Thursday, 10 October 2024

Russian Black & White Chocolate Cake

Russian Black & White Chocolate Cake


    Assalamualaikum dan selamat petang semua... Hari ni aku nak share resepi kek yang tertangguh masa cuti sekolah bulan 9 hari tu. Ni baru sempat nak update. Russian Black & White Chocolate Cake fames masa awai-awai aku buat blog dulu. Aku pernah buat dah dulu tapi versi empat segi. Resepi boleh tengok kat sini. Yang versi bulat ni aku buat separuh adunan guna loyang 6 inci. Pastu kek tu aku tak kukus, aku bakar. Bila aku buat separuh aduan, cream aku buat separuh jugak... Tak cukup baq hianggg... Kena tambah sikit lagi. Tak cukup sebab aku buat 4 lapis rasanya. Kalau 3 lapis mesti cukup punya... Resepi kat bawah ni resepi full tau. Kalau nak buat separuh adunan macam aku sila separuhkan adunan yerrr..... Lagi satu tolong doakan kami kat sini banjir cepat surut nahhh... Walaupun rumah aku banjir, tapi kawasan kami tak sampi sehari pun dah surut. Setengah tempat ada yang 3 hari dah... Ada tempat yang banjir teruk sangat. Harap-harap hujan tak turun lagi... Kesian mangsa banjir...


Russian Black & White Chocolate Cake



Russian Black & White Chocolate Cake

Bahan-bahan
170g tepung superfine*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 tin susu cair (400g)
100g serbuk koko
200g minyak jagung @ minyak masak
250g susu pekat
250g gula halus - hana letak 210 jer
5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara
  1. Ayak bahan yang bertanda *.
  2. Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  5. Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  6. Sejukkan.
     
NOTA TAMBAHAN
  1. Kek ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat atas tu. Kek ni aku tak kukus, bakar. Guna 4 biji loyang 6 inci dan bakar lebih kurang 35 minit atau sehingga masak.

Russian Black & White Chocolate Cake




COKLAT GANACHE
200ml whipping cream (dairy)
500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
1 sudu besar air panas
2 sudu besar sirap glukos
2 sudu besar butter


Cara-cara
  1. Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  2. Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  3. Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 
NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coklat ganache pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake



 
COFFEE CREAM CHEESE
500g creamcheese
1 cawan butter lembut
1 cawan gula aising
1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)


Cara-cara
  1. Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

NOTA TAMBAHAN
  1. Sebab kek aku buat separuh adunan, coffee cream cheese pun aku buat separuh adunan. Pastu kena tambah sikit lagi sebab tak cukup.

Russian Black & White Chocolate Cake




CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  1. Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan ( sebab aku dah bakar kek secara berasingan 4 biji, tak payah dah potong )
  2. Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk linkaran secara berselang seli.
  3. Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya cream cheese keras.
  4. Akhir sekali salut seluruh kek dengan baki coklat ganache.
  5. Hias kek memgikut kesesuai anda.
  6. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.



Russian Black & White Chocolate Cake

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...