Friday 11 September 2015

Puding Jagung Berkaramel



     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ada menu apa petang ni.... Mesti ada yang masak best-best kan... Aku cuma buat puding jagung. Tapi ada letak karamel... Sedap betol lahh... Sejuk tekak makan waktu petang ni... Ye la, petang ni cuaca panas yang amat... Kemarin pulak hujan dari pagi, sampai ke petang... Memang tak boleh nak buat apa sangat laa... Rasa nak tido ja kemari... Tapi hari ni tak rasa nak tido langsung sebab cuaca panas... Ganti cuaca kemarin la tu... Kot-kot ada sapa-sapa basuh baju tak sempat kering, harini kompem kering punya... Berbalik pada resepi puding jagung ni, aku amek resepnya kat kak ita... Thanks ye kak... Memang sedap... Slrup, slrup... Huhuhuu... Lagi satu, aku buat puding ni separuh adunan ja sebab nak habiskan jagung dalam tin yang aku guna masa buat apam balik tuuu... OK la, byeee.....




PUDING JAGUNG BERKARAMEL
C&P : Azlita ( Masam Manis )

Bahan karamel
3 sudu besar gula
3 sudu besar air panas


Cara-Cara
  1. Masak gula dalam periuk kecil hingga ia keperangan
  2. Tanbahkan air dan kacau hingga ia berkaramel ~ berhati-hati semasa proses ini
  3. Kemudian tuangkan karamel dalam acuan

Bahan Puding
150 gm tepung kastard
400 gm / 1 tin jagung manis dalam tin
150 gm gula
700 ml air
400 m susu cair
1 sudu teh pes jagung
secubit garam


Cara-Cara
  1. Dalam periuk berasingan, satukan semua bahan puding
  2. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga ia pekat dan likat.
  3. Tuangkan dalam acuan yang telah di letakkan karamel tadi
  4. Sejukkan dalam peti ais





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...