Wednesday, 29 April 2015

Kek Keju Oreo




   Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni bila tengok kat luar rumah, nampak mendung ja... Pastu ada dengar guruh sikit-sikit. Selalunya memang nak hujan lebat & guruh kalau keadaan macam ni. Sebelum hujan dan guruh, baik aku update blog ni cepat-cepat. Resepi kali ni aku nak share pasal kek cheese oreo. Bila makan kek cheese oro ni macam makan kek aiskrim time sejuk-sejuk. Lazat tak terkata baq hianggg... Resepi ni aku cedok kat blog kak ita. Thanks ye kak ita... Kalau ada yang mintak sepotong, mintak maap laaa... Dah abis punnn... Hihhihii... ok la, sampai kat sini dulu la... Mendung semacam ja kat luar tu... Angin pun dah kuat... Jumpa lagi... byee....

 




Kek Keju Oreo
C&P : Kak Ita

KEK SPAN COKLAT
By: Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI April 2012

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Sediakan loyang 8 inc
  3. Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
  4. Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
  5. Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
  6. Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
  7. Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
  8. Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 35 mint atau sehingga kek di masak sempurna
  9. Sejukkan kek atas redai setelah masak
  10. Potong kek kepada 3 lapisan


  • adunan ini boleh di buat 1/2 adunan sahaja.
  • Kalau buat 1/2 adunan telur guna gred B letak 3 biji






KRIM KEJU

1 paket biskut oreo
250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh asen vanilla

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
  2. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  4. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim. Pastikan krim keju pada suhu bilik.
  5. Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  6. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  7. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  8. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  9. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi. Kaup balik adunan hingga rata. Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
  10. Masukan adunan kedalam piping beg





Cara Penyediaan
  1. Potong kek span kepada 3 lapisan
  2. Ambil 1 lapisan dan letakkan atas lapik kek
  3. Sediakan loose pan atau spring form pan ukuran 8 inc
  4. Masukkan kepingan ke span coklat di dasarnya.
  5. Untuk lebih memudahkan kita mengeluarkan kek, lapik sekeliling spring form pan dengan plastik mika Kemudian kita paipkan satu lapisan krim keju di atas lapisan kek coklat
  6. Susunkan kepingan biskut oreo di atasnya.
  7. Tuangkan selapis lagi krim keju dan lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
  8. Tuang lapisan terakhir dengan baki krim keju ratakan permukaannya
  9. Simpan dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 4 jam
  10. Keluarkan kek dari loyang .Kemaskan tepinya ~ boleh gunakan spatula besi, celup dalam air panas lap kering dan ratakan pada tepi kek supaya permukaannya licin.
  11. Hias kek mengikut kreativiti anda


  • Untuk mendapatkan potongan kek keju yang kemas dan cantik! pastikan mata pisau di rendam ke dalam air panas terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memotong kek.
  • Kalau boleh carilah mata pisau yang sedikit halus.
  • Jangan lupa untuk mengelap mata pisau dengan kain kering selepas di rendam dalam air panas.
  • Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan mata pisau di atas dapur.
  • Selepas setiap potongan pastikan mata pisau sentiasa di lap supaya kek tidak comot ketika dipotong.



Friday, 24 April 2015

Kek Pandan Kelapa



   Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku nak update satu resepi kek yang sangat mudah... Kalau tengok memang macam kek orang dulu-dulu... Ye la, bahan yang guna pun senang nak dapat... Rasa pun sedap. Lemak-lemak kelapa pandan gitu... Kek ni sebenarnya aku buat bulan lepas lagi... Hari ni baru sempat nak tayang kat sini... Ok la, meh kita tengok resepinya...





Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan
125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering


Cara-Cara
  1. Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.
  3. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.
  4. Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.
  5. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.
  6. Selamat Mencuba! :)






Thursday, 16 April 2015

Puding KeK Cendol Dan Cincau

 


       Assalamualaikum semua... Dah lama aku tak menjengah kat sini... Ada yang rindu kat aku tak... Huhuuu.... Sapa la yang nak rindu kat aku ni kan... Hihiii... Sekarang ni kalau nak update blog pun kena pikir panjang. Bukan apa, bila nak buat kek ni banyak guna modal. Nak-nak sekarang ni bharga barang pun dah mahal. Tambah pulak adanya GST... Lagi la fening kefala... Apa-apa pun meh kita layan puding kek yang sedap ni.... Makan pulak tengah musim panas ni... Bestnya... Jom kita tengok resepi kat bawah tu... Thanks kak ita atas perkongsian resepi ni...





Puding KeK Cendol Dan Cincau
C&P : Kak Ita


Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan  saiz 8 X 8 inc ~ aku guna loyang spring form 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur - aku x letak
 secubit garam


Cara-Cara
  1.  Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
  2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
  3. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.
  4. Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.


