Monday, 31 March 2014

Red Velvet Ombre Cake



     Asalamualaikum.... Alhamdulillah, petang tadi hujan dah turun kat kampung aku ni... Hilang sikit rasa bahang panas tu... Bila sejuk ni mudah la mata tu nak pejam... Hihiii... Untuk resepi hari ni, aku nak share satu lagi resepi red velvet yang sangat mengancam ni... Bukan saja mengancam tapi sangat mengoda bila dipandang... Huhuhuu... Resepi ni aku buat masa cuti sekolah hari tu... Permintaan kak aku untuk bawak balik ke selangor... Macam mana la keadaan kek tu... Mana taknya, dari perelih ke selangoq.... Jauh ooo... Tapi nasib baik depa balik waku malam... Selamat la sikit kek tu... Cara pembuatan kek red velvet ni pun agak berlainan dari resepi-resepi yang aku pernah buat... Walaupun cara nak buatnya berlainan, rasanya tetap sedap. Tak rugi kalau mencubanya... Jom tengok resepi kat bawah ni....





Red Velvet Ombre Cake
Resepi : Nurul@cake2u
Sumber 2 : Kak Wan


Bahan A:
-300 g tpg gandum
-2 cam b serbuk koko
-2 cam t baking powder
-1 cam t soda bicarbonate
-1 cam t garam

Bahan B:
-125 g mentega tawar
-280 g gula kastor

Bahan C:
-2 biji telur (gred B)

BahanD:
-1 cam t esen vanilla
-1 cam t cuka putih
-1 cam b pewarna merah

Bahan E:
-240m l buttermilk ( Bancuhan susu segar /susu cair dgn cuka. Campurkan 240ml susu segar / susu
cair dan 1 sdb cuka. Biarkan sebati selama 10 minit sebelum digunakan )


Cara-Cara
  1. Ayak (A)-ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuang ke dalam 2 loyang 8'', ratakan permukaannya dengan spatula dan bakar di rak tengah selama 25 minit hingga masak.
  6. Apabila kek telah sejuk, bungkus dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih (supaya lebih mudah menyapu filing atau frosting di atasnya)








Cream cheese filling

-360 g cream cheese
-70 g mentega
-200g gula icing

Cara-Cara:
  1. Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masukkan gula icing. Pukul sebati.
  2. Sedia disapu pada kek..


Frosting

-500gm krimwell
-2/3 cawan gula aising
-3 sudu besar susu pekat manis
-sedikit esen vanila

Cara-Cara
  1. Pukul krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan gula aising yang telah di ayak bersama susu pekat manis dan esen vanila.
  3. Pukul hingga krim kelihatan putih dan gebu. Sedia digunakan.





Penyediaan :
  1. Keluarkan kek, potong setiap satu kepada 2 lapisan. Jadikan 4 lapisan.
  2. Letak satu lapisan kek di atas papan kek dengan permukaan atas kek berada di bawah. Sapu dengan cream cheese filling sehingga rata. Letakkan sekeping kek di atasnya, sapu filling dan ulangi sehingga semua lapisan habis.
  3. Akhir sekali sapu dengan frosting keseluruhan kek dan hias mengikut suka. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.



Selamat mencuba...


Sunday, 30 March 2014

Chocolate Mousse Cake



    Assalamualaikum semua... Sihat ka...? Biasa la, sekarang ni kan musim panas. Kena la jaga kesihatan... Mesti banyakkan minum air kosong tau... Ok la, hari ni aku baru berkesempatan untuk update blog aku ni yang kelihatan agak sunyi bulan ni... Bukan malas nak update, tapi agak sibok dalam bulan ni... Hari ni aku timbul dengan kek coklat mousse yang sangat menggoda ni... Bila makan ada rasa macam ais krim pun. Bukan aku cakap, tapi anak buah aku cakap yee... Untuk keknya aku guna resepi kek coklat moist yang selalu aku dok buat tu. Cuma ada tukar bahannya sikit. Untuk mousse dan chocolate ganache aku amek dari kak ita. Kalau nak tau rasa kek ni, boleh la cuba buat...






Kek Coklat

Bahan-Bahan

Bahan A
-3/4 cawan chocolate powder [ boleh guna serbuk koko biasa ]
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu segar
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung

Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
  5. Kukus selama 1 1/2 jam atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong kepada 3 bahagian.




