Thursday, 29 October 2026

Strawberry Matcha Cake


     Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni nak share resepi dari ChatGPT jugak. Resepi ok, cuma bahagian bawah kek tu macam nak ada bantat sikit. Mungkin masa mix minyak tak sebati kot. Sebelom ni aku dah buat matcha strawberry cake. Resepi boleh tengok kat sini. Kali ni buat kek perisa strawberry pulak. Yang versi ni strawberry dia lebih banyak rasa. Leleh-leheh kat tepi kek pun aku letak strawberry filling. Sesuai la nama strawberry matcha cake. Sapa nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee...
 


Strawberry Matcha Cake
C&P : ChatGPT
 
Kek Span Strawberry
 
3 biji telur gred A
75gm gula kastor
1 1/2 sk ovalette
75gm tepung kek
15gm tepung jagung
1/2 sk baking powder 
45gm minyak
25gm susu cair
1/2 sb strawberry emulco 
1/2 sk esen vanilla
 
Cara-cara
  1. Pukul telur, gula dan ovalette menggunakan mixer sehingga gebu, putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung kek, tepung jagung & baking powder yang telah diayak. Kaup balik perlahan.
  3. Campurkan minyak, susu, strawberry emulco dan esen vanilla. Ambil sedikit adunan kek dan campurkan ke dalam campuran minyak tadi. Kacau sebati. Tuang balik ke dalam adunan utama dan kaup balik sampai sebati.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang ke dalam 3 biji loyang bersaiz 6 inci. Bakar pada suhu 160°C lebih kurang 16-18 minit atau sehingga kek masak.
  5. Bila kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan di atas redai. 



Matcha Cream Cheese Whipped Cream
 
125gm cream cheese
400ml double cream
100gm gula aising
12gm matcha powder ( boleh kurangkn sbb rasa pahit sikit )
1 sk esen vanilla
 
Cara-cara
  1. Pukul double cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese, gula aising, esen vanilla dan matcha powder sehingga sebati.
  3. Masukkan double cream dan sebatikan.
  4. Sedia digunakan. 







Cara Melapis Kek
 
100gm strawberry filling ( ambil yg ada buah, hancurkan )
Buah strawberry secukupnya ( potong kecil )
 
 Cara-cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream. Ratakan. Paipkan filling strawberry dan ratakan. Susun buah strawberry. Paipkan cream dan ratakan. Ulang langkah yang sama untuk lapisan kek yang seterusnya.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream. 
  3. Paipkan tepi kek dengan strawberry filling ( guna yg tak ada buah ).
  4. Paipkan keliling kek dengan menggunakan nozzle star. Susun buah strawberry.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 


Tuesday, 27 October 2026

Tiramisu Cake


          Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni nak share resepi tiramisu cake. Ni first time aku soh ChatGPT buat resepi. Tapi dia bagi kadang-kadang tetinggal bahan. Jenuh aku peringat balik dia. Hahahaaa.... OK laa... Aku ada la ejas-ejas sikit. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...



Tiramisu Cake
C&P : ChatGPT
 
Kek span kopi
 
1 biji telur gred A
25gm gula kastor
1 sk ovalette
25gm tepung gandum
5gm tepung jagung
1/8 sk baking powder
10gm susu cair
10gm minyak masak
1 sk coffee emulco
 
Cara-cara
  1.  Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang, putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang diayak. Kaup balik.
  3. Campur susu, minyak dan coffee paste, kemudian masukkan dan kaup balik sampai sebati.
  4. Tuang dalam loyang 6 inci yang dialas baking paper.
  5. Bakar 160°C lebih kurang 18 minit atau sehingga kek masak.
  6. Apabila masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. 
 


Filling
 
300gm double cream ( nk rendah letak 250gm )
125gm cream cheese
40gm gula aising
1 sk esen vanilla
1 1/2 sk serbuk gelatin
25gm air panas
 
Cara-cara
  1. Larutkan gelatin bersama air panas. Biarkan 5-10 minit sampai kembang. Boleh guna kaedah double boiler.
  2. Pukul double cream sampai kembang. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan larutan gelatin. Sebatikan.
  4. Satukan adunan cheese dan double cream. Kaup balik sehingga sebati.
  5. Sedia digunakan. 







