Thursday, 27 February 2025

Kek Carrot Walnut Caramel

Kek Carrot Walnut Caramel


        Assalamualaikum & selamat pagi semua... Pagi-pagi ni dok tayang kek pulak noo... Hahaaa... Kek carrot ni aku buat sekali dengan kek coklat kunafa pistachio tu. Buat pun sebab nak bekup kot-kot kek kunafa tu tak jadi kaa.... Hahaaa... Nasib menjadi kek coklat kunafa tu.. Ni first time aku buat kek carrot ada letak ovellete dalam adunan kek tu. Cuma yang jadi masalah dia bila kita potong kek tu dia mudah lerai... Bila letak ovellate kek memang jadi gebu elok. Untuk kek ni aku buat guna loyang 6 inci. Kek nampak tinggi la. Kalau nak nampak rendah boleh guna loyang 8 inci. Macam biasa kalau kek carrot aku memang tak letak serbuk kulit kayu manis. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu.... Byeee...


Kek Carrot Walnut Caramel


Kek Carrot Walnut Caramel
C&P :  Muniroh Annuar ( cookpad )

3 biji telur
1/2 cwn gula perang
1 sb ovellete
1 tsp esen vanila
3 sb susu pekat
1/2 cwn minyak jagung
1 1/4 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 tsp serbuk kulit kayu manis ( aku tak letak )
1/2 cwn walnut panggang (tumbuk kasar)
3/4 cwn carrot (diparut)


Cara-cara
  1. Satukan telur, gula perang, esen vanila, ovellet. Mix hingga gebu. Masukkan susu pekat, mix sebati. Masukkan minyak jagung. Kacau sebati.
  2. Ayak tepung gandum, baking powder. Masukkan serbuk kulit kayu manis. Masukkan walnut. Kacau rata. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur tadi.
  3. Mix sebati. Masukkan carrot. Kacau rata hingga sebati. Lapik 4 biji loyang saiz 6 inci dengan baking paper.Tuang adunan, bakar api 160 darjah 25 minit atau sehingga masak.

Kek Carrot Walnut Caramel



Sos Karamel
 
1 cwn gula
3/4 cwn whipping cream
2 sb butter


Cara-cara
  1. Masak gula hingga perang. Masukkan whipping cream. Kacau sebati. Masukkan butter. Kacau hingga sekata. Tutup api, sejukkan dahulu.

Kek Carrot Walnut Caramel



Cream Cheese Frosting
 
250 gm cream cheese
5 sb susu pekat
1/2 cwn whipping cream
1 cwn whipping non dairy


Cara-cara
  1. Satukan cream cheese, susu pekat, whipping cream. Mix hingga sebati. Dalam bekas lain, mix non dairy whipping cream hingga bertanduk.
  2. Campurkan kedua² bahan tersebut. Kacau rata. Ketepikan.

Kek Carrot Walnut Caramel



Cara melepa kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese. Ratakan. Paipkan karamel. Letak sekeping kek. Ulang hingga lapisan kek yang keempat.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese. Tuang atau paipkan lebihan sos karamel atas kek.
  3. Hias ikut kreativiti masing-masing

 
 
Kek Carrot Walnut Caramel


Wednesday, 26 February 2025

Kek Coklat Kunafa Pistachio

Kek Coklat Kunafa Pistachio


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali dengan kek birthday yang ke 36 tahun... Selamat hari tua la kannn... Hahahaaa... Kek ni aku buat seminggu sebelum birthday aku. Saja buat awal, tak kalut. Kalau ikutkan banyak dah aku google resepi tapi tak banyak yang kongsi. Kalau ikutkan aku nak buat yang versi ketuk-ketuk bahagian coklat tu. Tapi tak jadi buat sebab yang tu sesuai dalam bekas kecik-kecik. Macam dalam bekas tiramisu yang aku buat sebelum ni. Kalau buat versi ketuk-ketuk tu nanti payah nak potong. So, aku buat versi coklat ganache. Nanti bila rajin aku nak buat juga versi ketuk-ketuk tu. Macam best pulak... Untuk pistachio cheese tu dia rasa masam sikit. Mungkin sebab aku kurangkan whipping cream kot. Nanti nak try yang tak letak cheese. Cuma fresh cream & pistachio spread jaa... Untuk bahagian kunafa tu jangan tekan kuat sangat. Bila tekan kuat, adunan tu jadi mampat. Nak potong pun susah. Jadi macam aku. Susah nak potong. Pastu kek jadi comot. Kalau ada yang nak mencuba sila tengok resepi Kat bawah tu... Apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY TO ME.... Terasa tua di sini... Hahaaa... Byeee...
 


