Thursday 22 June 2023

Kek Lapis Matcha Choco

Kek Lapis Matcha Choco


     Assalamualaikum..... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang ke 4 pula. Kek lapis ni sesuai untuk peminat green tea. Sebab jarang jumpa resepi kek lapis green tea ni, maka aku pun buat laa... OK jugak rasa kek lapis green tea ni. Bau pun sangat wangi. Kalau ada peminat green tea boleh la cuba buat... Tak rugi tau... Sampai sini dulu laa... Esok sambung resepi lapis yang last pulak... Byee....


Kek Lapis Matcha Choco



Kek Lapis Matcha Choco
C&P : Noy Yullan ( 77 Resipi Kek Lapis Sarawak )
Loyang : 8x8x3
 
 
Bahan-bahan
454gm mentega
180gm gula halus
1 sudu makan ovellet
1 sudu teh esen vanila
10 biji telur gred A atau AA
480gm kaya
250gm tepung gandum *
150gm serbuk santan *
100gm susu tepung * disatukan & diayak
100gm milo
emulco coklat
pewarna hijau
2 sudu teh pes teh hijau ( matcha atau green tea )
 
 
Cara-cara
  1. Dengan kelajuan tinggi, putar mentega, ovellet, gula dan esen vanila hingga kembang dan bertukar menjadi putih.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan telur satu per satu.
  3. Masukkan kaya. Naikkan semula kelajuan mixer. Putar sehingga adunan kembang.
  4. Perlahankan mixer. Masukkan bahan yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati. Matikan mixer. Kaub balik adunan menggunakan spatula atau senduk.
  5. Timbang adunan. Bahagikan kepada dua bahagian. Adunan 1 masukkan pewarna hijau dan pes teh hijau. Kacau rata dan bahagi 6. Adunan 2, masukkan milo dan emulco coklat. Kacau rata dan bahagi 6.
  6. Panaskan oven dengan suhu 170C, api atas sahaja.
  7. Ratakan satu bahagian adunan bewarna hijau. Hentakkan loyang bagi meratakan adunan. Bakar sekitar 5 hingga 7 minit ( suhu dan masa berbeza mengikut oven ). Apabila adunan masak, lapis lagi dengan adunan hijau. Bakar sehingga lapisan kek kental. Buat sehingga 3 lapisan.
  8. Tuang dan ratakan pula satu bahagian adunan berwarna coklat di atas lapisan hijau. Bakar sehingga lapisan kek agak kental. Lapis lagi dengan adunan bewarna coklat sehingga 3 lapis.
  9. Ulang proses melapis pada langkah nombor 7 dan 8 sehingga adunan habis.

 

 

 Kek Lapis Matcha Choco


 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...