Thursday, 20 June 2013

Buah Manggis




    Salam semua.... Hari kita layan buah segar dari kampung aku ya... Sekarang ni dah banyak pokok buah-buahan yang dah start masak. Contohnya macam buah manggis kat rumah aku ni... Banyak jugak la yang menjadi tahun ni. Aku pun tak larat nak makan.... Memang sedap buah ni. Rasa manis-manis dan ada rasa masam sikit... Kaler pun putih mulus...




   Mai-mai... Sekilo RM2.50 saja... Murah-murah... Sapa cepat dia dapat... Kalau dah habis hang pa jugak yang rugi... Huhuhuuu....





Wednesday, 19 June 2013

Kek Cheese Bersalji dan Selamat Hari Bapa




    Salam semua.... Dah  5, 6 hari aku tak update blog ni... Dah bersawang agaknya... Ada yang rindu tak...? Hehehehee... Sapa la yang nak rindu kat aku ni... Huhuhuuu... Ok lah, hari ni aku nak share resepi yang aku buat sempena hari bapa untuk hargai jasa ayah aku ni. Terlewat sikit ya... So, aku buat kek cheese bersalji... Kek ni sebenarnya dah fames agak lama dah. Cuma aku tak sempat nak buat ja... So sempena nak menghargai jasa baik ayah aku, aku pun buat la kek yang special untuk ayah aku ni. Padahal ayah aku ni bukan minat sangat kek-kek yang berkrim atau yang bercheese ni... Kalau kek span atau chiffon tu kompem dia makan laju... Tapi tak pa la kan, sekali sekala, apa salahnya.... Rasa kek ni memang lemak berkrim. Tu yang boleh aku cakap... Kek dia cair dalam mulut.. Susah la nak cerita perasaan masa makan kek ni. Kena try dulu baru tau... Jom tengok resepi kat bawah ni.... Sebelom tu aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku & selamat hari bapa kepada semua bapa kat dunia ni....






Kek Cheese Bersalji
Sumber : Sherry mz MyR

Bahan-bahan

-6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
-100 gram gula halus
-100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
-60 gram tepung jagung (maizena)
-50 gram air sejuk (dr peti ais)
-1 sudu teh baking powder
-2 sudu makan ovelet
-75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM

-1 kotak cream cheese philadelphia
-1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING

-1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
  2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekalimasukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
  3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. [ aku bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan guna loyang bulat 8'. Bakar pada suhu 150c selama 20-25 minit )
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian. [ Part ni boleh skip ]
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


Sekeping rasa macam tak cukup...
: )

Wednesday, 12 June 2013

Bebola Roti Goreng




      Salam semua.... Kalii ni aku buat menu yang bergoreng pula. Dah lama jugak la tak masak benda yang bergoreng ni. Asyik-asyik dok baking ja... Kalau benda-benda goreng ni aku tak berapa nak rajin sikit. Selalunya mak aku la yang buatkan kalau aku nak makan apa-apa yang bergoreng macam cekodok ka, pisang goreng ka, dan macam-macam lagi la. Kali ni aku rajinkan diri untuk mengoreng la pulak... Perut punya pasal kena la rajin... Huhuhuuu.... Resepi ni memang mudah, campur semua bahan, ramas-ramas sikit, buat bulat-bulat, pastu goreng. Rasa pun macam bebola ikan... Cicah pulak dengan sos cili dan mayonis... Lagi best.... Kepada kak Lizahanum yang menyumbang resepi ni, terima kasih ya... Katanya resepi ni dari maknya.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





SUMBER : Lizahanum
C&P : Kak Hana

Bahan-Bahan

-14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
-2 biji telur (saiz besar)
-3 batang cili merah ~ dihiris
-1 biji bawang besar ~ didadu halus2
-sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya) [ aku ganti daun kucai ]
-2 sudu teh serbuk lada putih
-garam secukup rasa
-perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
-minyak utk menggoreng

Cara-cara
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  2. Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang[ aku guna daun kucai ]. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya) [ aku ramas sikit-sikit ja ]
  3. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  5. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.



Selamat Mencuba..