Sirap kopi
 
100gm air panas
2 sk instant coffee
20gm gula
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Kacau sehingga semua bahan larut. Sedia digunakan.



Cara melapis kek
 
Biskut lady finger secukupnya 
  1. Sediakan cake ring saiz 6 inci. Masukkan plastik mika dan kemaskan. Masukkan kek span kopi. Renjis sedikit atas kek dengan sirap kopi. Paipkan 1/3 adunan filling dan ratakan.
  2. Celup biskut lady finger dalam sirap kopi dan susun sehingga penuh. Paipkan 1/3 adunan filling dan ratakan. Ulang langkah yang sama untuk lapisan seterusnya.
  3. Simpan semalaman dalam peti sejuk supaya tiramisu betul-betul set.
  4. Keluarkan tiramisu dari peti sejuk dan buka plastik mika. Kemaskan tepi-tepi tiramisu supaya nampak rapi.
  5. Ayak serbuk koko diatas permukaan tiramisu.
  6. Sedia dipotong. 


Saturday, 10 October 2026

Carrot Cake


       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Hari ni aku nak share resepi kek carrot. Aku pernah buat dah resepi kek carrot ni. Tapi kali ni aku guna 3 jenis kekacang dalam kek tu. Aku guna pistachio, walnut & pecan. Pistachio ni aku tak pernah guna lagi & tak pernah rasa dari mana² kedai. Selalunya kacang walnut la sebab tu antara yang murah. Kekacang lain agak mahal laaa.. Bila ada banyak jenis kekacang ni dia rasa sedap. Untuk serbuk kulit kayu manis aku tak letak. Kalau letak nanti budak² tak mau makan. Kalau tau ada carrot pun ada yang tak mau makan tauuu... Takut sungguh dengan sayoqq... 😂😂😂😂 Kismis tu aku guna kismis biasa. So, dia kurang sedap. Sebelum ni aku guna kismis hitam. Yang tu sedap. Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Tapi kalau nak tengok resepi sebelum ni boleh tengok kat sini. Byeeee....


Carrot Cake
C&P : Cookpad Sesimple Loralin
 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis ( tak letak )
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1/2 cawan carrot (disagat) 
1 cawan walnut (dicincang) - ( aku guna campuran kekacang walnut, pistachio & pecan )
1 cawan kismis (dicincang)
1/2 cawan nenas dalam tin (didadu) 
2 biji telur 
1 1/4 cawan gula halus / gula kastor ( aku guna gula perang )
1/2 cawan minyak jagung 
 
Cara-cara
  1. Cincang / kisar kasar kacang walnut, pecan dan pistachio yang telah dipanggang. Ketepikan.
  2. Cincang kismis dan nenas dalam tin dipotong dadu kecil. Sagat carrot, separuh disagat halus, separuh lagi disagat kasar. Ketepikan. 
  3. Ayak tepung bersama baking soda, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan. 
  4. Pukul telur sehingga kuning dan putih telur sebati sahaja, tak perlu sampai kembang. Masukkan gula dan pukul sebati sehingga gula larut. 
  5. Masukkan nenas dan carrot. Kacau rata. 
  6. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. 
  7. Masukkan kismis dan kekacang yang dicincang. 
  8. Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil kacau sebati adunan. 
  9. Tuangkan adunan kek ke dalam 4 loyang sama banyak. Loyang saiz 6 inci.
  10. Bakar kek pada suhu 170c selama 30 minit atau sampai masak. Keluarkan kek dan sejukkan ke suhu bilik sebelum dilepa dengan cream.
 



Cream Cheese Frosting
 
250 g cream cheese
350 g butter ( aku letak 380gm unsalted butter )
80 g gula aising 
 
Cara-cara
  1. Campurkan cream cheese, butter dan gula aising dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga sebati dan licin.
  2. Sedia digunakan 
 
 

Cara Melapis Kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama sehingga lapisan kek yang terakhir.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting.
  3. Hias ikut kreativiti masang-masing. Boleh salut keliling kek dengan kacang pistachio, walnut & pecan yang dipotong kasar. Jika ada lebihan cream cheese, boleh paipkan bentuk lobak merah pada kek.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 

