Saturday, 25 May 2013

Bingka Permata Kacang Merah



   Salam... Kali ni aku buat kuih kegemaran aku lagi... Kuih apa lagi kalau bukan kuih bingka. Kali ni aku try buat kuih bingka permata kacang merah dari kak yatie. Sungguh sedap bingka ni. Rasa pulak macam bubur kacang merah pun ada. Memang lemak berkrim gituuu... Huhuhuuu... Resepi ni aku buat separuh adunan ja.. Untuk kacang merah tu aku tak guna yang dalam tin. Aku ganti yang kering punya. Sebab stok kacang merah yang kering ni ada banyak lagi... Bila potong kuih bingka ni memang nampak cantik. Ada rupa permata tak...? Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak cari permata dalam bingka dia boleh la try resepi ni... Tak rugi oooo.....





C & P : Kak Yatie

Bahan-Bahan-loyang 6x6 inci

-1/2 cawan gula
-1 cawan tepung gandum
-1/2 cawan santan pekat
-1 cawan air [ ganti santan cair]
-1 sudu besar mentega/minyak sapi
-2 biji telor
-1/4 sudu teh garam
-1/2 tin kacang merah (red kidney beans)-buangkan airnya, cuci dan toskan [ aku guna 1 cawan yang kering punya. Rendam, masak & toskan ]
-bijan

Cara-Cara:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang merah dan bijan. Kisar sampai sebati.
  2. Masukkan dlm periuk dan masak hingga pekat sedikit dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.
  3. Masukkan kacang merah dan gaul rata.
  4. Masukkan 1 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.
  5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
  6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.


Friday, 24 May 2013

Bolu Kukus Keten Hitam



   Salam semua.... Diharapkan pakat-pakat sihat la ya... Biasa la sekarang ni cuaca tak menentu... Kejap hujan, kejap panas.... Pastu hujan balik... Boleh demam macam ni... Cuti sekolah pun dah bermula... Selamat bercuti kepada kanak-kanak sekolah... Huhuhuuu... Berbalik pada resepi kali ni, aku ada buat bolu kukus keten hitam... Tujuan buat ni pun nak habiskan stok tepung pulut hitam yang berbaki tak seberapa ni. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan... Konon-konon nak buat sikit la... Bila timbang tepung pulut hitam tu, tak cukup untuk separuh adunan.... Wah... Macam mana ni... Tak kan nak beli tambah lagi... Kompen lambat lagi kalau nak guna lebihan tepung pulut hitam tu... Alih-alih tambah tepung kek je la.... Hmmmm... Alhamdulillah.... Jadi elok jugak bolu aku ni... Rasanya macam kek cekelat pun ada... Ye la, kale pun dah nak sama... Huhuhuhuuu... Tambah pula ada krim keju tuu... Lagi la sodap... Bau pun harum... Sapa yang nak cuba minikmati kesodapan boleh la cuba... Thanks ya kak rahel sudi kongsi resepi ni.. Tak lupa juga kepada tuan asalnya....


BOLU KUKUS KETAN HITAM
Penulis : Fatmah Bahalwan
Sumber : Yenni's Cake
C & P : Rahel

Bahan-bahan: [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-3 biji telur
-100g gula kastor [ aku letak 80gm ]
-1/2 sdt cake emulsifier/ovalette
-175g tepung ketan hitam/tepung pulut hitam [ aku letak 130 + 45gm tepung kek ]
-1/2 sdm tepung jagung
-1/8 sdt garam
-75ml minyak jagung
-100ml santan pekat [ aku guna santan fresh ]
-1/4 sdt esen vanilla

Cara membuat:
  1. Kocok telur,gula,garam,cake emulsifier hingga kental dan putih.
  2. Masukkan tepung ketan hitam,tepung jagung dan tepung kek,gaul rata.
  3. Tuang minyak dan santan,gaul rata.Tambahkan esen vanilla.Gaul rata.
  4. Aku bahagi adunan kepada tiga bahagian sama banyak dan kukus secara berasingan. Tuang adunan ke dalam loyang 6x6" yang telah digris dan dialas kertas minyak.
  5. Kukus dengan api sederhana kuat selama lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah kek masak biarkan kek sejuk.