Monday, 10 June 2013

Puding Tembikai



   Salam semua... Cuti sekolah lepas aku asyik post N3 yang tertunggak ja. Maklom la, sibuk dengan anak-anak buah. Bila depa balik kampung memang sibok nak main. Tu tak termasuk acara mengusik lagi... Aku ni memang suka usik anak-anak buah aku... Kadang-kadang tu sampai nangis pun ada. Huhuhuhuuu... Biasa la jarang nak jumpa, time cuti sekolah atau raya ja baru nampak batang hidung. Tak pun aku pi rumah depa. Kembali kepada N3 aku yang tertunggak ni, kita layan puding tembikai yang ala-ala ranau lagi manis ni mesti sedap kan... Rasanya aku buat puding ni sebelum cuti sekolah lagi kot. Rupa pun dah nak macam tembikai yang betol. Memang menarik rupa paras puding ni... Nampak kiut gitu... Untuk tembikai ni aku buat kale merah... Lepas ni nak cuba pulak yang kale kuning... Mesti nampak cantik jugak... Tak yah dok cakap banyak-banyak, jom kita layan resepi kat bawah ni....





 PUDING TEMBIKAI
Sumber : Kak Nor & Izahdaut
C & P : HaSue

-1 paket agar2 12gm | 13g serbuk agar-agar [ aku guna 10gm agar-agar tali ]
-3 keping roti (buang kulit) |3 keping roti putih (buang kulit)
-4 1/2 cawan air |1 liter air [ aku letak 900ml ]
-6 sudu besar gula |90g gula [ aku letak 3 sudu makan ]
-1/2 cawan susu pekat |100g cawan susu pekat
-1 cawan susu cair |250ml susu cair [ aku letak 1 cawan ]
-2 sudu besar butter |2 sudu besar butter
-1 sudu teh vanila |1 sudu teh esen vanilla
-pewarna merah/hijau |Sedikit pewarna hijau,merah,kuning
-|Bijan hitam secukupnya sebagai biji tembikai

Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis ke dalam blender.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)-anggaran 1cawan.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal-anggaran 3/4 cawan, curahkan di atas lapisan hijau tadi dengan perlahanlahan. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi juga dengan perlahan2.
  7. Akhir sekali taburkan bijan hitam sebagai biji tembikai dan tekan2 sedikit supaya biji itu sedikit tenggelam. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.



Macam tembikai betul la pulak...
Selamat mencuba...

Thursday, 6 June 2013

Kek Coklat Mayonis




    Assalamualaikum semua... Menarik tak tajuk resepi kali ni.... Kek coklat mayonis..... Errrrr... Boleh buat kek ke mayonis ni....? Apa rasa kek ni...? Masam-masam macam mayonis tu ka...? Banyak sungguh persoalan kan... Huhuhuuu.... Kalau sebelum ni aku kompem cakap ''Eeee.... mayonis dalam kek.... Tak muak ke...?'' Tapi bila dah cuba.... Haaaa... Baru tau.... Rasa kek ni lemak-lemak manis... Tambah pula ada hirisan badam tu... Lagi la sedap. Tapi aku ganti dengan almond nibs sebab hirisan badam tak da dalam stok... Tekstur dia pun sangat moist. Macam kek coklat moist yang lain. Kek ni guna mayonis rasanya sebab nak gantikan telor la kot sebab bahan nak buat mayonis tu pun guna telor. Memang kreatif la sapa yang cipta resepi ni.... Mohon share resepi ni ya....






KEK COKLAT MAYONIS
Resepi: Zaliana
Sumber: Rahel Benyamin
C & P dan Diuji rasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-1 cawan tepung gandum [ aku guna tepung kek ]
-1/2 cawan serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh soda bikarbonat
-1/2 cawan mayonis
-1/2 cawan gula halus
-1/2 cawan susu pekat
-1/2 biji telor gred B (*ni akak tambah) [ aku tak letak ]
-1/2 cawan air panas [ aku tambah 1 sudu teh serbuk nescafe ]
-1//4 + 1/8 cawan minyak masak
-1/4 sudu teh butter oil [ tak letak, ganti butter vanila ]
-1/4 cawan kepingan badam hiris [ aku ganti almond nibs ]


