Wednesday, 21 July 2021

Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisik


     Assalamualaikum dan salam aidil adha semua... Raya haji ni aku tak buat biskut banyak pun. Kek pun kek biasa-biasa. Tak buat kek lapis pun tahun ni. Biskut pun aku buat separuh adunan. Kalau buat banyak-banyak tak da sapa yang nak habiskan... Kalau aku yang habiskan kompem gemuk aku... Hahahaa.... Untuk hari ni aku ada buat nasi daging. Ni daging yang dapat kemarin. Ada orang buat korban. Pastu hantar la kat rumah ni. Sebab daging fresh tu yang aku rajin nak buat nasi daging ni. Nasi ni simple ja nak buat. Walaupun simple, tapi dia sedap sebab air asam kerisik tu... Air asam tu macam mak aku dok buat selalu, cumanya mak aku tak letak kerisik. Dia kata orang dulu-dulu selalu buat macam tu... So, kalau hangpa ada lebihan dagin korban boleh la cuba resepi ni... Bye... Selamat hari raya korban...





NASI DAGING UTARA
C&P : Malina Lina Pg

Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay ( aku ganti batang ketumbar )
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi )

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Asingkan air rebusan dan daging. Hiris nipis daging yang direbus tadi.

Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri ( tak letak )
1 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak


Cara-Cara
  1. Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
  2. Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
  4. Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
  7. Setelah nasi masak KEEP WARM. Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
  8. Nasi Daging dan siap.

 



AIR ASAM KERISK

Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris) ( aku guna bawang besar )
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
  2. Air asam kerisik siap.

 

SUP DAGING SIMPLE

Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam
1/2 kiub ayam ( aku guna kiub daging )
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  2. Sup daging 2. simple dah siap




No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...