Topping Keju
by:Rahel

Bahan-bahan:

-125g cream cheese
-25g gula kastor [ tak letak ]
-125g fresh cream-diputar hingga kental [ aku letak 1 cawan ]
-50g keju cheddar-diparut [ tak letak ]

Cara membuat:

  1. Cream cheese,gula kastor dipukul hingga lembut.Tambahkan 2/3 fresh cream yg sudah diputar [ 1/3 lagi simpan nak sapu atas kek dan buat deco ]. Kaup balik hingga bercampur rata.
  2. Sapukan pada setiap lapisan kek dan akhir sekali tabor parutan keju cheddar di atasnya.



 Cara Deco Kek
  1. Letak sekeping kek di atas papan kek.
  2. Sapu topping keju pada keseluruhan permukaan kek.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan berikutnya.
  4. Sapu permukaan atas kek dengan 1/3 fresh cream dan ratakan. Hias ikut citarasa masing-masing.


Selamat Mencuba..



Thursday, 23 May 2013

Talam Ca-Ca



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Lama sungguh aku tak buat kuih talam ni. Buat ni pun sebab mak aku dok tanya bila la nak buat kuih talam. Asyik buat kuih bingka ja, tukar la kuih lain. Kuih talam ka... Aku pun buat la kuih talam ca-ca ni... Sebelum ni pernah guna resepi ni jugak, tapi guna sekoteng. Nampak cantik talam ni bila potong. Boleh nampak tompok-tompok warna ca-ca tu. Yang lapis atas tu aku tukar jadi rasa pandan sebab nak bezakan dari talam sekoteng tu... Resepi ni aku amek dari Alongroz. Izinkan saya copy resepi kat sini ya... Moh kita tengok resepi kat bawa...





Source: Adapted from Talam Sekoteng from KR_Ita Rohaya (Orig by Chef Asma)
Modified as Talam CaCa and halved the portion to fit the smaller size as below
Size: 8" round [ aku guna loyang 6 1/2'' x 6 1/2'' ]

LAPISAN BAWAH:

-50gm Ca Ca bits (rebus dahulu dan toskan)
-90g Tepung Beras
-125ml Santan Pekat
-225ml Air
-1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
-60g Gula
-1/2 tsp Garam

CARA2:
  1. Campurkan semua bahan kec uali CaCa bits, gaul sebati dan tapis ke dlm periuk.
  2. Masak sehingga naik w ap, masukkan CaCa bits dan gaul rata.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
  4. Cakar dgn garpu apabila dah masak supaya lapisan atas tidak lekang.


LAPISAN ATAS:

-75g Tepung Gandum
-125g Gula [ aku letak 100gm ]
-1 1/2 biji Telur [ aku letak 2 biji telur gred A ]
-125ml Santan pekat
-250ml Air
-1/4 tsp Garam
-1/2 tsp perisa rose [ ganti pandan paste ]

CARA:
1. Campur semua bahan, gaul sebati & tapis ke dalam periuk.
2. Masak hingga naik w ap dan tuang ke atas lapisan baw ah.
3. Kukus selama 30 minit.
4. Tunggu hingga betul2 sejuk baru di potong dgn pisau plastic .



Selamat mencuba...
; )

Tuesday, 21 May 2013

Agar-Agar Lumut



   Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sekarang ni kejap panas, kejap hujan... Pas tu panas memanjang... Tiba-tiba hujan pulak... Memang cuaca tak menentu la... Bila cuaca panas ni, agar-agar la pengubat rasa panas tu... Kejap ja habis kalau buat agar-agar ni... Kali ni aku nak share resepi yang mudah dan ringkas sekali. Memang fames jugak la agar-agar ni. Adik beradik agar-agar santan gula melaka atau gula mereh. Cara nak buat pun sama cuma warna dan rasa tu lain sikit... Agar-agar ni memang lemak berkrim... Tambah-tambah kalau guna santan fresh... Lagi la berlemak, berkrim disukai ramai... Huhuhuuu... Jom kita tengok resepi kat bawah ni....




