Assalamualaikum semu... Harap-harap pakat sihat lah yer... Hari ni kembali bersiaran dengan kek bercheese pulak... Sedap ooo kek ni. Base dia cuma kek span. Tapi sebab krim salut kek ni letak cheese tu yang lagi umphh... Lagi-lagi letak blueberry filling... Apa nak kata... Tapi kalau nak tukar filling lain rasanya tak ada masalah... Boleh cuba tukar kepada strawberry filling kaa... Rasanya sedap jugak tu... Untuk kek ni aku buat guna loyang 8 inci. So,kek ni jadi tinggi sikit la dari resepi asal dia.. Bila ingat-ingat balik kek ni macam snow cheesecake kan.. Dulu-dulu pernah fames merata blog... Yang ni bezanya letak filling dalam kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu yerr... Byee...
Blueberry Cheesey Cheesecake
Sumber : iposedessert
Kek:
A
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
1sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3 sb tepung jagung, diayak
3 sk double action baking powder, diayak
B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sk cream of tartar
Cara membuat cake:
- Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan dua loyang bersaiz 8 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak
- Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati.Ketepikan.
- Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan denganadunan A tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak.Tuang adunan kedalam loyang & bakar selama 30-35minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 2 lapisan.
Krim Cheese Frosting
250g cream cheese
50g mentega
50g gula aising, diayak
250g non dairy cream ( aku letak300g )
Cara2 membuat frosting:
- Pukul gula aising, butter & cream cheese hingga lembut.
- Kemudian, masukkan cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang.
Cara menyusun kek
Cheddar cheese diparut secukupnya
Blueberry filling
- Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & kemudian sapukan sedikit blueberry filling. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan diatas sekali.
- Kemudian, sapukan keseluruhan kek dengan lebihan frosting & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Sejukkan sebelum dihidang.
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteAp[a khabar dik Syapex. Lama tak singgah sini. Rajin buat kek.
Tinggi blueberry cheesy cheesecakenya tu... kalau blueberry, memang itu kesukaan Kak Amie.
Alhamdulillah, sihat... Ni pun br nak start balik. Dah lama x update blog...Kek tu tinggi sebab saya guna loyang yg kecik dr resepi asal. Lps ni kak Amie boleh cuba laa... Hihihiii...
Delete