Assalamualaikum semua.... Lama juga aku tak jenguk kat sini ye... Last sekali masa bulan dua tu... Ni bulan Ramadan baru muncul balik....Macam mana hari first hangpa puasa ni.. Aku kat sini alhamdulillah, cuaca mendung... Pastu ada hujan sama... Kurang la panas sikit.... Aku ingat nak panas, tu yang aku buat agar-agar ni... Konon-konon nak sejuknak tekak la... Nampak macam best ja agar-agar ni... Tak sabar nak rasa waktu berbuka nanti.... Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak cuba boleh la tengok resepi kat bawah tu... Selamat berpuasa dan selaman berbuka semua.....
Agar-agar Batik Biskut Marie
C&P: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1 bungkus / 13g Serbuk Agar-Agar
1100ml Air
220g Gula
1 tin / 400g Susu Ideal*
1 bj Telur saiz kecil* (* campur)
(Note: Kalau tak suka telur boleh skip tapi puding akan rasa kurang lemak)
1 cwn Serbuk Milo
1 sb Serbuk Koko
150g Salted Cheese Biscuits / Marie Biscuits ( aku guna biskut marie )
CARA2
- Larutkan serbuk agar kedlm air & masak sehingga mendidih.Masukka gula & kacau sehingga larut. Masukkan campuran susu & telur & kacau sebati. Masukkan milo & serbuk koko & kacau sehingga larut.
- Susun satu lapisan biskut ke dalam bekas. Tuangkan satu lapisan agar2 cukup untuk meliputi biskut tersbut. Ulangi proses melapis biskut & agar2 sehingga habis. Lapisan biskut akan timbul ke permukaan bila selesai melapis.
- Sejukkan di suhu bilik sebelum di sejukkan dalam peti-sejuk.
fuhhhhh terliur menengoknyee...lagi2 nak masuk waktu berbuka ni..hahahah
ReplyDelete