Bahan-Bahan

-600ml air
-200gm gula kasar [ kalau nak manis tambah lagi ]
-10gm agar-agar tali
-1 cawan santan
-5 helai daun pandan
-1 biji telur
-pewarna hijau
-garam secukup rasa

Cara-Cara
  1. Cuci dan rendam agar-agar tali seketika. Masak bersama 600ml air hingga agar-agar cair dan masukkan gula. Masak hingga gula larut..
  2. Kisar daun pandan bersama santan. Kemudian tapis.
  3. Masukkan garam, pewarna hijau dan telur ke dalam bahan tapisan tadi dan pukul dengan whisk hingga berbuih dan tuang kedalam adunan agar-agar yang mendidih. Biar mendidih semula baru kacau adunan tersebut.
  4. Tutup api dan tuang adunan kedalam loyang 8x8 yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Biar beku. Setelah sejuk masukkan kedalam peti ais.



Nama ja agar-agar lumut...
Tapi bukan lumut kat longkang tu yaaa...
Huhuhuhuuu....


Sunday, 19 May 2013

Kek Coklat Puding Karamel



   Salam.... Masak apa hari ni...? Aku kali ni buat kek coklat puding karamel... Gabungan antara puding karamel dan kek coklat. Dua minggu lepas pun dah buat kek puding karamel, ni kembali pulak dengan kek coklat puding karamel.... Sebelum ni ada buat kek karamel, tapi adunan kek biasa. Untuk kek coklat tu aku guna resepi kek coklat munirah. Ramai jugak la orang yang dah try buat resepi ni. Aku baru ni berkesempatan nak cuba. Memang sedap gandingan puding karamel dengan kek coklat. Mantap... Huhuhuhuuu... Untuk resepi ni, cara masak dia tak sama macam kek puding karamel yang lain. Kalau kek puding karamel yang biasa buat tu boleh masak sekali adunan kek dan puding. Sebabnya adunan kek tak akan tenggelam bawah puding tu. Yang ni kena masak puding tu bagi beku dulu baru tuang adunan kek atas puding. Kalau masak sekali kompen jadi kek coklat puding karamel marble sebab adunan puding dan kek bercampur... Huhuhuuu.... Jom tengok resepi kat bawah ni...




Bahan-Bahan [ loyang 8x8]

Bahan karamel
-4 sudu makan gula

Bahan puding
-4 biji telur
-1 tin susu cair
-2 sudu makn gula kastor
-2 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan  kek coklat moist munirah baharum

Bahan A
-1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje [ aku letak 2/3 cawan ]
-1 cawan serbuk koko
-1 cawan susu cair
-1 cawan susu pekat
-1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola [ aku letak minyak jagung jugak ]
-1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah [ aku tak letak ]

semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Rehatkan sekejap bila dah sebati

Bahan B
-3/4 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
-1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

semua bahan di atas diayak

Bahan C
4 biji telur - diblender

Cara-Cara
  1. Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Untuk puding, campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi. Bakar secara '' water bath '' selama 20-25 minit atau sehingga puding beku pada suhu 150c.
  3. Sementara puding masak, buat adunan kek.
  4. Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  5. Bila dah sebati, tapis adunan kek atas adunan puding yang dah beku tadi. Sambumg masak selama 1 jam 20 minit atau sehingga kek masak pada suhu 150c. Guna cara ''water bath'' juga untuk masak kek coklat tu.



Puding tu ada lubang sarang semut...
Huhuhuuuu....

Friday, 17 May 2013

Bingka Jagung



     Salam semua.... Menu apa petang ni...? Aku buat bingka jagung... Menu kegemaran aku la kalau bab-bab bingka ni... Selalunya kalau jagung ni buat rebus ja... Tu menu yang paling simple, mudah dan cepat... Sedap pun sedap jugak... Tapi kalau asyik makan yang rebus boleh jemu. So, kita try buat benda lain sikit kali ni.. Bila buat bingka ni memang sedap... Dengan rasa lemak-lemaknya... Bau harum jagung tu... Memang memikat selera sapa-sapa yang lalu tepi rumah...Huhuhuhuuu.... Untuk resepi ni aku copy dari kak rohah. Izinkan saya copy resepi akak kat blog saya ni yaa... Untuk bingka ni aku buat separuh adunan ja... Ikut isi rumah yang ada... Sapa yang nak cuba, boleh tengok resepi kat bawah ni... Selamat mencuba.....





