh skip part ni ].
- Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan kiwi secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.
- Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan kiwi.
- Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun buah kiwi di atas kek. Sapu glis/glaze buah-buahan pada kiwi untuk mengilatkannya dan mengelaknya teroksida menjadi perang.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Cuba, jangan tak cuba...
wahhhhh...puas tgk gambar
ReplyDeletenampak freshhh je...
menarikkkk
kalau dekat boleh bg sekeping utk dirasa...
Deletehuhuhuu...