Mousse Chocolate
Sumber : Kak Ita

-250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream [ aku letak 300gm ]
-3 biji kuning telur
-80 gm gula aising
-6 gm halal gelatin
-30 ml air
-120 gm coklat gelap


Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang. Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
  2. Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
  3. Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat.
  4. Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata. Masukkan coklat cair dan gaul sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental. Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata.



GANACHE COKLAT [ buat separuh sahaja ]
Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
C & P : Kak Ita

-300 gm krim tenusu ~ whipping cream
-30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
-500 gm coklat gelap ~ hiris halus
-20 gm butter ~ ita tambah

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilatTuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim coklat terlebih dahulu
  6. Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik




Kaedah Penyediaan

-sedikit jus untuk lembabkak kek

  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  2. Lembabkan kek dengan menyapukan sedikit jus
  3. Letakkan mousse coklat dan ratakan
  4. Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras
  6. Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing



Selamat mencuba



Saturday, 15 March 2014

Cheese Pudding



     Assalamualaikum... Hari ni masih menu pasal puding lagi... Ni puding untuk menu petang ni punya... Alhamdulillah, sambil nikmati puding ni, hujan turun jugak... Syukur sangat-sangat... Walaupun hujan, masih lagi boleh layan cheese puding ni.. Sejuk-sejuk hujan, sejuk lagi puding ni meluncur dalam tekak aku ni... Hihihiii...  Kalau nak tau rasa puding ni, haaa... Ni nak habaq mai, rasa dia lemak berkrim... Sambil makan sambil pejam mata... Baru syok... Hahahaa... Thanks along roz sebab dah mencipta puding yang sangat sedap ni... Apa-apa pun kita tetap berdoa supaya pesawat MH370 ditemui walaupun dah masuk hari ke-8.....






Cheese Pudding
By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi

Bahan-Bahan
-13g Serbuk Agar-Agar
-1 liter Air
-120g Gula
-3 biji Telur
-120-150g Biskut Cheese - blend halus
-1 sb Tepung Kastad
-400ml Susu Cair
-200g Susu Pekat
-50g Mentega


Cara-Cara
  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad. Masukkan susu & kacau sebati. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. Masukkan mentega sehingga sebati.
  3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.





#prayforMH370

Tuesday, 11 March 2014

Puding Karamel Tanpa Telur



    Assalamualaikum semua.... Hari ni kita layan puding pula... Cuaca panas-panas ni memang syok kalau layan puding. Terasa sejuk tekak tu... Tak dapat bayangkan. Hehehehee.. Dalam kesedapan menikmati puding ni, kita masih tertanya-tanya kemana hilangnya pesawat MH370. Dah masuk hari ke-4 tapi masih tak jumpa lagi... Sama-sama la kita doakan supaya pesawat tersebut dijumpai.... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat puding karamel tanpa telur. Sangat sedap puding ni. Dah la senang nak buat. Rasa pun tersangat la sedap... Tak rugi kalau mencubanya... Kalau ada yang teringin nak merasa kesedapan puding ni, boleh la tengok resepi kat bawah tu... Terima kasi kak lina sebab kongsi resepi yang sememangnya sangat mudah dan sangat sedap...







Puding Karamel Tanpa Telur
Sumber : Lina pg

Bahan A
-2 sudu besar gula pasir ( gula hangus )


Bahan B ( puding )
-1 peket agar-agar serbuk 10gm
-4 cawan air
-1/2 cawan gula pasir [ aku letak 1/3 cawan ]
-1/2 cawan susu pekat manis
-1 tin susu cair
-3 sudu besar tepung kastard
-1 sudu kecik esen vanila


Cara-Cara
  1. Mula-mula buat gula hangus. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang. Kemudian ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat, tutup api, tapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras, Terbalikkan puding dan boleh dihidangkan.







Sunday, 9 March 2014

Tiramisu



    Assalamualaikum semua... Kemarin kita telah dikejukkan dengan kehilangan Pesawat MAS MH370... Sampai sekarang ni masih belom jumpa lagi pesawat tu... Sama-sama la kita berdoa supaya semuanya selamat... Amin... Berbalik pada resepi hari ni, aku cuma buat tiramisu ja... Nak buat kek yang letak krim tak berapa rajin sikit. Ye la, sekarang ni musim panas, tak selesa la... So aku pun buat la tiramisu ni... Tapi kali ni aku guna mascarpone cheese. Walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi... Rasa pun lebih sedap dari cream cheese yang selalu kita guna tu... Tapi tak leh selalu buat la, nanti pokai... Ok la, jom tengok resepinya...