Saturday, 3 October 2026

London Chocolate Cake


       Assalamualaikum & selamat petang  semuaaaaa.... Rasanya dua bulan kot aku tak update apa-apa resepi kat blog aku ni.... Nak buat kek pun kena pikiaq banyak kali sebab bahan-bahan baking harga agak mengejut jugak lah.. Tapi kat Perlis ni kira ok lagi la.. Kadang tu aku beli online jugak kalau nak jimat. Yang mana ada sale, aku sambaq. Kali ni aku buat kek cekelat London pulak. Banyak orang dok tayang kat tiktok. Lama jugak resepi ni aku dok peram. Kali ni jadi jugak sebijik kek. Kalau ikutkan resepi buat bentuk 4 segi. Aku malas sikit kalau bab 4 segi ni. Bukan apa payah nak bagi lincin chocolate ganache tu. Kalau bulat mudah. Untuk krim karamel tu aku tambah garam sikit. Pastu adunan dia aku lebihkan. Chocolate ganache pun aku lebihkan jugak. Bagi aku kek ni agak maneh laaa.... Makan 2 3 suap dah laaa.... 😂😂😂😂😂 Apa-apa pun byee...
 


London Chocolate Cake
 
Whipped salted caramel
 
110gm gula ( aku letak 165gm )
1 sb air ( aku letak 1 1/2 sb ) 
25gm butter ( aku letak 38gm )
110gm whipping cream ( aku letak 165gm )
1/4 sudu kecil garam ( aku tambah )
 
Cara-cara
  1. Satukan gula dan air dalam pan. Panaskan hingga gula larut dan bertukar warna perang. Guna api yang kecil supaya gula tidak hangit
  2. Masukkan whipping cream dan butter. Gaul sebati.
  3. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan sedikit untun buat lelehan tepi-tepi kek jika suka.
  4. Simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
  5. Keluarkan dari peti sejuk dan putar dengan mixer sehingga kental. Boleh salut pada kek. 



Chocolate Ganache
 
375gm dark chocolate ( aku letak 470gm )
315gm whipping cream ( aku letak 390gm )
1 sb butter ( aku letak 1 1/2 sb )
 
Cara-cara
  1. Cairkan dark chocolate dan whipping cream dengan menggunakan kaedah double boiler.
  2. Bila dah cair, masukkan butter dan sebatikan.
  3. Biarkan chocolate ganache sejuk, kemudia simpan dalam peti sejuk. 




Kek Coklat
 
1 cawan tepung self-raising flour
1 cawan gula kastor ( aku guna gula perang )
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
1/2 cawan susu ( aku guna susu full cream )
1/2 cawan minyak ( aku guna minyak jagung )
1 biji telur
1sk esen vanila
4 sb instant coffee ( aku letak 1 sb )
1/2 cawan air panas
 
Cara-cara
  1. Satukan tepung, gula, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam dalam satu mangkuk. Whisk dengan sebati.
  2. Masukkan susu, minyak, telur, esen vanila dan instant coffee. Sebatikan dengan whisk.
  3. Masukkan air panas dan sebatikan.
  4. Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Tuang adunan kedalam 4 biji loyang 6 inci yang dialas baking paper.
  5. Bakar pada suhu 160°C selama 25 minit atau sehingga kek masak. 
 

Cara Melapis Kek
  1. Sediakan adjustable cake ring atau plastik mika atas papan kek. Masukkan sekeping kek coklat. Ratakan chocolate ganache. Paipkan whipped salted caramel. Ratakan. Letak sekeping kek coklat lagi. Ulang langkah yang sama hingga lapisan terakhir. Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan semula kek dan buka adjustable cake ring atau plastik mika. Salut seluruh kek dengan baki chocolate ganache.
  3. Cairkan whipped salted caramel dan chocolate ganache. Paipkan keliling kek jika suka. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya dia set.
  4. Keluarkan semula kek dan paipkan keliling atas kek dengan nozzle star. Tabur atas kek dengan potongan chocolate snickers jika suka.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 
 

Monday, 20 July 2026

Nangka Mousse Cake


      Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi² buta ni baru sempat nak update resepi kek nangka ni. Sebab banyak sangat nangka yang masak kat rumah aku ni, aku pun cuba la buat kek nangka versi mousse cake nihh.. Kek ni dah habis banyak hari dah. Ni baru ada kesempatan nak share resepinya.  Sebelum ni aku pernah buat versi cheesecake. Yang ni versi kek krim pulak. Versi ni pun sedap. Kalau nak buat kek nangka ni pastikan buah nangka tu masih keras lagi. Jangan guna yang dah nak lembik. Nanti kek cepat masam. Susunan nangka dalam kek ni nampak tak kemas. Ada kawasan yang tak ada isi nangka. Bila potong nampak kosong. Kalau buat versi susun cara manual mesti cantik. Sebab tak rajin & nak cepat siap kita buat versi humban semua... Hahahahaa... Sapa² nak cuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee...
 
