- Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
- Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan pula tepung gandum, horlicks dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan ( serbuk koko + coklat emulco ) + 1/2 biskut marie yang dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau + 1/2 biskut marie.
- Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas dengan kertas kek ( aku guna loyang bulat 7inci )
- Masukkan adunan bewarna hijau, ratakan keseluruhan permukaan loyang. Goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.
- Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak. Kemudian tuangkan adunan bewarna coklat tadi di atas adunan yang di kukus sebelumnya ( warna hijau tadi ). Hentak sehingga mampat.
- Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Friday, 23 July 2021
Kek Batik Empire
Wednesday, 21 July 2021
Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik
Assalamualaikum dan salam aidil adha semua... Raya haji ni aku tak buat biskut banyak pun. Kek pun kek biasa-biasa. Tak buat kek lapis pun tahun ni. Biskut pun aku buat separuh adunan. Kalau buat banyak-banyak tak da sapa yang nak habiskan... Kalau aku yang habiskan kompem gemuk aku... Hahahaa.... Untuk hari ni aku ada buat nasi daging. Ni daging yang dapat kemarin. Ada orang buat korban. Pastu hantar la kat rumah ni. Sebab daging fresh tu yang aku rajin nak buat nasi daging ni. Nasi ni simple ja nak buat. Walaupun simple, tapi dia sedap sebab air asam kerisik tu... Air asam tu macam mak aku dok buat selalu, cumanya mak aku tak letak kerisik. Dia kata orang dulu-dulu selalu buat macam tu... So, kalau hangpa ada lebihan dagin korban boleh la cuba resepi ni... Bye... Selamat hari raya korban...
C&P : Malina Lina Pg
Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay ( aku ganti batang ketumbar )
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi )
Cara-Cara
- Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
- Asingkan air rebusan dan daging. Hiris nipis daging yang direbus tadi.
Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri ( tak letak )
1 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak
- Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
- Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
- Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
- Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
- Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
- Setelah nasi masak KEEP WARM. Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
- Nasi Daging dan siap.
Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris) ( aku guna bawang besar )
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging
- Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
- Air asam kerisik siap.
Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam
1/2 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
- Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
- Sup daging simple dah siap
Tuesday, 6 July 2021
Seri Muka Durian
C&P : Kak Ita ( Resepi asal Chef Asma )
500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam
- Sediakan loyang 10 X 10 inc. Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak
- Pulut di cuci bersi dan toskan. Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
- Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata. Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata. Tuangkan dalam loyang pulut
- Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama 30 minit.
- Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.
60 gm tepung gandum
180 gm gula
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur
Bahan B
100 gm isi durian ~ ( boleh lebihkan )
100 ml air
Bahan C
- Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air kapur, telur , santan dan air. Kemudian di kacau rata. Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus. Kemudian di tapis
- Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
- Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning telur dan hijau dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
- Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat.
- Tuang adunan durian atas pulut dan terus kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
- Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Monday, 28 June 2021
Korean Cream Cheese Garlic Bun
500gram high protein flour
220ml cold milk
2 eggs
8gram yeast
1 tsp salt
60gram sugar
60 gram soft salted butter
- Mix milk, sugar and yeast in a mixing bowl. Add salt, eggs and flour. Stir until there is no moisture visible. Cover and let it rest for 15 minutes.
- Attached the dough hook to mixer. Add butter to the dough. Knead using mixer for 15minutes or so until the dough passes the window pane test.
- Cover the dough with a cling wrap. Let it proof until double in size.
- Divide the dough into 12 pieces of 80gram. Round it, let it double in size.
- Bake for 15-25 minutes at 170 degree Celsius.
- Cool the buns.
150gram salted butter
2 tbs parsley
1tsp mixed herbs
60gram condensed milk
1/2 tsp salt
2 eggs
20-25 pieces well minced garlic cloves
- Melt the butter, mix other ingredients until combined. Set aside.
500 gram of cream cheese at room temperature
2 tbs of icing sugar
6 tbs of cream
- Mix everything until smooth. Put it in a piping bag.
- Once the buns are cooled, sliced the top to 6/8 sections. Pipe the cream cheese mixture into each section.
- Dip the bun into the butter dip, make sure that it's well coated. Sprinkled more herbs.
- Baked for another 10-15 minutes at 170degree celcius until the top is crisp and done to your liking. Voila!
Friday, 25 June 2021
Durian Cheese Cake
150 gm biskut Oreo ( kisar hancur )
30 gm Cornflakes ( ramas kasar )
90 gm butter
- Letak cake ring atas papan kek ( sila guna yang 7 inci atau 8 inci, aku guna 6 inci ada lebihan cheescake terpaksa letak dlm bekas lain )
- Satukan Oreo dan cornflakes
- Dalam periuk, cairkan butter. Tuangkan butter yang telah cair dan masih panas dalam campuran oreo dan cornflakes dan gaul rata
- Tuangkan dalam cake ring dan ratakan padat-padat. Kemudian simpan dalam peti ais hingga ia keras.
