Tuesday 31 December 2019

Chocolate Fromage Cake


      Assalamualaikumsemu... Tinggal berapa jam ja lagi kita nak masuk tahun 2020.. So, alang-alang ujung tahun ni meh kita layan kek yang sangat sedap bila lalu kat dalam kerongkong anda...  Sedap sangat... Tak tau nak habaq lagu mana... Rasa dia lemak-lemak berkrim... Macam makan cheese cake pun ada... Cuma nak buat dia ni banyak step sikit la... Tapi disebabka sedap, memang berbaloi bila dah siap... Kalau nak tau macama mana rasa kek ni kena la cuba... Okla... Selamat tahun baru 2020... Byeee.....




Chocolate Formage Cake
C&P :Kak Ita

KEK SPAN COKLAT

Bahan-Bahan
4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara-Cara

  1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
  3. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  4. Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan.. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.
  5. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
  6. Kemudian tuang di dalam loyang 8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
  8. Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
  9. Bakar selama 30 ~ 35 minit







KRIM COKLAT / KASTARD COKLAT

140 gm cream cheese
20 gm gula caster
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
40 gm Whipping Cream (dairy)
50 gm Dark Chocolat
1 sudu besar tepung kek / tepung gandum


Cara-Cara

  1. Potong sekeping kek dan letakkan dalam loyang spring form pan.
  2. Dah siap ketepikan, sekarang kita nak buat krim coklat atau kastard coklat dulu,
  3. Putar cream cheese hingga lembut
  4. Masukkan gula
  5. Masukkan telur
  6. Masukkan esen vanilla dan putar hingga lembut dan creamy
  7. Masukkan whipping cream dan tepung gandum dan putar sebati
  8. Masukkan dark chocolate yang di cairkan ( double boil )
  9. Tapis adunan ( adunan agak pekat ) untuk dapatkan adunan yang smooth dan tiada ketulan tepung, cheese atau coklat.
  10. Tuang adunan atas kek ( dalam spring form pan ) tadi
  11. Bakar dalam oven suhu 160 C oven rumah dan 170 C oven industri selama 20 - 25 minit * ingat oven kena panaskan 15 minit awal sebelum masukkan kek





KRIM PUTIH / KASTARD PUTIH

60 gm cream cheese - lembutkan suhu bilik
20 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
4 gm gelatin
25 gm air
140 gm whipping cream ( dairy)

Cara-Cara

  1. Hanya menggunakan whisk sahaja, putar atau cream cheese hingga lembut dan creamy masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau sebati
  2. Atas dapur panaskan air dalam periuk ( teknik double boil) letakkan adunan cream cheese dan telur atas periuk berisi air dan kacau rata ( hati2 jangan sampai telur jadi scrambel egg pulak! ) adunan mesti berkrim / creamy.
  3. Gelatin cairkan dahulu bersama air ( double boil / masuk dalam microwave )
  4. Tuangkan gelatin dalam adunan telur dan kacau lagi
  5. Akhir sekali masukkan whipping cream kacau rata





KRIM PUTIH 2
30 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm butter
4 gm gelatin
50 gm air
50 gm coklat putih ( cairkan double boil)
130 gm whipping cream Dary

Cara-Cara

  1. Gula icing , telur dan esen vanilla puar dan masak kaedah daouble boil dengan whisk hingga krim
  2. Tuangkan gelatinyang dah di cairkan cara double boil
  3. Butter putar asing hingga ghebu, masukkan adunan telur tadi dlm adunan butter, masukkan adunan coklat yang di cairkan kaedah double boil juga
  4. Dalam mixer lain putar whipping cream hingga soft peak kaup balik adunan butter dan whipping cream rata
  5. Bila kek kita dah keras, salutkan luar kek dengan krim putih 2
  6. Ambil sekeping lagi kek coklat dan parut dengan penapis hingga menjadi serbuk halus salut serbuk kek pada keseluruhan kek
  7. Sejukkan dan sedia di nikmati





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...