Sunday 10 April 2022

Puding Karamel Tanpa Telur

Puding Karamel Tanpa Telur


        Asssalamualaikum.... Masak apa hari ni untuk berbuka nanti... Kalau tak ada idea boleh cuba buat resepi puding karamel tanpa telur ni... Nak buat bukan payah mana pun.... Cuma rajin dengan tak rajin ja... Boleh bayangkan tak bila puding ni lalu kat tekak hangpa... Slruppp.... Sedapnya.... Ni la dugaan bulan puasa.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...


Puding Karamel Tanpa Telur



PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber : FB@Mariana Zainal

Bahan Air Gula Hangus :
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas

Bahan Puding :
1 paket serbuk agar-agar plain (10 gm)
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla (saya tambah)
 
 
Cara-Cara :
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga gula cair keperangan (sentiasa kacau ya). Bila dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
  2. Buka api dan masak sehingga gula larut. Tutup api. Biarkan seketika.
  3. Jika dalam bekas dadih kecil-kecil, sukatan gula pasir dan air berbeza iaitu 3/4 cawan gula pasir (hampir penuh cawan) dan 1 cawan air panas. Cara membuat sama, dah siap gula hangus, masukkan 1 sudu besar air gula hangus ke dalam bekas dadih tadi. Ketepikan seketika sementara kita sediakan bahan puding pula.
  4. Jika menggunakan loyang (saiz 7 inci bulat), taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak sehingga keperangan. Kemudian goyangkan/lenggangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata disekeliling loyang. Ketepikan. (Tak perlu masukkan air).
  5. Untuk bahan puding : Dalam bekas/periuk, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla. Kacau sehingga tidak berketul.
  6. Masukkan pula serbuk agar-agar, air dan susu pekat manis, kacau sebati. Masakkan di atas api sederhana. Kacau sehingga larut.
  7. Apabila dah mendidih, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus atau bekas dadih berisi gula hangus tadi. Biarkan sedikit suam. Masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam. Bila dah sejuk, letak dalam bekas/piring secara terbalik ... SIAP!


Puding Karamel Tanpa Telur

2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...