BINGKA JAGUNG
C&P : rohaisha

Bahan-bahan : [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-1 cawan jagung* (yang telah direbus) | kisar [ aku guna 2 tongkol jagung rebus ]
-1 cawan santan pekat* | kisar bersama
-1/4 + 1/8 cawan gula
-1/4 sudu kecil garam
-1/2 + 1/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung beras
-1/2 sudu besar tepung kastard
-1 biji telur
-1/2 sudu kecil esen jagung / vanila
-1/4 cawan minyak masak
-Bijan secukupnya | tabur [ aku tambah almond nibs ]

Cara:
  1. .Kisarkan jagung bersama santan.
  2. Tuangkan bahan kisar ke dalam satu bekas.Masukkan garam, gula dan telur, kacau sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kastard.Kacau hingga rata.Perisakan dengan esen jagung, masukkan minyak dan kacau lagi.
  4. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius [ aku bakar pada 150c ].
  5. Sapukan loyang empat segi berukuran 6" dengan mentega.Tuang bancuhan adunan ke dalam loyang.Taburkan bijan di atas adunan.Bakar selama 1 jam.

Note : boleh tambah 3 minit pembakaran utk api atas sahaja jika mahukan sedikit kerak
di atasnya.




Harum semerbak...

Thursday, 16 May 2013

Kek Tiramisu



   Salam dan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik... Tak lupa jugak kepada guru yang pernah mengajar aku dari tadika ( PASTI ), darjah satu hingga darjah enam ( SEK KEB PAUH ) dan dari tingkatan satu hingga tingkatan enam ( SEK MEN KEB DATO' SHEIKH AHMAD ). Jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila... Sempena hari guru ni kita jamu mata dengan kek tiramisu yang sangat menggiurkan ni.... Mengiurkan ke....? Macam tak je... Kalau tak menggiurkan pun tak pa, janji sedap... Huhuhuuuu.... Jom-jom tengok resepi kat bawah ni....


Kek Span Kopi

Sumber Resepi:Chef Noraini Zakaria
C&P : Rahel

Bahan-bahan:

-140g gula kastor
-15g ovalette
-5 biji telur gred A

-125g tepung kek}
-1 sdt serbuk penaik}--diayak (A)

-75g minyak masak

-40g air}
-1 sdt emulco kopi}--disatukan (B)
-1 sdt serbuk nescafe}

Cara membuat:
  1. Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur dan bahan (A).Pukul kelajuan perlahan selama 2 minit dan tukar kelajuan tinggi selama 5 minit hingga kembang dan gebu.
  2. Perlahankan kelajuan dan tuang campuran (B).Pukul lagi kelajuan tinggi selama 5 minit lagi hingga adunan gebu.
  3. Tuangkan minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Sediakan Loyang 8" yang sudah di alas dengan baking paper. [ aku bahagi adunan kepada tiga bahagian dan bakar berasingan. Guna loyang bulat 8'' ]
  5. Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.Setelah masak segera keluarkan dari oven kemudian terlangkupkan kek selama 5 minit.Terbalikkan semula.Biarkan kek sejuk.Potong kek kepada 3 lapisan. [ Bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 150c ]




Mousse Keju
Sumber:Wendy Kor

Bahan-bahan:

Bahan A
-500g Keju Mascarpone--->>yg ni I guna krim keju [ aku guna cream cheese 250gm saja ]

Bahan B
-6 biji kuning telur [ aku letak 3 biji ]
-100g gula kastor [ aku letak 50gm ]

Bahan C
-20g gelatin [ aku letak 1/2 sudu makan ]
-30ml air suam

Bahan D
-250g krim putar--->>yg ni I guna non-dairy whipping cream [ aku letak 1 1/2 cawan non-dairy whipping cream ]

Bahan E ( Sirap Kopi )
-80g gula [ aku letak 40gm ]
-80ml air [ aku letak 50ml ]
-10g kopi segera [ aku letak 1 sudu makanserbuk nescafe ]
-10ml minyak kopi--->>yg ni I tak letak [ ganti 1/2 sudu teh kopi emulco ]

Hiasan:
-60g serbuk koko
-10 keeping Biskut Ladie's Figure [ tak letak ]
-coklat rice [ aku tambah ]

Cara-cara:
  1. Masakkan bahan A cara double boil sehingga lembut.Ketepikan dahulu.
  2. Gaul bahan B sehingga sebati dan panaskan cara double boil pada suhu 80'C.Campurkan no.1dan kacau sekata.
  3. Larutkan bahan C sehingga gelatin larut dengan betul.Masukkan no.2 dan gaul hingga sekata. Masukkan bekas ke dalam mangkuk yang telah diisikan air sejuk dan ais.Teruskan mengacau bahan itu untuk menurunkan suhunya.
  4. Pukul bahan D sehingga kembang [ simpan 2/3 adunan non-dairy whipping cream yang telah dipukul kental  untuk dilepa pada kek ] dan campurkan ke dalam bancuhan di atas.Kacau hingga sebati.