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Kek Coklat Kunafa Pistachio
By Syapex Kitchen

Kek Coklat

Bahan A
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan gula perang
1/3 cawan susu segar
1/3 cawan susu pekat manis
1/3 cawan minyak jagung

Bahan B
1/3 cawan + 1 sudu besar tepung kek*
1/3 sudu kecil baking powder*
1/3 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]

Bahan C
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-Cara
  1. Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
  2. Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
  4. Tuang kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan diatas redai. Bila kek dah sejuk, potong kek mengikut saiz cake ring 7 inci. Ketepikan dan sediakan kunafa pistachio pula.


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Kunafa Pistachio
 
100gm doh kunafa
25gm mentega
25gm kacang pistachio ( bakar & hancurkan )
150gm pistachio spread
 
Cara-cara
  1. Potong doh kunafa pendek-pendek supaya mudah goreng.
  2. Cairkan mentega dan goreng doh kunafa hingga keperangan dengan api kecil.
  3. Setelah doh kunafa keperangan, ketepikan dan biarkan sejuk.
  4. Satukan kunafa tadi dengan pistachio spread dan kacang pistachio. Sebatikan.
  5. Tuang atas adunan kek coklat. Tekan sedikit supaya padat. Ketepikan.
 
 

Kek Coklat Kunafa Pistachio



Pistachio Cheese
 
250gm cream cheese
4 sudu besar gula aising
100ml whipping cream ( pukul kental )
150 pistachio spread
1/2 sudu besar serbuk gelatin + 2 sudu besar air panas ( cairkan )
1/2 sudu besar pistachio paste
 
 
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan pistachio spread & pistachio paste. Putar sebat.
  3. Masukkan larutan gelatin dan putar.
  4. Masukkan whipping cream dan gaul rata.
  5. Tuang atas adunan kunafa pistachio.
  6. Sejukkan hingga adunan betul-betul set. 

 

 

Kek Coklat Kunafa Pistachio


Chocolate ganache
 
200gm dark chocolate
100ml whipping cream
 
Cara-cara
  1. Satukan dark Coklat dengan whipping cream dalam satu bekas. Cairkan secara double boiler.
  2. Setelah coklat cair, sejukkan dahulu. Kemudian tuang atas pistachio cheese.
  3. Sejukkan semalaman kek sebelum dipotong.
  4. Jika ada lebihah chocolate ganache, simpan dalam peti sejuk sehingga ganache keras. Kemudian paipkan keliling kek dengan coklat ganache menggunakan nozzle yang sesuai.
  5. Tabur keliling kek dengan kacang pistachio & coklat flakes...


Kek Coklat Kunafa Pistachio



Thursday, 6 February 2025

Tiramisu



      Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni awal pulak aku update blog ni... Jarang la nak update awal-awal ni.... Hahaaa... Hari ni aku muncul dengan resepi tiramisu. Tiramisu ni antara dessert yang paling senang nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau modal lebih guna mascarpone cheese macam resepi ni. Kalau modal kurang guna cream cheese ja... Tapi bagi aku baik guna mascarpone cheese sebab dia tak rasa madam macam cream cheese. Mascarpone cheese & biskut ladyfingers ni pun susah jugak nak jumpa hari tu sebab ramai pakat dok buat tiramisu ni. Kalau sapa yang nak join buat tiramisu ni buleh tengok resepi kat bawah tu... Byee...