 



Lapisan C
400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple sedikit pewarna kuning lemon



 Cara-Cara
  1. Satukan bahan C kecuali Cendol Cincau Pewarna kuning dan hijau dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 
  2. Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 
  3. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning. Biarkan ia sejuk dan mengeras
  4. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu 
  5. Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.






Wednesday, 25 March 2015

Puding Kastard Berkuah



     Assalamualaikum semuaaaa.... Petang tadi aku layan puding kastard berkuah yang sangat sedap hingga makan tak henti-henti... Makan pulak time-time panas ni... Lagi la ummphhh... Nak sedap letak banyak bahan sampingan tu... Pasti makan bertambah punya... Resepi ni aku copy kat blog kak anna. Tima kasih ye kak dan kepada penyumbang asalnya... Ok la, kalau ada yang dah tak tahan dengan godaan puding kastard berkuah ni boleh la cuba esok... Byeee...








RESEPI PUDING KASTARD BERKUAH
Sumber : Missima @myresepi
Salinan : Cik Cek
C&P : Anna Qawina


BAHAN-BAHAN A - Kastard
1 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil garam
5 cawan air
2 - 3 sudu besar susu pekat
2 - 3 sudu besar gula pasir


Cara-Cara
  1. Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
  2. Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
  3. Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
  4. Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
  5. Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
  6. Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
  7. Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...



Nota Cik Cek :
  • Aku menggunakan coklat mould...sebagai acuan utk puding kastard ni...sebelum digunakan...lalukan acuan dengan air...renjis2kan acuan...jgn dilap keringkan..biarkan ada sedikit2 air didalam acuan.....
  • Masukkan adunan kastard kedalam piping bag...berhati2 ya..sebab adunan kastard masih panas....gunting sedikit dihujung piping bag.
  • Picitkan adunan kastard dalam coklat mould...pastikan kitchen glove dipakai ketika proses ini dilakukan ....







BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard

1 tin susu cair IDEAL
1 tin air..
4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat..
1 biji kuning telur...( saya ikut Cik Cek tak letak telur...)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)



Cara-Cara
  1. Masukkan sume bahan kedalam periuk..
  2. Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....






BAHAN-BAHAN C - Hiasan

Fruit Cocktail 
Nata De CoCo
Apa saje buah2an dalam tin yang disukai...


Cara-Cara
  1. Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. 
  2. Jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....






Monday, 23 March 2015

Lapis Cheese with Salted Cheese Biscuit



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni nak share satu resepi dessert yang sangat mudah. Tak payah bakar pun. Sedap pun sedap... Resepi ni lebih kurang macam  lapis persona dan cheesekut sebabnya bahan utama guna biskut. Untuk resepi ni agak menarik sebab guna biskut cheese... Punya la payah sebelum nak cari biskut cheese ni... Katanya biskut ni banyak kat sarawak tu... Alih-alih jumpa kat perlis jugak. Tak sangka boleh ada kat kedai jual barang buat kek yang selalu aku pi tu... Sebelum ni tak pernah belek-belek pun... Bila dah nampak rembat la 2, 3 bungkus... Bila pi nak beli pulak dah habis... Nasib-nasib... Pas ni tak tau nak cari kat mana... Untuk resepi ni ada guna Nestle cream, sebab dah tak ada, aku ganti dengan thickened cream. Alhamdulillah, tak ada masalah bila guna krim tuuu... Sedap okhhh... Memang kena cuba tauuu... Ok, babaiii...









Lapis cheese with Salted Cheese Biscuit
Sumber 1 : sky blue's Kitchen
Sumber 2 : mr.mama


Bahan-Bahan

125 gm mentega
250 gm cream cheese
1 cawan gula aising ( aku letak 1/2 cawan )
170 gm Nestle cream ( 1 tin kecil ) ( aku guna 250ml thickened cream )
3 bungkus Khong Guan salt cheese crackers - kuantiti biskut bergantung kepada ketebalan setiap lapisan
1 cawan susu segar atau susu jenis lain 



Cara-Cara
  1. Pukul gula aising dan mentega sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan cream cheese dan pukul lagi sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan Nestle cream dan pukul lagi sebati. Ketepikan.
  4. Tuangkan susu segar ke dalam bekas dan celup salt cheese crackers satu persatu ( celup sekejap jer yer ) dan susun dalam loyang / bekas yang telah d alas dengan kertas minyak / aluminium foil / plastik ).
  5.  Setelah itu, lapis permukaan biskut dengan adunan cream cheese tadi dan ratakan.
  6. Ulangi proses No.4 dan No.5 hingga habis.
  7. Untuk ketebalan adunan cream cheese dan seberapa banyak lapisan biskut yang dibuat, terpulanglah kepada citarasa masing-masing.
  8. Pastikan adunan cream cheese merupakan lapisan terakhir.
  9. Akhir sekali taburkan nestum dipermukaan.
  10. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.







