Tuesday 27 June 2023

Kek Lapis Senja Nan Merah

Kek Lapis Senja Nan Merah



      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak post resepi kek lapis yang last untuk tahun ni. Resepi kek lapis ni simple jaaa... Bahan-bahan pun tak banyak... Warna pun cuma guna tiga warna ja... Senang kan, tak yah nak bahagi banyak bekas.. Bagi aku, kalau orang yang baru nak mula belajar buat kek lapis yang ada warna-warna ni boleh la cuba resepi ni.... Kalau ada yang nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu...


Kek Lapis Senja Nan Merah



Kek Lapis Senja Nan Merah
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3


Bahan-bahan
500gm mentega
180gm gula halus
1 sudu makan ovellet
1 sudu teh esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
392gm susu pekat manis ( 1 tin rendah )
200ml emborg dessert whip atau 1 tin nestle cream
4 sudu kecil esen pisang
300gm tepung gandum *
200gm horlicks * disatukan dan diayak
pewarna oren
pewarna merah
pewarna pink
 
 
Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  3. Masukkan susu pekat, dessert whip dan esen pisang. Pukul lagi sehingga sebati.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer.
  5. Timbang adunan dan bahagikan kepada 4 bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna oren bahagi 3. Adunan 2 masukkan pewarna merah. Bahagi 3. Adunan 3 masukkan pewarna pink. Bahagi 3. Adunan 4 biarkan dengan warna asal. Bahagi 3.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan berwarna asal ke dalam loyang. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 7 minit atau hingga lapisan agak kental.
  8. Apabila adunan warna asal masak, lapis pula dengan adunan berwarna pink. Bakar. Ulang langkah melapis sehingga adunan pink habis ( 3 lapisan pink ).
  9. Ratakan selapis lagi adunan warna asal. Bakar hingga adunan kental.
  10. Bakar berlapis-lapis adunan berwarna merah sehingga habis ( 3 lapisan merah ).
  11. Tuang adunan warna asal yang terakhir. Ratakan dan bakar sehingga adunan kental.
  12. Tuang dan ratakan pula adunan berwarna oren. Bakar berlapis-lapis sehingga adunan oren habis ( 3 lapisan oren ).
     


 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...