Monday 31 March 2014

Red Velvet Ombre Cake



     Asalamualaikum.... Alhamdulillah, petang tadi hujan dah turun kat kampung aku ni... Hilang sikit rasa bahang panas tu... Bila sejuk ni mudah la mata tu nak pejam... Hihiii... Untuk resepi hari ni, aku nak share satu lagi resepi red velvet yang sangat mengancam ni... Bukan saja mengancam tapi sangat mengoda bila dipandang... Huhuhuu... Resepi ni aku buat masa cuti sekolah hari tu... Permintaan kak aku untuk bawak balik ke selangor... Macam mana la keadaan kek tu... Mana taknya, dari perelih ke selangoq.... Jauh ooo... Tapi nasib baik depa balik waku malam... Selamat la sikit kek tu... Cara pembuatan kek red velvet ni pun agak berlainan dari resepi-resepi yang aku pernah buat... Walaupun cara nak buatnya berlainan, rasanya tetap sedap. Tak rugi kalau mencubanya... Jom tengok resepi kat bawah ni....





Red Velvet Ombre Cake
Resepi : Nurul@cake2u
Sumber 2 : Kak Wan


Bahan A:
-300 g tpg gandum
-2 cam b serbuk koko
-2 cam t baking powder
-1 cam t soda bicarbonate
-1 cam t garam

Bahan B:
-125 g mentega tawar
-280 g gula kastor

Bahan C:
-2 biji telur (gred B)

BahanD:
-1 cam t esen vanilla
-1 cam t cuka putih
-1 cam b pewarna merah

Bahan E:
-240m l buttermilk ( Bancuhan susu segar /susu cair dgn cuka. Campurkan 240ml susu segar / susu
cair dan 1 sdb cuka. Biarkan sebati selama 10 minit sebelum digunakan )


Cara-Cara
  1. Ayak (A)-ketepikan
  2. Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  3. Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  4. Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Tuang ke dalam 2 loyang 8'', ratakan permukaannya dengan spatula dan bakar di rak tengah selama 25 minit hingga masak.
  6. Apabila kek telah sejuk, bungkus dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih (supaya lebih mudah menyapu filing atau frosting di atasnya)








Cream cheese filling

-360 g cream cheese
-70 g mentega
-200g gula icing

Cara-Cara:
  1. Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masukkan gula icing. Pukul sebati.
  2. Sedia disapu pada kek..


Frosting

-500gm krimwell
-2/3 cawan gula aising
-3 sudu besar susu pekat manis
-sedikit esen vanila

Cara-Cara
  1. Pukul krimwell hingga kembang.
  2. Masukkan gula aising yang telah di ayak bersama susu pekat manis dan esen vanila.
  3. Pukul hingga krim kelihatan putih dan gebu. Sedia digunakan.





Penyediaan :
  1. Keluarkan kek, potong setiap satu kepada 2 lapisan. Jadikan 4 lapisan.
  2. Letak satu lapisan kek di atas papan kek dengan permukaan atas kek berada di bawah. Sapu dengan cream cheese filling sehingga rata. Letakkan sekeping kek di atasnya, sapu filling dan ulangi sehingga semua lapisan habis.
  3. Akhir sekali sapu dengan frosting keseluruhan kek dan hias mengikut suka. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.



Selamat mencuba...


11 comments:

  1. Assalam
    Woww cantiknya merah
    Mengoda. Akak sukerr airtangan syapex sgt menarik
    Alhamdulillah kat kl jg hujan lebat ptg td, sejuk pokok2 kat luar tu

    ReplyDelete
  2. merah tandanya berani.. hihii..
    ty akak..
    pkok yg nk mati pn boleh segar balik bila hjun mula turun ni...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. merah dan mengoda...
    harap2 kek tu masih cantik sampai ke salangor
    jauh perjalanan tu...kalau jem lagi la hazab

    ReplyDelete
    Replies
    1. nsib baik kek 2 slamat...
      tapi klau terpeleot pn x pa, sbb utk mkn sdiri...
      hihiii...

      Delete
  5. Assallamualaikkum dan salam kenal syapex. Thanks singgah blog sis. Oooo..guna resepi rv yg ni yer. Kak Nadz pun suka sgt dgn resepi rv yg nie. Cantik deconya.
    Kek tu jauh jalannya. Ok tak bila dah sampai destinasi, maksud akak rasa kek tu? Tak rosak kan? Link blog syapex ke blog akak pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jgk...
      alhamdulillah, keknya ok...
      rasanya pn ok sbb anak buah ada bwk p sekolah, siap kwn dia tanya nk oder plk...
      huhuuu...

      Delete
  6. mengoda betul.. mmg tengah cari resepi nak wat red velvet utk besday anak buah.... resepi ni ok yer syapex.. sedap dan moist tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, moist dan sdp kak...
      mana2 rv pn lbh kurg sama ja...
      yg beza tang krim jaa...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...