Tiramisu
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan
-200ml thickened cream /whip cream
-250gm mascarpone cheese / krim keju (suhu bilik)
-110gm gula kaster [ aku letak 60gm ]
-2 sudu besar coffee segera + 1 cawan air panas (sejukkan dahulu)
-Serbuk koko secukupnya
-20 keping biskut lady finger

Loyang loose base tin / springform atau gelas


Cara-cara
  1. Pukul thickened cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan thickened cream dan kaup balikkan hingga rata.
  3. Celup lady finger beberapa saat ke dalam larutan kopi, susun di dasar loyang atau susun dahulu lady finger, kemudian tuang larutan kopi dengan sudu ke atasnya (supaya biskut tidak patah sewaktu di susun dalam loyang)
  4. Tuang adunan krim keju, ratakan, hentak sedikit loyang supaya rata.
  5. Ulangi langkah 4 hingga habis. Masukkan serbuk koko ke dalam penapis dan ayak di atasnya.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih sebelum di hidangkan.






Selamat Mencuba...



Wednesday, 26 February 2014

White Chocolate Macadamia Cake for My Birthday dan....



    Assalamualaikum semua.... Hari ni 26 Feb 2014 genap la umur aku 25 tahun... Sempena birthday ni aku pun buat la sebijik kek yang kelihatan agak simple tapi rasanya sangat mengancam... Kek ni pun aku deco cuma simple-simple ja... Sebabnya sekarang ni cuaca panas yang amat. Nak buat kek pun tak selesa. Kalau yang letak cream cheese lagi la mencabar... Boleh cair cream tu... Kena la buat yang biasa-biasa.. Kek ni tak boleh cakap kek biasa... Kalau tengok bahan utamanya ialah kacang macadamia. Rasanya pun lain dari kekacang yang lain.. Banyak bijik jugak la yang masuk dalam mulut sebelom jadi kek tuu... Hihihiii... Kek ni cuma manis sikitbagi aku. Terutama kat ganache coklat putih tu... Biasa la, selalu dok makan ganache coklat biasa tu, mai tang coklat ganache coklat putih ni lain la rasanya kan. Tapi bila makan dengan kacang macadamia ni memang sedap... Ok, tang dan tu kan....





    Haaa.... Ni la hadiah yang amat bermakna bagi tahun 2014 ni sebab dapat muncul dalam majalah Jelita March 2014... First time lak tuu... Kalau tanya perasaan aku memang syok la... Bukan senang nak masuk majalah ni.... Walau apa pun aku tetap bersyukur dan alhamdulillah, rezeki birthday... Hihihii... Bukan aku sorang saja yang dapat masok dalam majalah jelita ni ada lagi dua orang blogger masakan iaitu MamaFami ( Spice n splendour ) & Marsita Yahya ( my mintroom ). Tahniah juga kepada mereka... Jutaan terima kasih jugak kepada Norashikin M. Nor sebab pilih blog aku ni untuk dimuatkan dalam majalah jelita... Sayang majalah jelita. Walaupun majalah jelita tu majalah untuk orang pompuan dan aku tak beli, tapi aku ada jugak belek-belek tengok... Semoga kak Norashikin dan majalah Jelita akan lebih maju pada masa hadapan... Ok, sekarang kita tengok resepi pulak... Resepi ni dari kak ita... TQ kak ita...




WHITE CHOCOLATE MACADAMIA CAKE
C&P : Kak Ita


KEK SPAN BADAM

-4 biji telur gred A
-180 gm gula halus
-170 gm tepung
-2 sudu besar serbuk almond
-70 gm air
-1 sudu teh baking powder
-15 gm ovellete
-50 gm minyak jagung
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Ayak tepung dan baking powder.
  2. Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu.
  3. Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna.
  4. Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven. Terbalikkan atas redai setelah masak. Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang.
  6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan.