 


Nangka Mousse Cake
 
Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL

60g gula kastor
5g ovalette
2 biji telur gred A

65g tepung kek}
1/2 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

20g air
30g minyak masak/mentega cair
1/2 sudu teh esen vanila


Cara-cara
  1. Griskan 3 biji  loyang bulat berukuran 6 inci . Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor, ovalette, telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega. Dikacau sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 15- 20 minit atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.
 





Nangka Mousse
 
125g cream cheese
125g whipping cream - aku letak 150ml
50g gula kastor
1/2 cwn isi nangka (didadu) - aku letak lebih
3/4 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/8 cwn air panas.


Cara membuatnya:
  1. Potong kecil cream cheese dan biarkan lembut pada suhu bilik,baru diputar hingga betul-betul lembut.
  2. Masuk gula dan putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan larutan gelatin, putar lagi hingga betul-betul rata.
  4. Masuk separuh whipping cream yang telah diputar kental, dan kaup balik perlahan guna spatula. Masuk baki whip cream dan juga isi nangka yg telah dipotong dadu. Kaup balik hingga sekata.



Jelly Nangka
 
70gm nangka + sedikit air ( kisar jadi paste )
Nangka di dadu kecil secukupnya
4 gm gelatin
30 ml air
1 sudu besar gula

 
Cara-cara
  1. Tuangkan gelatin atas air dan biarkan kembang. Panaskan secara kukusan hingga gelatin mencair
  2. Satukan nangka yang di kisar dalam periuk kecil bersama gula dan masak dengan api sederhana.
  3. Tuangkan gelatin dan gaul rata.
  4. Setelah adunan jelly sejuk sedikit barulah tuang jelly ni atas kek.
  5. Tabur keliling kek dengan potongan nangka. 
  6. Simpan dalam peti ais semalaman hingga jelly keras.



Cream Cheese Frosting
 
125 gm cream cheese
20 gm gula aising 
100 ml non dairy whipping cream
 
Cara-cara
  1. Pukul non diary whipping cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese & gula aising hingga sebati.
  3. Satukan cream cheese dengan non diary whipping cream. Sebatikan.
  4. Sedia disalut pada kek. 
 

Cara Melapis Kek
  1. Sediakan plastik mika dan kemaskan di atas papan kek. Masukkan sekeping kek dalam plastik mika. Tuang separuh nangka mousse dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek betul-betul set.
  2. Keluarkan dan buka plastik mika. Paipkan seluruh kek dengan cream cheese frosting. Paipkan keliling kek dengan nozzle star.
  3. Tuang jelly nangka atas kek. Tabur potongan buah nangka keliling kek. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  4. Simpan semula dalam peti sejuk supaya jelly nangka betul-betul set.

Tuesday, 7 July 2026

Carrot Cake with Pecans & Walnuts



     Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi kek tema sayur & buah. Sayur tu carrot, buah tu buah nenas. Macam besa kek carrot aku memang tak da letak apa² bau rempah. Sebab aku tak suka bau kek yang ada rempah. Kek carrot yang ni dia letak 2 jenis kacang. Walnut & pecan. Lagi mantap rasa dia. Kek dia aku buat separuh adunan tapi krim dia aku tak separuhkan sebab kek aku buat 4 layer. Kalau aku separuhkan krim memang tak cukup laaa... Aku suka kek carrot ni sebab dia pukul telur & gula bagi kembang dulu. So, kek akan nampak gebu sikit bila dah siap masak tu. Dia tak nampak padat sangat. Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tuu... Byee....
 