Sirap Kopi
Masakkan dan kacau bahan E sehingga gula larut.






Cara Deco Kek
  1. Letakkan satu lapis kek di dalam mousse ring 8".Sapu sirap kopi di atas kek.Tuangkan 1/2 bancuhan mousse ke atas kek.Celupkan biskut Ladie's Figure ke dalam sirap kopi sebelum disusun di atas mousse.Kemudian tuangkan baki mousse.
  2. Taburkan serbuk koko di atas mousse dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.

Catatan by Rahel:
Untuk hiasan terpulang kepada citarasa masing-masing.Rahel hias kek guna non-dairy
whipping cream dan sedikit coklat bentuk bunga ros.Atasnya pula Rahel ayakkan sedikit serbuk
koko.Sekiranya ingin membuat Tiramisu in jar abaikan gelatin itu (bahan C).


Cara Aku Buat
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Renjis Sirap kopi. Sapu mousse keju keseluruh permukaan kek tersebut. Letak sekeping kek lagi.
  2. Ulang langkah 1 untuk lapisan berikutnya.
  3. Sapu keliling kek dengan non-dairy whipping cream yang disimpan tadi
  4. Setelah siap, tabur serbuk koko dan coklat rice atas permukaan kek. Hias ikut cita rasa masing-masing.
  5. Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidangkan.



Gebu dan lembut...
Lemak berkrim lagi...

Sunday, 12 May 2013

Carrot Walnut Cheese Cake Dan Selamat Hari Ibu



    Salam semua.... Hari ni aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua yang dah jadi ibu dan bakal jadi ibu... Tak lupa jugak kat mak aku ni... Selamat hari ibu mak... Sayang mak.... Sempena hari ibu ni, aku pun bersemangat nak buat kek la. Konon-konon tanda penghargaan... Sebelum ni tak pernah buat sambutan pun. Tapi bila dah start berblog ni, dah pandai cari resepi, buat kek sikit-sikit... Haaa... Apa lagi, ni la masa nak tunjuk kehebatan memasak aku kat mak.... Takat kek buleh la, kalau lauk pauk kureng sikit.... Huhuhuuu.... Macam-macam idea kek nak buat, tapi tak tau yang mana. Alih-alih buat carrot kek la. Kek ni dah lama aku dok berhajat nak buat. Akhirnya, hari ni termakbul jugak.... Alhamdulillah, mak aku cakap sedap... Kembang idong aku bila kena puji... Huhuhuuu.... Diharapkan mak akan sentiasa sihat untuk menjalankan ibadah sehari-harian... Amin..... Love you mak.... Muah.. Muahhh...  ; *




Kek carrot walnut cheese
Sumber asal: buku Panduan Asas Menghias Kek kak Zati
C&P : Cida


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-2 biji telur kuning
-2 biji telur putih
-188 ml minyak jagung- aku letak 175 g je [ aku letak 180ml ]
-65 gm gula castor (aku letak 50g je)
-75 gm gula perang (aku letak 40 gm je) (so, jumlah keseluruhan gula 90 gm dr resepi asal 125gm)
-75 gm lobak merah parut- 1/2 btg carrot [ aku letak 90gm ]
-125 gm tepung kek- aku guna tepung gandum (kalo guna tepung gandum, tambah 2 sudu baking powder)
-2/3  sudu teh soda bikarbonat- aku letak 1/2 sudu teh je
-walnut secukupnya- bakar dan cincang [ aku letak 1/2 cawan ]

cara:
  1. Pukul kuning telur sebentar. Masukkan minyak dan gula pukul lagi sampai sebati.
  2. Masukkan tepung + soda. Kaup balik guna senduk sampai sebati.
  3. Masukkan carrot dan walnut.
  4. Pukul telur putih sampai kental. Masukkan ke dalam adunan sambil sebatikan secara perlahan.
  5. Masukkan ke dalam cup kertas / loyang. Bakar 20 mnt utk cup dan 1 jam utk loyang suhu 180 [ aku bakar 50 minit pada suhu 150c ]


utk frosting cream cheese:

-125 gm cream cheese
-63 g butter
-25 g gula icing

cara:
  1. pukul cream cheese sampai gebu
  2. masukkan butter- pukul lagi
  3. masukkan gula icing
  4. pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan (aku tambah sedikit pewarna oren)

Cream cheese frosting yang aku guna

-150gm cream cheese
-100gm mentega
-100gm krimwell
-4 sudu makan susu pekat manis
-pewarna oren


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sampai gebu
  2. Masukkan butter dan krimwell, pukul lagi. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan susu pekat manis.
  4. Pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan (aku tambah sedikit pewarna oren)



   Untuk deco kek ni aku cuma buat yang simple ja... Tapi nampak comot. Masa deco kek ni tengah cuaca panas, tangan yang pegang piping beg pun ada haba panas, so cream cheese frosting tu cepat jadi lembik... Memang mencabar.... Kejap-kejap kena letak dalam peti sejuk bagi keras sikit...


Cara Deco Kek

-sedikit jus untuk lembabkan permukaan kek

Cara-Cara
  1. Setelah kek betul-betul sejuk, potong kek kepada tiga bahagian.
  2. Letak lapisan kek pertama atas papan kek dan renjis sedikit jus. Sapu cream cheese frosting. Letak selapis kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan kek berikutnya.
  4. Setelah selesai, buat crumb coating pada seluruh kek. Kemudian hias ikut citarasa masing-masing.
  5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Memang sedap...
Ada rasa lemak-lemak kacang lagi...
Ditambah pula dengan cream cheese tu...
Perrrrhhhhhhh.....

Thursday, 9 May 2013

Kek Puding Karamel



    Salam semua.... Hari ni ada rasa macam nak makan kek tak...? Tapi teringin nak makan puding jugak... Hmmmm... Macam mana ni...? Tak kan nak buat dua-dua sekali...? Haaaaa.... Kita buat la kek puding karamel.... Kali ni aku cuma buat adunan kecik sikit, selalu buat 8x8. Kalau buat yang tu lambat sikit nak habis... Untuk resepi ni aku guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 inci. Untuk bahagian puding tu lembut sikit, mungkin lepas ni kena kurangkan susu cair. Kalau ada yang teringin nak buat boleh la cuba resepi kat bawah ni...





Bahan-Bahan [ loyang 6 1/2'' x 6 1/2'' ]

Bahan A [ karamel ]
-40 gm gula kastor

Bahan B [ puding ]
-3 biji telur
-1 tin susu cair
-50 gm gula kastor
-1 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan C [ kek ]
-100 gm gula kastor
-100 gm tepung gandum*
-1 sudu kecil baking powder* diayak bersama
-1/2 sudu kecil cream of tartar
-4 biji putih telur
-4 biji kuning telur
-60 ml air masak
-40 ml minyak jagung
-coklat emulco, moca paste & pewarna kuning + esen vanila


Cara-Cara
  1. Bahan A : Buat karamel dalam loyang 6 1/2'' x 6 1/2''. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan B : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan C : Mula-mula buat meringue dengan 4 biji putih telur. Pukul hingga kembang dan masukkkan separuh gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan cream of tartar dan pukul hingga bertanduk. Ketepikan. Pukul kuning telur dengan baki gula kastor hingga gula hancur, kemudian masukkan air dan diikuti minyak. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan kuning telur. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  4. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  5. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  6. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  7. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....



Sungguh sedap dinikmati ketika dingin..
Mmmmm....

Tuesday, 7 May 2013

Kek Coklat Kukus Chef Zubaidah (versi Bakar)



    Salam semua.... Kita kembali lagi dengan kek coklat.... Tak jemu ke asyik buat kek coklat ni...? Kalau tanya aku, memang tak jemu la... Kalau tak, mesti tak tayang kat blog aku ni... Huhuhuhuuu... Kali ni aku cuma tukar kaedah masak ja untuk kek coklat ni. Resepi tetap sama. Kalau ikut resepi asal, kek ni kukus. Tapi nak try jugak la cara bakar sebab aku suka kek coklat yang bakar. Memang tak jauh beza dengan cara kukus. Cuma kelembapan dia kurang sikit, tak macam yang kukus. Ala kurang sikit ja, bukan banyak pun. Tepi dan atas kek tu kering sikit. Ni mungkin sebab bakar. Tapi bila dah letak ganache kat atas kek tu memang tak dapat bezakan kukus atau bakar sebab tak nampak kerak kek tu... Untuk resepi ni aku copy dari kak ummi. Dia pun buat cara bakar jugak. Tu yang teringin sangat nak buat sebab dah ada orang yang cuba. Kali ni aku cuma buat separu adunan saja... Kalau ada yang teringin nak buat separuh adunan boleh la tengok resepi kat bawah ni.... Selamat mencuba...




KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Bahan-bahan 1/2 adunan (loyang 6"/7" bulat) - aku guna loyang bulat 6''

-50 gram serbuk koko *
-125 gram gula kastor* [ aku letak 80gm ]
-1/2 tin susu isian cair* [ aku letak 1 cawan ]
-100 gram minyak masak sayuran*
-125g susu pekat*
-2 biji telur - dipukul sehingga berbuih
-75 gram tepung gandum
-1/2 sudu teh soda bicarbonate
-1/2 sudu teh baking powder


Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer.
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.[ aku bakar selama 50 minit pada suhu 150c ]
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.





   Ganache ni aku buat sikit ja. Cuma buat bagi leleh kat tepi kek tu. Kalau nak bagi selimut satu kek, kena buat dua kali ganda la...

 Simple Ganache

-120gm coklat masakan
-40ml susu cair
-1 sudu teh mentega


Cara-Cara
  1. Potong coklat masakan kecil-kecil.
  2. Satukan kesemua bahan dan masak secara double boiler. Kacau dengan perlahan sehingga kesemua bahan sebati.
  3. Biar suam baru dituang pada kek.


Walaupun kelembapan tak berapa sama...
Tapi rasanya tetap sama...

Saturday, 4 May 2013

Kek Mentega



    Salam semua... Hari ni cuma buat kek biasa atau kek asas. Kek mentega... Selalunya orang yang baru nak belajar buat kek tentu start buat kek mentega dulu, tak pun kek coklat.  Untuk kek mentega ni dah lama jugak la tak buat.. Resepi ni aku dah buat dua kali. Sebelum ni aku buat kosong ja, tak letak pewarna pun. Kali ni aku buat marble sikit.... Resepi ni aku amek kat Cida, sini resepi asal dia. Kali ni kek aku berlaku rekahan maut kat tengah-tengah tu. Ni mungkin sebab aku dah menderhaka. Ye la, sebelom ni aku dah buat dah, tapi tak merekah la pulak... Heran jugak... Mesti balasan sebab menderhaka... Huhuhuuu... Mintak izin derhaka ye kak.... Rasa kek ni memang lemak-lemak berkrim sebab guna mentega berkualiti. Tekstur dia pun gebu. Memang sedap kalau buat untuk minum petang, pekena pulak dengan kopi  O. Perhhh... Mabelesssss..... Kalau sapa nak try buat kek mentega ni boleh la tengok kat bawah ni....


Bahan-Bahan

-250 gram butter- aku guna pure butter jenama 5 star [ aku guna unsalted butter cap anchor ]
-200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir) [ aku letak 150 gm gula kastor ]
-250 gram tepung gandum
-6 biji telur
-4 sudu besar susu cair (dlm tin)
-2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
-1 sudu teh esen vanila
-kepingan badam / choc chip jika suka [ tak letak ]
-1/2 sudu teh coklat emulco [ aku tambah ]

Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2- aku cuma guna api bawah shj) Pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dr sebelumnya) Masukkan esen vanila.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya)
  3. Ayak tepung + baking powder masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 utk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu (1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu air) Buat sampai abis matikan mixer. Kaco adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalo2 ada adunan yg tak sebati, sambung mixer sekejap je just utk sebatikan adunan...
  4. Masukkan choc chip (leh gak guna choc rice) (agak2 dlm 4 sudu) [ aku tak letak ] sebatikan guna sudip je [ aku asingkan lebih kurang 1 cawan adunan dan letak coklat emulco ]
  5. Griskan loyang [ aku guna loyang 7x7 ] ngan sedikit mentega atau leh guna kertas minyak pd montot loyang... X perlu sampai bungkus keliling loyang yuppp... Masukkan adunan dlm loyang [ aku tuang adunan kosong dulu, pastu aku tuang adunan coklat, buat tompok-tompok. Pastu boleh la marblekan ]
  6. Bakar selama 1 jam / sehingga kek masak. Sila uji guna lidi. Jgn buka oven sebelum 30 mnt pertama utk 15 mnt terakhir, aku tukar kpd api atas dan bawah utk garingkan permukaan kek... [ aku bakar 50 minit pada suhu 150c, 40minit pertama api bawah, 10 minit lepas tu api atas dan bawah ]
  7. sejukkan sebentar dlm 10 mnt sblm alihkan kek dari loyang...