SALTED CARAMEL [ buat separuh sahaja ]

-113 gm butter tanpa garam
-120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
-3 sudu besar air
-60 ml corn syrup
-200 gm gula

Cara-Cara
  1. Potong buter kepada kiub kecil. Campurkan bersama krim dan panaskan dalam ketuhar hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan Boleh juga panaskan atas api perlahan
  2. Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup. Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih.
  3. Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah.
  4. Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi. Kacau perlahan dan masak hingga pekat. Biarkan sejuk.





SALTED CARAMEL CREAM

-3 biji kuning telur
-100 gm coklat masakan putih
-8 gm gelatin
-30 gm air
-2 sudu besar salted caramel
-250 gm Krim Bukan tenusu
-1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  3. Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim.
  4. Tuangkan gelatin dan gaul rata. Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata. Biarkan sejuk.
  5. Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental. Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim.






CARAMEL MACADAMIA

-100 gm kacang macadamia
-2 sudu besar gula
-1 1/2 sudu besar air

Cara-Cara
  1. masak gula hingga perang.
  2. Tambahkan air dan biar ia pekat. Tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang.
  3. Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar.



GANACHE COKLAT PUTIH

-125 ml krim tenusu
-20 gm sirap glucos
-200 gm coklat masakan putih
-15 gm mentega

Cara-Cara
  1. Cincang coklat halus.
  2. Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih. Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair.
  3. Tambahkan butter. Gaul rata.







KAEDAH PENYEDIAAN
  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek.
  2. Letakkan salted caramel krim.
  3. Taburkan caramel Macadamia.
  4. Ulang proses hingga habis.
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman.
  6. Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache.
  7. Hiaslah kek mengikut kreativiti.




; )


Monday, 24 February 2014

Puding Pavlova



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni masih lagi menu yang agak sesuai untuk cuaca yang tengah panas macam sekarang ni... Aku cuba resepi dari kak wan iaitu puding pavlova. Bahagian bawah sekali lapisan kek, lapisan ke-2 puding buih dan lapisan ke-3 agar-agar bersama fruit cocktail... Memang ala-ala pavlova puding ni... Memang sesuai dinikmati ketika cuaca panas ni... Lagipun aku ada lebihan kepingan kek masa buat puding kek kopi. Tu yang terrajin nak buat puding ni... Hihihiii... Sekali tengok puding ni boleh jugak kalau nak buat hantaran kan.. Tu cadangan aku la... Tapi kalau saja-saja nak makan pon ok jugak... Apa tunggu lagi, jom kita tengok resepi kat bawah ni....







Puding Pavlova
C&P : Kak Wan


Bahan Kek [ aku tak buat resepi ni ]

-125gm vanila sponge mix
-125gm telur (3 biji grd B)
-30ml air
-30ml minyak jagung

Loyang 9 in di alas kertas minyak
Loyang 8 in (Loose base tin)


Cara-cara :
  1. Campurkan sponge mix, air dan telur dan putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.
  2. Kemudian tukar kepada kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan pekat.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan minyak jagung, putar hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar dalam oven yang telah di panaskan dahulu selama 25-30 minit pada suhu 180C. Keluarkan dari oven dan telengkupkan ke atas redai. Biar sejuk.
  5. Basahkan loyang 8 in loose base dan alihkan kek ke dalamnya (kek akan mengecut dan mengecil)






Bahan Puding Lapisan Bawah

-15gm serbuk agar-agar
-600ml air
-100ml sirap buah **
-150gm gula pasir
-3 biji putih telur


Bahan Puding Lapisan Atas

-1 tin fruit cocktail - Tos dan ketepikan sirapnya**
-5gm serbuk agar-agar
-330ml air
-60gm gula pasir


Cara-cara :
  1. Lapisan Bawah : Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Satukan serbuk agar-agar, air dan sirap buah, masak hingga mendidih. Tutup api dan kacau hingga suam sedikit.
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil di putar dengan hand mixer hingga bergaul rata.
  4. Tuang ke atas lapisan kek, biarkan membeku dan cakar sedikit permukaannya dengan garpu.
  5. Tabur di atasnya dengan fruit cocktail hingga rata. (bole juga menggunakan hirisan buah-buahan segar spt kiwi, strawberry, anggur dll)
  6. Lapisan Atas : Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut. Kemudian tuang dengan menggunakan belakang sudu ke atas buah-buahan tadi hingga menutupinya. Biarkan beku dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.