Carrot Cake with Pecans & Walnuts
C&P : Shiela
 
1 batang carrot saiz sederhana ( diparut halus )
125 gm tepung gandum
100 gm gula perang
110 gm butter ( cairkan )
25 gm walnut
25 gm pecan
35 gm nenas kiub ( dicincang )
2 biji telur
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonate
1/4 sk serbuk kulit kayu manis ( tak letak )
1/4 sk serbuk nut meg ( tak letak )
 
Cara-cara
  1. Sediakan 4 biji Loyang 6 inci dan griskan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10-15 minit.
  3. Bakar / panggang dulu kacang pecan & walnut. Kemudian dicincang kasar.
  4. Ayakkan tepung, serbuk kulit kayu manis, serbuk nutmeg, soda bicarbonate & baking powder bersama.
  5. Pukul telur dengan gula sampai gula hancur dan kembang kemudian masukkan butter yang telah dicairkan berselang seli dengan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
  6. Masukkan carrot, pecan, walnut dan nenas. Gaul hingga sekata.
  7. Tuang kedalam loyang sama banyak dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Sejukkan kek sebentar, baru keluarkan dari loyang. 




 
Cream Cheese Frosting
 
 250 gm cream cheese
100 ml whipping cream ( aku letak 200 ml )
50 gm gula aising ( aku letak 65 gm )
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dengan gula aising hingga lembut berkrim dan sebati.
  2. Masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu bolehlah disapu atas kek dan deco mengikut kreativiti sendiri.  




 
Cara Menyusun Kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama sehingga lapisan kek yang terakhir
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting
  3.  Boleh tabur potongan nenas kiub atas kek dan keliling kek disalut dengan kacang walnut dan pecan yang telah dihancur kasar.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.  


Sunday, 5 July 2026

Rose Lychee Cake


         Assalamualaikum & selamat petang semua. Hari ni aku nak share resepi kek tema buah & bunga. Biasa minum air sirap laici..? Haaa... Ni lah dia kek sirap laici. Resepi ni aku jumpa kat instagram. Untuk krim tu aku tambam esen laici sebab resepi asal whipping cream dia kosong macam tu ja. Bila dah boh esen laici ni lagi la bau macam air sirap laici... Sapa-sapa nak cuba resepi ni boleh tengok kat bawah tuuu... Byeee
  




Rose Lychee Cake
C&P : IG sueshappybakes
 
Rose Chiffon Cake
 
2 biji kuning telur
40 gm tepung kek
30 ml susu segar
26 gm minyak
1/2 sk esen ros
1/2 sk pewarna pink 
2 biji putih telur
30 gm gula kastor
1/2 sk jus lemon 
 
Cara-cara
  1. Satukan kuning telur, susu, minyak, esen ros dan pewarna pink dalam mangkuk dan whisk sebati.
  2. Ayak tepung kedalam adunan tadi. Sebatikan.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan putar sehingga kental.
  4. Ambil 1/2 adunan meringue dan kaup balikkan dalam adunan kuning telur tadi. Masukkan baki meringue dan kaup balikkan sehingga sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang ke dalam loyan 6 inci yang dialas dengan baking paper. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga kek masak.
  6. Sejukkan kek atas wire rack. 
 




Whipped Cream
 
300 gm whipping cream ( aku guna 400 gm )
20 gm gula aising ( aku guna 35 gm )
1/2 sk esen laici ( aku tambah )
 
Cara-cara
  1. Satukan whipping cream, gula aising & esen laici dalam mixing bowl.
  2. Pukul sehingga kental.
  3. Masukkan kedalam piping bag. Sedia digunakan. 





Lychee Jelly
 
46 gm isi laici dalam tin
20 gm air laici
2 gm serbuk gelatin + 1 sb air panas
 
Cara-cara
  1. Larutkan gelatin dengan kaedah double boiler.
  2. Satukan isi laici dan air laici dalam blender. Blend hingga hancur.
  3. Tapis kedalam larutan gelatin. Sebatikan. Sejukkan seketika sebelum dituang atas kek. 




 
Cara Menyusun Kek
 
Isi laici secukupnya
Bunga ros kering
 
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan krim. Ratakan. Susun buah laici. Paipkan lagi krim. Ratakan. Letak lagi sekeping kek. Ulang langkah yang sama untuk lapisan berikutnya.
  2. Salut seluruh kek dengan baki krim. Paipkan tepi kek dengan nozzle star.
  3. Salut bahagian bawah kek dengan kelopak bunga ros kering jika suka.
  4. Bahagian atas kek boleh dihias dengan buah laici dalam tin dan bunga ros kering.
  5. Tuang lychee jelly atas kek dan biarkan beku.
  6. Sejukkan kek sebelum dipotong.