Cara-Cara:
  1. Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Ayak. Ketepikan.
  2. Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul hingga sebati. (*akak tambah je telor sekaligus)
  3. Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang-seli dengan air panas. Pukul hingga semua bahan sebati.
  4. Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bahagian tepinya telah digris dengan mentega dan dasarnya diletakkan baking paper.
  5. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan. Setkan suhu oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C, loyang 9''). (akak bakar 1 jam 15 minit) [ aku bakar 1 jam 20 minit, suhu 150c ]





Coklat Buttercream

Bahan-Bahan

-100gm unsalted butter
-100gm shortening
-100gm golden syrup [ bergantung pada kemanisan coklat masakan ]
-1/3 cawan coklat masakan

Cara-cara
  1. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Biar suam.
  2. Pukul mentega dan shortening hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan golden syrup diikuti coklat masakan. Putar sebati.
  4. Sedia dilepa pada kek.





Sapa yang nak ber''eksperiment''....
Boleh la cuba...


Kek Lapis Evergreen



    Salam semua.... Kek lapis lagi... Tapi kek lapis ni N3 yang tertunggak jugak... Sepatutnya aku post kemarin, tapi ada kesilapan teknikal, so aku update hari ni la pulak...  Kek lapis ni aku buat lapis dia besar sikit... So, jadi tak banyak lapis la.... Rasa dia pun sedap sebab ada perasa pandan. Campur pulak dengan horlick dan serbuk santan lagi la lemak berkrim... Memang tak rugi kalau cuba buat kek lapis ni.. Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan... Kek lapis ni kalau buat banyak, lambat sikit nak habis. Walaupun lambat nak habis, kelebihan kek lapis ni kalau simpan dengan betul boleh tahan berbulan-bulan. Boleh la jamu makan kat tetamu yang datang kat rumah secara mengejut.... Jom tengok resepi kat bawah ni....





KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
C & P: HaSue

Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang 6x6 ]

-5 biji telur gred A
-225 g mentega berkualiti tinggi
-90 g tepung hongkong/gandum
-60 g serbuk horlicks
-60 g gula halus (sudah dikurangkan)
-3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
-1/2 sudu mkn ovallette
-8 sudu mkn susu pekat manis
-1/2 tin kecil serikaya
-50 g serbuk santan
-1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :
  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  5. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 2-3 sudu makan).
  6. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  7. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  8. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
  9. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.






Kek Lapis Bumi (Kukus)




    Salam semua.... Hari ni kita layan N3 tertunggak ya... Untuk N3 ni, aku melapis kek kukus pulak... Setelah berjaya melapiskan kek jenis bakar,  errr... berjaya ka...? macam tak ja aku try pulak jenis kukus ni... Payah jugak nak melapiskan kek jenis kukus ni sebab kita bukan nampak permukaan kek tu sama ada dah masak atau tak. Kalau yang bakar boleh ngendap tengok dalam oven tu.... Rasa kek ni pun istimewa sebab lapisan koko tu boh nescafe... Lagi la aku suka... Kalau ada sapa-sapa yang nak mengukus kek boleh la cuba buat kek lapis ni... Jom tengok resepi kat bawah ni.. Jom-jom...




Kek Lapis Bumi (Kukus)
Rujukan Sumber Asal : HaSue@Myr
C & P / Resepi Olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air

-1 cawan tepung gandum (diayak)[ aku guna tepung hong kong ]
-1/4 cawan serbuk holicks
-5 biji telur gred A
-225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
-4 sudu besar serikaya
-1/2 cawan gula kastor
-1/4 cawan susu pekat manis
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air
panas)
-Pewarna hijau dan kuning


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata.
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.


Selamat Mencuba...