Tiramisu
C&P : QLKitchen

4 biji kuning telur
100 g gula kastor
400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)
250 ml krim ‘heavy whipping’ or krim ‘double’
20 -24 ketul ‘ladyfingers’/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)
1 – 1 ½ cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk
Serbuk koko untuk diayak


Cara-cara
  1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air mendidih.
  2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit sehingga campuran memekat dan licin.
  3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.
  4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacau dengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.
  5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar. Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusan yang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke dalam peti beku selama 10 – 20 minit sebelum memukul)
  6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.
  7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan dalam bekas yang bersesuaian dengan campuran krim mascarpone sehingga 1/3 penuh. Patahkan span berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akan menjadi telalu basah berkembang.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  9. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.

NOTA TAMBAHAN
Jika anda lebih suka Tiramisu yang lebih tegar, larutkan 2 sudu besar serbuk gelatin dengan 2 sudu besar air. Campurkan masuk bersama keju mascarpone dan campuran kuning telur-gula.




Black Forest Cake


     Assalamualaikum semua... Hari ni aku kembali lagi dengan kek. Tak rancang pun nak buat kek black forest ni. Yang buleh jadi kek black forest ni pun sebab beli buah ceri tu la... Masa pi giant tu ada nampak buah ceri tu and beli la. Bila rasa manisnya.... Bila pikir buat hiasan atas kek pun OK gak ni.. So beli la ceri dalam tin nak buat kek ni. Kek ni tak pakai banyak bahan pun. Krim pun guna fresh cream ja. Kalau nak cantik kena letak coklat parut atas kek tu. Tapi aku tak ada coklat bar, aku tabur coklat flakes je laa.... Lepas ni aku ingat nak try versi coklat moist pulak untuk kek tu. Mesti lagi sedap kann... Tapi tak tau la bila nak jadi tu... Hahaaa... Ni aku buat separuh adunan ja... Takat 6-8orang buat rasa-rasa OK la... Sebab kecik jaa... Dia nampak tinggi sebab aku lebihkan fresh cream tu. Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba buat buleh la tengok resepi kat bawah tu... Byee...




Black Forest Cake

Kek Span Coklat

60 gm gula kastor
50 gm tepung gandum
10 gm serbuk koko
2 biji telur (gred B)
5 gm ovalette
10 ml air
1/2 s/k vanila
10 ml minyak jagung


Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk.
  2. Putar guna kelajuan tinggi selama 10 – 15 minit sehingga bancuhan kembang dan gebu.
  3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung.
  4. Tuang adunan sama banyak dlm 3 tin pembakar bersaiz 6 inci yg telah dialas kertas dan disapu marjerin.
  5. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  6. Sejukkan di atas redai




Cara Menghias Kek

200 g whipping cream ( aku guna 300gm fresh cream )
100 g chocolate rice ( aku guna coklat flakes )
90 g buah ceri hitam dalam tin ( aku guna 200gm )
1 s/b tepung jagung - bancuh dengan sikit jus ceri
10 g gula kastor
75 ml jus buah ceri -yg dlm tin tadi
sedikit serbuk kayu manis ( aku tak letak )
ceri merah biasa ( aku guna ceri hitam )


Cara-cara
  1. Didihkan jus buah ceri dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung. kacau hingga pekat.
  3. Tuangkan buah ceri dan kacau sebati. tutup api biarkan sejuk.
  4. Letak lapisan kek pertama atas papan kek. Sapukan dengan sirap ceri tadi di atas lapisan kek. Kemudian sapukan whip cream rata.
  5.  Letak beberapa biji ceri atas cream. Sapu lagi cream atas ceri. Ratakan.
  6. Letak kepingan kedua.. Ulang proses no. 4.
  7. Lakukan hingga ke lapisan ke3.
  8. Akhir sekali sapukan cream rata2 ke atas kek bahagian atas dan tepi.
  9. Paipkan cream menggunakan nozel bintang mengikut kreativiti sendiri.
  10. Hias dengan coklat rice dan ceri  sebagai hiasan.
  11. Sejukkan dahulu sebelum dipotong