Sedapnya..



Sunday, 23 February 2014

Puding Kek Kopi



   Asalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share satu resepi yang agak sesuai jugak la kalau dinikmati ketika cuaca panas macam sekarang ni... Resepi yang mempunyai 3 gandingan yang mantap... Apa gandingan tu... Yaa... Gandingan antara agar-agar, kastad dan kek... Nampak sangat mewah kan... Penuh dengan rasa dan nikmat yang teramat sangat kalau makan di kala cuaca yang panas terik... Memang rugi kalau sapa yang tak dapat merasainya... Kalau ada yang dah tergoda tu, boleh la tengok-tengok resepi kat bawah ni... Oh ya, untuk resepi asal buat guna loyang 8x8, tapi aku pulak guna loyang bulat 8''....





Puding Kek Kopi

Bahan-Bahan

Lapisan Kopi - klau nk lapisan tebal, doublekan sukatan adunan [ aku gandakan adunan ]
-1 tsp agar-agar serbuk
-250ml air
-1 1/2 tbsp gula pasir kasar @ ikut manis mana nk
-3tsp kopi segera - akak guna Nescafe 3 in 1 Rich

Cara-Cara
  1. Bancuh agar-agar dengan sedikit air & masukkn dlm periuk bersama-sama air & gula. Didihkan & biar merenih dlm 2 minit
  2. Tutup api. Masukkn kopi segera. Kacau sebati & tuang dlm loyang 8 yg telah dibilas dgn air tanpa perlu dilap lg.








Lapisan Kastad
-2 tbsp kastad
-80gm gula pasir kasar
-3tsp agar-agar serbuk
-50ml air
-200gm susu cair
-500ml air
-1tsp esen vanila


-Sebiji kek span- bakar dlm loyang 9. Pastu belah 2 kek & potong ikut saiz loyang 8

Cara-Cara
  1. Didihkan 500ml air
  2. Campurkan tepung kastad, gula & agar-agar dlm mangkuk. Masukkn 50ml air & kacau sebati
  3. Apabila air dh mendidih, masukkn bancuhan agar-agar td. Kacau sebati hgga mendidih
  4. Masukkn susu cair & esen vanila. Renihkan lbh kurang 1 minit
  5. Cakar2kan lapisan kopi td & tuang lapisan kastad di atasnya
  6. Apabila lapisan kulit dh terbentuk di atas permukaan lapisan kastad, letakkan kek secara berhati-hati. Tekan2 sedikit tp dengan perlahanlahan. Biarkan sejuk selama 4 - 5 jam @ hgga lapisan kastad benarbenar keras. Apabila dh sejuk, lalukan pisau plastik di tepi dalam loyang untuk melonggarkan puding. Pastu telangkupkan dengan berhati-hati...Potong & hidang





Selamat Mencuba...

Saturday, 22 February 2014

Kek Kastad Pandan



     Assalamualaikum semua... Cuaca panas-panas ni tekak pun nak yang sejuk-sejuk ja... Nak makan ala-ala puding atau agar-agar ja... Tapi disebabkan terlebih rajin, aku pun buat la kek kastad pandan yang sangat superb  ni... Apa yang superbnya....? Mesti la kat kastad pandan tu... Dah la penuh dengan haruman pandan, ditambah pulak lemak berkrim santan yang sememangnya sangat sesuai digandingkan dengan pandan tu... Kek span pulak lembut dan sangat gebu... Bila makan bersama-sama memang tak toleh kiri kanan dahhh... Hahahaa... Memang sesuai la kalau buat kek yang macam ni kalau waktu hangat lit-lit... Boleh hilang rasa hangat tu... Thanks Naz sebab dah share resepi yang cun ni... Ok la, jom tengok resepinya...





KEK KASTAD PANDAN

Kek Span Pandan
Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 tsp baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 tsp ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 tsp esen vanilla
-Perisa pandan dan pewarna hijau
-50 ml minyak masak


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.




Kastad Pandan

Bahan-bahan:
-1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
-1 cawan gula kastor
-10 gm serbuk agar-agar
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
-Secubit garam
-Perisa pandan dan pewarna hijau (kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. ** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.






CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.




Selamat melapis kek..