Assalamualaikum semua... Pagi ni nak share resepi tiramisu versi strawberry pulak. Sedap jugak versi strawberry ni. Resepi asal dia buat guna frozen blueberrie tapi aku tukar guna frozen strawberry. Untuk kek ni dia agak lembik kat adunan filling tu. Kalau nak stabil boleh tambah adunan gelatin. Bila tak letak gelatin ni Susan nak letak atas piring. Dia nak terbalik. Memang kena tidurkan kek tu. Rasa dia macam aiskrim strawberry pun ada gak. Makan sejuk-sejuk time hangat-hangat ni memang layan habihhh... Sapa-sapa nak cuba buleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee....
Strawberry Tiramisu Charlotte Cake
C&P : TikTok nahlahrsl
Strawberry compote
100gm frozen strawberry ( aku letak 150gm )
15gm gula kastor
1/4 biji jus lemon
Cara-cara
- Satukan frozen strawberry, gula kastor dan jus lemon dalam pan. Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
- Bila dah masak, tapis adunan dengan penapis. Ketepikan strawberry compote dan simpan hampas strawberry untuk buat sirap strawberry.
Sirap strawberry
Hampas strawberry
125ml susu full cream
Pewarna pink
Cara-cara
- Satukan hampas strawberry dengan susu full cream kemudian tapis.
- Tambah beberapa titik pewarna pink. Ketepikan.
Filling
2 biji kuning telur
25gm gula kastor
250gm mascarpone cheese
250ml whipping cream
1 sb gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
- Satukan kuning telur dan gula kastor dalam bowl. Masak secara kaedah double boiler dan whisk hingga adunan kuning telur kental dan berkrim.
- Masukkan mascarpone cheese. Whisk sehingga sebati.
- Dalam mixing bowl lain, satukan whipping cream esen vanilla & gula aising. Putar hingga kental.
- Satukan adunan kuning telur dengan adunan whipping cream. Sebatikan.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan 2/3 adunan strawberry compote. Bahagian kedua masukkan 1/3 strawberry compote. Bahagian akhir biarkan kosong.
Nota tambahan
- Adunan filling agak lembut. Kalau nak stabil boleh tambah larutan gelatin.
Pink Ladyfinger
200gm coklat putih
17 keping biskut ladyfinger
Pewarna pink
Cara-cara
- Cairkan coklat putih dengan kaedah double boiler. Masukkan warna pink. Kacau sebati.
- Celup biskut ladyfinger kedalam adunan coklat pink. Celup 1/3 bahagian biskut ladyfinger. Buat sampai habis. Biar coklat beku sebelum diletak pada kek.
Cara melapis kek
150gm biskut ladyfinger atau secukupnya
- Letak cake ring atas papan kek. Masukkan plastik mika dan kemaskan.
- Celup biskut ladyfinger dalam sirap strawberry. Celup sekejap sahaja. Susun dalam cake ring. Tuang adunan filling. Ratakan. Ulang langka yang sama untuk lapisan yang berikutnya.
- Sejukkan selama 6 jam atau semalaman.
- Keluarkan dari peti sejuk dan buka plastik mika. Susun pink ladyfinger keliling kek dan ikat dengan riben. Boleh juga hias atas kek dengan strawberry segar dan fresh cream.