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )
Cara-cara
- Masak isi durian dan gula hingga menjadi paste
- Angkat dan biarkan sejuk
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla
- Satukan cheese , butter, susu pekat, dan paste durian dalam mixer. Putar hingga adunan sebati dan lembut
- Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan putar lagi.
- Tuangkan UHT Whipping Cream dan pukul sampai kental. Jangan terlebih pukul, UTH Whipping cream akan mencair bila terlebih di pukul
- Keluarkan base bawah dari peti ais dan tuangkan cheese durian di atasnya.
- Simpan semula dalam peti dan sambung buat topping durian.
100 gm badam slice ~ di bakar sebentar ( suhu 160C 5 minit sahaja ) ( aku letak sikit saja )
150 ml susu segar
10 gm gula
Paste durian ( 1 bahagian dari pada paste durian yang kita sediakan tadi )
40 gm susu segar
16 gm tepung kastard
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen durian atau esen vanilla
sedikit pewarna kuning
- Satukan susu, gula dan paste durian, kacau rata dan masak atas dapur sebentar
- Setelah didih masukkan 2 biji kuning telur yang telah di kocok dahulu.
- Satukan 40 gm susu segar dan tepung kastard dan masukkan dalam adunan tadi masak lagi hingga sedikit pekat
- Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan kacau.
- Tutup api, letakkan pewarna kuning, esen vanilla dan susu pekat manis ( manis tu bergantung pada paste durian, jika kurang manis lebihkan susu pekat )
- Sejukkan
- Keluarkan kek kita tadi dan letakkan topping durian
- Taburkan badam slice yang telah di bakar di atasnya.
- Simpan dalam peti ais semula hingga dingin
Tuesday, 22 June 2021
Banana Cake
Bahan A
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
4 biji telur, gred A
3/4 cawan gula putih / perang
Secubit garam
1 sb jus limau / lemon
Bahan B
Bahan C (diayak)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat (saya guna 1/2 sk)
- Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sediakan loaf pan atau loyang bersaiz 7@8 inci. Lanserkan loyang dengan sedikit minyak & taburkan tepung dalam loyang. Boleh juga gunakan kertas minyak. Ketepikan dulu sebentar.
- Satukan bahan2 A mengikut urutan kedalam blender. Blend hingga sebati & gebu.
- Masukkan bahan B & blend lagi sebentar. Tuang adunan kedalam bahan C yang telah diayak. Gaul sebati.
- Tuang adunan dalam loyang yang disediakan & bakar selama 50 minit atau hingga kek masak pada suhu 170 darjah celcius.
Monday, 7 June 2021
Harumanis Cheesecake
80 gm biskut Oreo + biskut Digestive
50 gm butter ~ di cairkan
- Satukan biskut dan cornflakes dalam satu bekas.
- Tuangkan butter cair dan gaul rata
- Tuangkan dalam ring pan saiz 6 inci yang di lapik alas kek
- Ratakan dan padatkan
- Sejukkan di dalam peti ais hingga keras
1/2 sudu teh esen vanilla
90 gm coklat masakan putih ~ cairkan secara double boil
150 gm wipping cream ~ non dary
6 gm gelatin
30 ml air
2 sudu besar harumanis yang di kisar
- Tuangkan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin melarut.
- Kemudian cairkan coklat putih secara kukusan, ketepikan
- Sementara itu dalam bekas pemutar, putarkan cream cheese higga lembut dan gebu
- Tuangkan coklat putih cair, vanilla dan puri mangga, putar rata
- Tambahkan larutan gelatin dan gaul sebati
- Dalam bekas pemutar lain, putarkan krim bukan tenusu hingga kental dan ringan. Ambil 1/3 adunan krim dan kaup balik dalam adunan krim cheese. Kaup balik rata. Ulang proses hingga habis semua
- Sekarang, tuangkan 1 bahagian adunan krim di atas lapisan kek atau biskut tadi.
- Susun potongan harumanis tadi. Ulang proses yang sama. Tuangkan baki adunan dan ratakan
- Simpan di dalam peti ais paling kurang 4 jam
- Sementara krim cheese kita mengeras, kita sediakan pula jelly mangga
1/2 biji harumanis di dadu kecil
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula
- Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
- Satukan harumanis yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana
- Tuangkan gelatin dan gaul rata.
- Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah masukkan harumanis yang didadu. Masukkan juga sedikit perahan lemon dan gaul rata.
- Tuangkan jelly kita ni atas kek.
- Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.
- Bila kek ini dah sejuk bolehlah di keluarkan dari pan
- Kek ni sangat enak di makan dingin.
Tuesday, 11 May 2021
Kek Lapis Nescafe Mocha
- Pukul mentega gula dan ovallete sampai kembang.
- Kemudian masukkan susu pekat, kaya sampai sebati.
- Masukkan telur satu per satu.
- Kemudian horlicks bersama tepung yang telah disatukan bersama coffemate dan pukul lagi sampai gebu.
- Bahagi kepada 3 bahagian. Warna asli, campuran nescafe 3 in 1 dan campuran mocha paste + browning sugar.