Tuesday, 4 June 2013

Mango Crepe With Custard Filling




   Salam semua.... Kali ni baru aku berkesempatan nak buat crepe yang menjadi perbualan hangat pada hujun tahun lepas. Asalnya aku pun nak buat juga dulu tu, tapi ramai sangat yang dok buat. Bagi reda dulu demam crepe baru aku start buat. Tak pa la walaupun aku ni dah jauh ketinggalan daripada rakan-rakan blog yang lain... Janji aku dah buat dan dah tau macam mana orang boleh jadi gila dengan benda ni... Gila...? Rasanya bukan gila kot, mungkin ketagih... Huhuhuhuuu... Sedap sikit ayat tu kan... Yang paling fames tentu durian crepe, tapi aku tak berapa berkenan dengan durian ni. So, aku tukar dengan mangga.. Asalnya teringin nak letak harum manis, tapi kali ni buah tak berapa nak jadi. Kalau nak beli sekilo mak aiii, mahalnya.... Dekat RM20... Yang ada pelam chokanan ja kat rumah aku ni. Tu pun tak berbuah banyak macam sebelum-sebelum ni... Jadi la kann.... Memang sedap dan lemak berkrim bila makan buah pelam ni bergabung dengan inti custard.. Resepi ni aku amek kat kak ita dari masam manis. Resepi asal untuk durian crepe, aku tukr jadi mango crepe. Mohon share resepi kat sini ya akak... Sapa yang terasa nak makan crepe lagi boleh la tengok resepi kat bawah ni...




CREPE
C & P : Kak Azlita

Bahan-Bahan

-40 gm tepung gandum
-40 gm tepung ubi
-20 gm tepung jagung
-20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
-1 biji telur saiz A
-1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
-130 ml susu segar
-50ml air ~ bergantung kepekatan
-Secubit garam
-1 sudu besar gula halus
-Pewarna kuning [ aku letak pewarna hijau ]
-Perasa durian / durian paste [ aku letak perasa mangga ]

Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak. Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata. Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.. Kemudian di tapis.
  2. Sediakan pan untuk membuat crepe. Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.. Kemudian perlahankan api ke sederhana. Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan. Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata.
  4. Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit. Tak perlu di balikkan. Buat sehingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik. Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu.
Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.





CREAM CUSTARD FILLING [ aku buat 1/2 adunan saja ]

-1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
-1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
-1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
-4 biji kuning telur
-3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
-30 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-Secubit garam
-Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Cara-Cara
  1. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas.
  2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla Kacau rata.
  3. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
  4. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biarkan ia sejuk
  5. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
  6. Adunan ni dapat agak banyak. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




CARA PENYEDIAAN

-Kepingan crepe ~ secukupnya
-Krim Kastard ~ secukupnya
-Isi durian ~ secukupnya [ isi mangga didadu secukupnya ]

Cara-Cara
  1. Letakkan sekeping crepe.
  2. Letakkan krim kastard di atasnya.
  3. Kemudian letakkan isi durian [ isi mangga ].
  4. Tutup kembali denga krim kastard.
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.


Sungguh lemak berkrim...


Sunday, 2 June 2013

Featherlight Cheesecake



    Salam semua.... Terasa nak makan cheesecake la pulak... Kalau buleh yang ringan-ringan... So, aku pun buat la resepi ni... Bila tengok resepi ni cuma guna sikit ja cream cheese tu. Ada lagi baki masa buat kek lapis hari tu. Jimat dah, tak payah nak beli tambah. Asalnya resepi ni dari Alex Goh... Kek ni kena handle dengan hati-hati sebab ala-ala rapuh gitu.. Tak pun mudah patah... Rasa kek ni pulak lebih kurang japenese cotton cheesecake.. Bab nak marblekan tu aku kurang berjaya lagi. Masih tak mau jadi marble... Pastu kek aku ni merekah kat tengah tu... Haduhhh... Dah tak cantik... Apa-apa pun kek ni kejap ja aku habiskan... Huhuhuuu.... So, kalau ada yang teringin nak buat cheesecake boleh la tengok resepi kat bawah ni....






