Friday, 15 August 2025

Chocolate Mousse Cheesecake

Chocolate Mousse Cheesecake


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni saja la nak share resepi kek lagi. Ni kek ada rasa coklat dan cheese. Sedap tau. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan ja. Tapi kat bawah tu resepi full. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila separuhkan adunan bahan-bahan. Untuk kek aku guna 3 biji loyang 6 inci. Cepat sikit masak kek tu. Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Byeeee...


Chocolate Mousse Cheesecake


Chocolate Mousse Cheesecake
C&P : TikTok AINNA
 
Kek coklat
 
2 biji telur
100gm gula kastor 
1/2 tbsp chocolate emulco
1/2 tbsp esen vanilla
1 tsp ovalet
75gm susu pekat
75gm minyak masak
120gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1/2 tsp baking soda
1/2 baking powder
80ml air panas + 1 tsp instant coffee
 
 
Cara-cara
  1.  Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan baking powder kemudian ayak. Ketepikan.
  2. Putar selama 1-2 minit sampai adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat & minyak masak. Mix sampai sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan bancuhan air panas bersama instant coffee. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang 8 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing.
  7. Bila kek dah masak sejukkan. Kemudian potong menjadi 3 bahagian.
 
Chocolate Mousse Cheesecake

 Chocolate Layer
 
250gm cream cheese
30gm gula kastor
1 sudu kecik esen vanilla
120gm dark chocolate
120gm whipping cream 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla dalam mixing bow. Putar selama 2 minit.
  2. Cairkan dark chocolate secara double boiler dan biarkan sejuk sedikit.
  3. Putar whipping cream sampai kental. Tuang coklat yang dah sejuk ke dalam whipping cream tadi dan gaul rata.
  4. Satukan dengan adunan cream cheese dan putar sebati. Ketepikan.


Chocolate Mousse Cheesecake


White Chocolate Layer
 
250gm cream cheese
30gm gula kastor
1 sudu kecik esen vanilla
120gm white chocolate
120gm whipping cream 
 
Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla dalam mixing bow. Putar selama 2 minit.
  2. Cairkan white chocolate secara double boiler dan biarkan sejuk sedikit.
  3. Putar whipping cream sampai kental. Tuang coklat yang dah sejuk ke dalam whipping cream tadi dan gaul rata.
  4. Satukan dengan adunan cream cheese dan putar sebati. Ketepikan.

Chocolate Mousse Cheesecake


Chocolate Ganache
 
50gm dark chocolate
50gm whipping cream
1 sudu kecil unsalted butter
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dan whipping cream menggunakan kaedah double boiler.
  2. Bila dah cair, masukkan butter dan kacau sebati.
  3. Biarkan sejuk sebelum dituang atas kek.

  

Krim Frosting

1/3 cawan non dairy whipping cream
2 sudu besar hazelnut spread
 
  1. Putar whipping cream hingga kental. Bila dah kental masukkan hazelnut spread. Putar hingga sebati. Sedia digunakan.

 

Chocolate Mousse Cheesecake

Cara melapis kek
  1. Sediakan plastik mika. Letak sekeping kek atas papan kek. Balut keliling kek dengan plastik mika dengan kemas.
  2. Tuang adunan chocolate layer dan ratakan. Letak sekeping kek dan tekan sedikit supaya kek kemas.
  3. Tuang pula adunan white chocolate layer. Ratakan bagi sekata. Letak sekeping kek atas adunan white chocolate layer. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam.
  4. Bila sudah satu jam, keluar kek dan buka plastik mika. Salut keliling kek dengan krim frosting.
  5. Tuang chocolate ganache atas kek. Jika ada lebihan krim frosting, boleh paipkan keliling kek.
  6. Simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum dipotong. 
 
Nota tambahan:
  1. Aku buat kek ni separuh adunan daripada resepi kat atas guna 3 loyang saiz 6 inci.

 

Chocolate Mousse Cheesecake

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...