- Bakar selapis demi selapis bermula adunan mocha paste + browning sugar sehingga habis. Kemudian campuran nescafe sehingga habis. Akhir sekali adunan warna asli sehingga habis.
- Bakar lapisan pertama gunakan api atas danbawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja sehingga habs. Suhu 150C atau mengikut kepanasan oven masing-masing.
Monday, 10 May 2021
Kek Lapis Idola Orang Bujang
- Mentega, gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu. Sebatikan.
- Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Sebatikan.
- Kemudian masukkan horlicks, santan dan tepung pau / hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.
- Ambil 1080gm adunan. Masukkan pewarna kuning lemon. Kemudian bahagi kepada dua bahagian lagi untuk bahagian atas dan bawah kek.
- Adunan yang selebihnya masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.
- Masukkan adunan kuning kedalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5 minit atau sampai masak dan perang. Buat sebanyak 3 lapisan.
- Masukkan adunan coklat kedalam loyang. Bakar sampai betul-betul masak. Ulang sehingga adunan coklat habis.
- Masukkan adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. Ulang sehingga habis adunan kuning.
Kek Lapis Cheese
- Pukul mentega, gula dan ovallate sampai berwarna putih. Kemudian pukul telur satu per satu. Pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan susu, serbuk santan, esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan cheese. Pukul sekejap sehingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.
- Kemudian boleh bakar. Bakar sehingga habis adunan. Suhu ikut kepanasan oven masing-masing.
- Aku bahagi adunan kek kepada 2 bahagian. Satu bahagian biar kosong, satu bahagian lagi letak pewarna kuning.
- Bakar bahagian kosong sebanyak 2 lapis kemudian bahagian kuning juga 2 lapis. Setiap lapisan kuning aku tabur dengan parutan cheese. Buat sehingga habis.
Sunday, 9 May 2021
Kek Lapis Oreo Cheese
- Pukul butter dengan gula sampai kembang.
- Masukkan telur satu per satu dan pukul sampai kembang dan sebati.
- Masukkan cream cheese dan kacau rata.
- Masukkan susu manis, tepung, ovalette, sri kaya, dan esen vanilla sampai sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 masukkan horlicks dan pewarna putih. Gaul hingga sebati. Bahagian 2 masukkan oreo yang diblender halus, koko, vico, atau pewarna hitam. Gaul hingga sebati.
- Bakar menggunakan api 150C selama 10 minit setiap lapisan atau mengikut suhu oven masing-masing. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan berikutnya hingga habis guna api atas. Tabur oreo setiap lapisan putih.
Friday, 26 February 2021
Opera Cake
By: Rima
Source : Bisous A Toi
Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor
- Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C. Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper. Ketepikan
- Bahan A. Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur. Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit. Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna. Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi. Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan. Ketepikan.
- Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A) Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna. Ketepikan
- Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku. Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A) Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata. Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
- Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan. Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata. Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika aduanan terlebih kacau.
- Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak. Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
- Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
100 gm putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste
- Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar. Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya. Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
- Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) panaskan anggaran agak2, sehingga gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
- Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
- Masukkan kiub butter satu demi satu sambil dipukuil. Buat sehingga habis kiub butter. Pukul mentega sampai gebu.
- Tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata. Ketepikan
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream
- Coklat di potong kecil atau di hiris.
- Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
- Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
- Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
- Biarkan ia sejuk dan sedikit likat. Ketepikan
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.
- Bila kek dah masak keluarkan dari loyang. Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk. Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
- Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
- Ambil sekeping kek. Letak atas papan kek. Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi. Kemudian letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi. Ratakan.
- Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya. Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat. Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.
- Selepas tu kita tuangkan 1/2 daripada Chocolate Ganache. Ratakan.
- Kemudian letakkan selapis lagi kek. Sapukan coffee syrup
- Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan. Kemudia letak lapisan kek yang terakhir. Sapukan juga coffee syrup
- Masukkan sekejap kek ni dalam peti ais supaya Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras. Anggaran 1 jam.
- Keluarka dari peti ais. Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray. Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair. Tuang atas kek
- Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
- Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.
Thursday, 11 February 2021
Chilled Oreo Red Velvet Cheese In Glass
Adaptasi dari resepi : CHILLED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE By Zack Zachoes
Biskut oreo secukupnya ~ dipatahkan ( guna yg red velvet )
Buah kiwi, strawberry, blueberries atau apa2 yg disukai ~ sebagai hiasan ( aku guna mandarin orange )
225g cream cheese ~ suhu bilik
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
137g atau 1 bekas yoghurt
30g gula kastor
- Sediakan cup atau gelas kecil
- Patah-patahkan oreo dan letakkan didasarnya ~ ketepikan
- Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
- Dalam bekas lain pukul cream cheese dan gula kastor hingga sebati. Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
- Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata
- Paipkan adunan ke dalam gelas yang berisi oreo tadi
- Susun pula buah-buah yg disukai
- Paipkan semula adunan cheese
- Sejukkan dalam peti ais