Wednesday 16 October 2024

No Bake Cream O Cheese Cake

No Bake Cream O Cheese Cake



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak update resepi no bake cream O cheese cake. Rasa dia lebih kurang macam Oreo cheese cake ja... Tapi bagi aku macam cream O ni lagi sedap dari Oreo tu. Ye la dah bertahun dok hadap Oreo, lama-lama buleh jemu jugak.. Di sebabkan kita masih ingat sedara seislam dengan kita kat Palestine tu, boleh la kita beralih ke biskut cream O ni.... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi ni boleh tengok kat bawah tu....


No Bake Cream O Cheese Cake



No Bake Cream O Cheese Cake

Lapisan bawah

12 biji biskut cream O
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut cream O bersama dengan intinya. Ketepikan.
  2. Cairkan butter kemudian tuang kedalam biskut cream O yang telah dihancurkan. Gaul rata.
  3. Tuang adunan cream O kedalam cake ring atau loyang springform bersaiz 6 inci.
  4. Ratakan dan tekan dengan sudu.
  5. Simpan dalam peti sejuk.



No Bake Cream O Cheese Cake



Cream O cheese cake

250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 sudu besar gelatin ( cairkan dengan 2-3 sudu besar air panas )
200ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanila
6 biji biskut cream O ( dipatahkan )
 
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama susu pukat dan esen vanila sehingga sebati menggunakan mixer.
  2. Kemudian masukan adunan gelatin yang telah cair tadi. Mix sekejap.
  3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul dengan kental. Kacau sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
  4. Masukkan cream O yang telah dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sekejap sahaja.
  5. Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan dalam peti ais tadi. Ratakan kemudian simpan semula dalam peti sejuk supaya beku.
  6. Bila kek dah beku keluarkan dari loyang. Boleh paipkan fresh cream atas kek dan susun biskut cream O keliling kek.
     



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...