Wednesday 1 January 2020

Absolute Chocolate Cake



    Assalamualaikum semua... Tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat tahun baru 2020... Ini bukan kek tahun baru. Tapi kek ni aku buat khas untuk kak aku. Birthday dia jatuh pada 01hb01. Untung kan... Tiap-tiap tahun satu dunia sambut birthday dia... Hahahaa... Kak aku request sebijik kek.. Nak kek biasa-biasa ja.. So jadila kek ni.. Alhamdulillah sedap kek ni... Kalau orang yang suka coklat memang patut cuba... Nak deco kek ni ikut la kreativiti masing... Aku saja tambah coklat ganache tu.. Pastu bagi leleh-leleh tepi kek sama... Hmmm.... Nampak menggoda tak....? Kalau ada yang teringin nak mencuba, boleh la tengok resepi  kat bawah tu....




ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE
C&P : Kak Ita

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan B. Pukul hingga putih.
  2. Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
  4. Tambahkan air panas dan gaul rata
  5. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
  7. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  8. Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan





Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar


Cara-Cara
  1. Cairkan gelatin, cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
  2. Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
  3. Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
  4. Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
  5. Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
  6. Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
  7. Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna




Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega


Cara-Cara
  1. Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
  2. Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu Kacau rata
  3. Tambahkan mentega dan gaul sempurna
  4. Sejukkan
  5. Kemudian pukul hingga berkrim




Kaedah penyediaan
  1. Letakkan sekeping kek atas lapik kek
  2. Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
  3. Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kekTaburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
  4. Lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
  5. Ulang proses yang sama hingga habis
  6. Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
  7. Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam
  8. Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
  9. Deko kek anda mengikut kreativiti
  10. Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
  11. Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...