Saturday, 14 March 2015

Melty Hershey



     Assalamualaikum... Selamat petang dan selamat berhujung minggu semua... Nampaknya cuti sekolah dah mula hari ni...  Mesti seronok bebudak sekolah sebab boleh bangun lewat kan... Huhuuu... Dulu-dulu aku pun macam tu jugak laa....Hahahaaa... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat melty hershey. Kalau ikutkan orang lain dah lama buat. Aku ni baru ja nak mencuba... Sangat ketinggalan zaman aku ni... Orang lain siap buat meniaga lagi... Tak pa la, lambat pun aku tetap nak mencuba juga kesedapan melty hershey ni... Bila tengok resepi kat google, ada macam-macam kaedah nak buatnya. Tapi aku ambik resepi ni kat kak ita dan olah sikit... Sikit ja, bukan banyak pun. Untuk melty hershey ni aku buat dua perisa. Satu blueberry dan satu chocolat... Sedap gilerrr... Nak-nak makan time musim panas ni... Mo kalau ada yang tergoda, boleh la cuba buat sendiri.... Bye... Selamat bercuti sekolah...






MELTY HERSHEY
Sumber : Kak Ita


Dasar Blueberry Melty Hershey

80g biskut marie
30g almond flakes - ramas kasar
50g mentega ~ cairkan

Cara-Cara
  1. Biskut marie di hancurkan
  2. Gaulkan bersama almond flakes dan mentega cair.
  3. Letakkan dalam bekas sebagai dasar




Dasar Chocolate Melty Hershey

150 gm biskut oreo
30 gm  cornflakes ~ ramas kasar
90 gm mentega ~ dicairkan 

Cara-Cara
  1. Campurkan biskut dan cornflakes
  2. Tambahkan mentega dan gaul rata
  3. Letakkan dalam bekas sebagai dasar






Ganache Coklat

150 gm krim tenusu ~ whipping cream
15gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
250 gm coklat gelap ~ hiris halus
10 gm butter
1 sudu teh orange suncquick atau 1 sudu teh pes hazelnut

Cara-Cara
  1. Didihkan krim dan sirap glukos.
  2. Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
  3. Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
  4. Tambahkan butter dan orange sunquick atau pes hazelnut
  5. Kacau hingga adunan licin dan berkilat
  6. Biarkan sejuk
  7. Sedia di gunakan





Resepi Cheese

250g krim keju ~ pada suhu bilik
80g gula kastor
100g coklat masakan putih ~ dicairkan
250g krim putar
50g air
15g halal gelatin
1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara
  1. Larutkan gelatin dalam 50g air dan biarkan kembang
  2. Kemudian panaskan gelatin secara double boiler hingga gelatin melarut dan ketepikan
  3. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler juga dan ketepikan
  4. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan berkrim.
  5. Pastikan krim keju pada suhu bilik.Tuangkan coklat putih ke dalam adunan krim keju
  6. Tuangkan pula gelatin dan kacau hingga sebati
  7. Tambahkan sedikit asen vanilla dan kacau adunan sempurna
  8. Dalam bekas lain, pukul krim putar (non dairy whipping krim) hingga gebu dan kental.
  9. Masukkan 1/3 krim putar ke dalam adunan keju tadi
  10. Kaup balik adunan hingga rata
  11. Tuangkan baki krim putar yang selebihnya dan kaup balik hingga bergaul sempurna
  12. Masukan adunan kedalam piping beg





Kaedah Penyediaan

Blueberry Melty Hershey
-blueberry filling secukupnya
-cream cheese ( resepi di atas )

Chocolate Melty Hershey
-chocolate ganache ( resepi di atas )
-cream cheese ( resepi di atas )


  1. Untuk blueberry melty hershey, masukkan bahan dasar ke dalam bekas-bekas kecil dan ratakan. Picit adunan cheese. Kmudian masukkan blueberry filling dan picit sekali lagi adunan cheese. Hias dengan coklat parut dan buah strawberry
  2. Untuk chocolate melty hershey pun guna kaedah yang sama. Cuma ganti blueberry filling dengan chocolate ganache. Hias dengan biskut oreo, chocolate chip dan chocolate rice.
  3. Siampan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan








Wednesday, 11 March 2015

Pengat Labu Dengan Sekoteng




    Assalamualaikum. Ni menu petang tadi... Buat pengat ni pun sebab nampak stok skoteng ada lagi. Dulu pernah buat talam sekoteng. Pastu ada lagi baki sekoteng tu.. Tak tau nak buat apa, simpan je laa... Tapi sebab dah simpan lama sangat sekoteng ni aku pun google resepi yang guna sekoteng ni... Cari punya cari, jumpa resepi ni... Tapi baki sekoteng ada lagi.. Pasni nak kena cari lagi la resepi yang guna sekoteng tu.. Tak nak tulis panjang-panjang sebab nak tengok cerita teman lelaki upahan. Aku pun dah tersangkut dengan cerita ni... Huhuuu... Ok la, bye...





