Thursday 21 April 2022

Kek Lapis Biscoff Cheese

Kek Lapis Biscoff Cheese


        Assalamualaikum.... Tengah buat kuih raya ka tuuuu... Hihihii.... Aku baru sempat buat dua jenis... Nanti dah rajin aku sambung lagi buat kuih raya tu.... La ni kita tengok resepi kek lapis dulu... Resepi kek lapis ni asalnya aku nak buat tahun lepas, cumanya tak ada biscoff spread tu ja... Tu yang tangguh sampai tahun ni... Alhamdulillah, menjadi juga kek lapis biscoff cheese ni... Kalau sapa-sapa ada kelapangan untuk buat kek lapis ni boleh la tengok resepi kat bawah tu... Byeee...


Kek Lapis Biscoff Cheese



Kek Lapis Biscoff Cheese


Bahan-bahan
500gm butter
40gm gula halus / aising
40gm serbuk ais blend vanilla
1 sudu besar ovalette
250gm cream cheese
100gm serikaya
100gm spread biscoff
350gm susu pekat
10 biji telur gred A
320gm tepung hong kong
100gm susu tepung
biskut biscoff secukupnya ( hancurkan )
pewarna dan emulco coklat


Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, serbuk ais blend vanilla dan ovalette dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  2. Masukkan cream cheese. Pukul hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan serikaya dan spread biscoff. Putar sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang dan sebati.
  5. Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit.Matikan mixer dan kaup balik bagi sebati.
  6. Timbang adunan. Bahagikan adunan kepada dua. Bahagian satu letak emulco coklat. Bahagian ini untuk lapisan bawah dan atas. Bahagian dua nak warna asal ataupun letaksedikit sahaja warna coklat sekadar bagi warna light coklat ( aku tak letak ).
  7. Ratakan selapis adunan emulco coklat dan hentak loyang beberapa kali. Bakar sekitar 7 minit atau sehingga lapisan masak dalam ovenyang dah dipanaskan suhu 170C api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja Ulang langkag ini untuk mendapatkan dua lapisan bawah coklat ( sekiranya anda nak buat sampai 3 atau 4 lapisan boleh saja )
  8. Setelah lapisan bawah coklat siap, ratakan lapisan kedua. Taburkan biscoff crumble dan bakar sekitar 7 minit atau sehingga masak api atas sahaja. Ulang langkah ini sehingga adunan bahagian 2 habis.
  9. Ulang langkah 7 untuk lapisan atas adunan coklat. Untuk lapisan yang terakhir bakar sehingga masak. Cucuk lidi atau cake taster untuk memastikan kek masak.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong.Selamat mencuba.



Kek Lapis Biscoff Cheese

 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...