Amek la sepotong...
Sekali cuba...
pasti nak lagi...
: )

Thursday, 2 May 2013

Kuih Bakar Lemak Manis


   Salam... Hari ni cuma buat kuih bakar ja. Tapi kali ni buat kuih bakar lemak manis. Memang lemak manis... Tapi aku dah kurangkan gula tu bagi jadi kurang manis... Tapi masih ada rasa manis tu. Yang lemak tu memang kompem lemak sebab guna santan fresh. Aku siap kukur sendiri kelapa tu... Penat jugak la sebab guna kukur manual, bukan yang mesin tu. Yang tu aku dah fobia sebab mesin tu pernah gigit tangan aku... Uhhhhh... Ngeri bila ingat balik... Berbalik pada resepi ni, aku amek kat Kak Fida dari Myr. Kalau nak tengok resepi asal boleh klik link kat bawah. Resepi ni aku buat separuh aja. Guna acuan kecik... Cukup la untuk tiga orang makan.. Tima kasih kak fida sebab kongsi resepi ni....


Sumber : Kak Fida

-1 1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan gula
-3 biji telur
-3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
-3 sb susu manis
-garam secukup rasa
-1 sk esen vanilla
-sedikit pewarna kuning
-bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1.  Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2.  Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.




   Ni resepi separuh adunan yang aku buat. Kalau rasa nak makan sikit boleh la buat ikut resepi yang ni... Kalau boleh guna santan fresh. Baru rasa lemaknya...


Bahan-Bahan 1/2 adunan loyang 6x6

-1/2 + 1/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan gula
-2 biji telur
-1 1/2 cawan santan fresh
-1 1/2 sb susu manis
-garam secukup rasa
-1/2 sk esen vanilla
-sedikit pewarna kuning
-bijan hitam dan putih - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.



Wednesday, 1 May 2013

Vanilla Sponge Cake With Blueberry Filling



    Salam dan selamat hari pekerja semua.... Hari ni mesti ramai yang cuti, bangun tidor pun mesti ada yang lewat.. Huhuhuhuuu.... Pagi ni tayang kek lagi... Buat kek ni pun sebab nak habiskan blueberry topping yang ada lebih separuh masa buat kek cheese hari tu. Tak tau nak buat apa. So, buat kek span vanila pastu letak blueberry topping/filling. Hmmmm... Ok jugakkan.... Untuk dekonya aku buat yang paling simple. Takat nak makan sendiri tak cantik pun tak pa. Kalau nak bagi kat orang kita kena mekap-mekap la sikit, bagi come kek tu. Heheheheee... Sapa yang nak try buat boleh la tengok resepi kat bawah ni...



Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL

Bahan:

-120g gula kastor [ aku letak 80gm ]
-10g ovalette
-4 biji telur gred A

-130g tepung kek
-1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

-40g air
-60g minyak masak/mentega cair
-1 sudu teh esen vanila


Cara membuat:
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9'' [ aku guna 2 biji loyang bulat 8 inci ].Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit. [ aku bahagi kepada 4 bahagian dan masak satu per satu guna 2 loyang bulat 8 inci pada suhu 150c selama 15 minit atau sehingga kek masak ]
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.



Bahan-Bahan Untuk Deco Kek

-2 cawan fresh cream [ pukul hingga kental ]
-blueberry topping secukupnya [ hancurkan sedikit dengan garfu ]
-sedikit jus oren


Cara-Cara
  1. Setelah kek sejuk, letak satu keping kek atas papan kek.
  2. Renjis jus pada permukaan kek dan sapu fresh cream hingga rata. Letak blueberry topping atas fresh cream tersebut. Ratakan.
  3. Letak sekeping kek lagi dan ulang langkah 2 hingga habis.
  4. Lepa keseluruhan kek dengan lebihan fresh cream. Hias ikut citarasa masing-masing.



Selamat mencuba...
: )