RESEPI PENGAT LABU DENGAN SEKOTENG
Sumber : Noorsha

Bahan-Bahan
1/4 biji labu
1/2 cawan sekoteng
1 sudu makan sagu biji
100 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
200 ml santan cair @ susu UHT
300 ml air
sedikit garam
sehelai daun pandan diikat


Cara-Cara
  1. Cairkan gula melaka dan gula pasir dengan air kedalam periuk, biar seketika.
  2. Apabila telah cair, masukkan santan cair, sekoteng dan sagu biji. Biar ia merenih hingga sekoteng dan sagu lembut.
  3. Masukkan santan pekat bersama labu yang siap dipotong dan dibuang kulit. Biar ia merenih perlahan sehingga labu lembut. Kacau sesekali tapi jangan terlalu kerap, bimbang labu hancur.
  4. Bila labu telah empuk, perasakan dengan sedikit saja garam, kacau dan hidang panas @ sejuk




Friday, 6 March 2015

Chocolate Lasagna



     Assalamualaikum dan salam jumaat semua... Pagi-pagi ni saja nak tayang satu dessert yang sangat menggoda iman semua... Aku pun terus tergoda dengan benda alah ni... Aduhhh... Boleh lupa diri bila makan chocolate lasagna. Dah lama aku dok tengok resepi ni merebak kat facebook. Siap buat jualan bagai. Tapi letak dalam plastic container yang kecik-kecik tu. Mudah nak makan. Tapi aku pulak buat dalam bekas loose tin saix 8x8x3. Terima kasih kepada kak diana sebab dah tunjuk cara nak buat dessert yang best ni... Selamat mencuba...









Chocolate Lasagna
C&P : Diana
Loose tin 8x8x3


Bahan-Bahan A

36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) ( aku guna perisa vanila dan coklat )
6 sudu besar butter dicairkan


Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.





Bahan-Bahan B

200 gm cream cheese ( aku letak 250 gm )
1 cawan Non-dairy whipping cream
100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) ( aku letak 50gm )
2 sudu besar susu segar


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.






Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE COCONUT PUDDING )
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 tsp garam
3 cawan susu = Aku buat 1 cwn susu segar + 1 cwn susu cair + 1  cwn santan pekat
185 gm dark chocolate _ dicincang
1 tsp esen vanilla
1 tbsp serbuk koko _ Diana tambah


Cara-Cara
  1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit ).* Diana guna hand whisk .
  2. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental.
  3. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  4. Sejukkan dan ketepikan.


** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.






Cara Melapis
  1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.
  3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
  4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
  5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.









Thursday, 5 March 2015

Puding Permata




    Assalamualaikum semua... Ni N3 pertama untuk bulan 3 ni... Sekarang ni kan cuaca panas sangat. Nak membaking pun tak berapa rajin. Kurang selesa. Tapi, Alhamdulillah, petang tadi hujan dah turun. Sejuk sikit suasana kat kampung ni. Dah berhari-hari terasa bahang panas ni... Disebabkan sekarang ni cuaca panas, kan elok kita makan benda-benda yang sejuk ni... Contohnya macam puding yang aku buat ni... Sejuk tekak... Kalau ikut resepi asal, yang permata tu letak serbuk koko. Tapi aku dah derhaka pi letak pewarna... Ada nampak macam permata tak...? Kalau tak nampak, buat-buat nampak lah yeerr... Hahahaa.. Ok, byee...







Puding Permata
Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )


Bahan untuk agar-agar
300ml air
200ml susu cair (saya guna susu segar)
125gm gula pasir
2 sudu besar serbuk koko ( ganti pewarna merah, ungu & biru )
1 sudu besar serbuk agar-agar


Bahan untuk kastad :
500ml air
400ml susu cair / susu segar
250gm gula pasir
10gm serbuk agar-agar
1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air


Cara-cara
  1. Untuk agar-agar masak air, susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih. ( Disebabkan aku tak letak serbuk koko, aku bahagi adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna. )
  2. Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.
  3. Untuk kastad masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  4. Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.