Assalamualaikum semua.... Hari ni aku kembali dengan kek carrot pulak. Ni kek carrot versi yang ketiga kalau tak silap la... Yang sebelum ni aku dah buat versi oat & versi buah epal. Kesemua yang aku buat tu sedap-sedap belaka. Kali ni try yang ada buah pisang pulak... Kalau ikut versi asal resepi ni, pisang tu potong kecil-kecil. Tapi aku lenyek bagi hancur terus... Untuk krim dia pula aku gandakan adunan asal sebab aku nak paipkan atas kek sama. Ikut la hangpa nak buat macam mana. Lagi satu, aku tak letak serbuk kulit kayu manis. Sebab apa aku tak letak pun tak tau. Nak kata tak suka, kek yang beli & ada bau serbuk kayu manis aku makan habis jugak... Hmmm entah laa... Kalau ada sapa-sapa yang nak merasa kesedapan kek carrot pisang ni sila lah cuba... Byeeee....
Kek Carrot Pisang / Carrot Banana Cake
Sumber : Kak Wan
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis ( xletak )
3 biji telur grade A - pukukl ringan
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan potongan pisang berangan ( aku ganti pisang emas & lenyek bagi hancur )
1 1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan walnut cincang
Cara-Cara
- Sediakan 3 biji loyang bulat 8 inci. Lapik setiap loyang dengan baking paper.
- Satukan tepung gandum, gula, garam, serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Whisk hingga rata.
- Masukkan telur dan minyak jagung, gaul rata.
- Masukkan esen vanila, parutan carrot, potongan pisang dan walnut cincang. gaul rata.
- Masukkan adunan sama banyak ke dalam 3 loyang berasingan.
- Bakar pada suhu 175C selama 30-45 minit hingga permukaan atas keperangan.
- Sejukkan dahulu sebelum di lapis dengan cream cheese sebanyak 3 lapisan.
Cream Cheese Frosting
500gm cream cheese
80gm mentega
1 cawan gula aising
1 sudu esen vanila
Cara-Cara
- Satukan semua dan putar hingga lembut dan berkrim.
Cara menyusun kek
Kacang walnut secukupnya ( panggang , sejukkan & cincang kasar )
- Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan krim cheese dan ratakan. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga kepingan kek terakhir. Salut keseluruhan kek dengan krim. Simpan sekejap kek dalam peti sejuk
- Keluarkan kek dan ratakan keliling kek dengan kacang walnut.
- Paipkan lebihan krim cheese atas kek. Hias mengikut kreativiti masing-masing.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...