SUMBER : Wendy
C & P : Kak Hana

Bahan-bahan

-250gm susu segar
-20gm butter
-125gm cream cheese - suhu bilik
-50gm tepung gandum*ayak - hana campur tepung kek [ aku guna tepung hong kong ]
-3 biji kuning telur
-1 tsp esen vanila
-3 biji putih telur
-1/8 tsp cream of tartar
-80gm gula
-secubit garam
-½ tbsp serbuk koko + 1 tbsp air panas > bancuh jadikan pes

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 150-160. Alaskan loyang square 8inci [ aku guna loyang bulat 7'' ] dengan oven paper.
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat. (bleh juga gune kaedah double boiler).Ketepikan dan biarkan suam sebentar.
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan pes koko yg telah dibancuh tadi. Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.



Makan sejuk-sejuk rasa macam ais krim...
Cair dalam mulut...


Friday, 31 May 2013

Kek Lapis Keju ( Cheese Layered Cake )



   Salam semua... Kali ni bersiaran dekat rumak kak aku kat rawang...... Kek lapis ni aku buat sebab nak belajar cara melapis dan sebagai buah tangan untuk kak aku. Nak buat yang banyak kale takut tak jadi. Sebab pernah ada kejadian pahit masa buat kek lapis sebelum ni... Memang tak dapat dilupakan, tapi kita lupakan kejadian tu dan kita kembali kepada kek lapis keju ni... Kek lapis ni masih kurang sempurna dimataku sebab lapisan dia kurang cantik lagi... Lepas ni kena berlatih lagi mungkin guna loyang kecik sikit baru nampak tinggi... Rasa kek ni lemak-lemak berkrim, mungkin sebab cream cheese tu la.... Dah nama kek lapis keju, kompem la lemak berkrim... Rasanya raya nanti aku buat yang ni la jugak... Terima kasih ya kepada penyumbang dan yang dah cuba kek ni.... Mohon di kongsi di blog ni la pulak....




Source: Roz@RNet
Saiz: 7" persegi

BAHAN2:

-200g Butter
-125g Cream Cheese
-5 biji Kuning Telur
-3 biji Putih Telur
-140g Gula Castor [ aku letak 100gm ]
-1 sb Ovallette
-125g Tepung Gandum* [ aku guna tepung hong kong ]
-1 st Baking Pow der* (* ayak sekali)
-50g Air Ais

CARA2:
  1. Pukul butter sehingga kembang. Masukkan cream cheese & pukul sehingga sebati.
  2. Dlm mangkuk berasingan, pukul telur, gula & ovallette sehingga kembang. Masukkan tepung* & air ais berselang-seli sehingga sebati. Masukkan adunan butter & cream cheese sehingga sebati.
  3. Ratakan 4 sudu makan ke dlm tin yg di lapik kertas & di gris. Bakar dengan api Grill sehingga permukaan nya perang. Tekan supaya rata & lapiskan dengan adunan seterus nya. Bakar selapis2 sehingga habis.


Selamat mencuba...

Wednesday, 29 May 2013

Puding Pelangi



   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Pepagi ni jom layan puding pulak... Kali ni aku nak tunjuk resepi puding pelangi yang aku dah buat... Pelangi sangat laaa.... Macam marble ada la... Huhuhuhuuu... Ni hasil kerja tangan yang tak berapa nak berseni... Tu yang tak mau jadi pelangi tuuu.... Apa-apa pun janji nampak cantik kat mata aku ni... Resepi ni aku copy kat alma dari MyR... Mintak izin share kat sini ya... Untuk buat rujukan masa depan... Kalau ada yang teringin nak mempelangikan puding, boleh la tengok-tengok resepi kat bawah ni...




C & P : alma MyR

Bahan-Bahan

-10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak) [ aku guna 10gm agar-agar bertali ]
-650ml air
-180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
-60gm mentega
-1 biji telur
-½ tin susu cair
-1 sudu makan tepung custard
-1 sudu makan serbuk koko [ tak letak ]
-1/2 sudu teh vanilla
-pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh) [ aku letak pink + perisa strawbery, kuning + perisa mangga, hijau + perisa pandan, biru + perisa vanila & ungu + perisa blueberry ]

Cara-cara
  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 5 mangkuk (sama byk). Then masukkan pewarna bagi setiap mangkuk.
  5.  Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6.  Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk adunan warna kuning, satu senduk warna hijau, satu senduk warna biru dan satu senduk warna ungu. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk.


Selamat mencuba..



Monday, 27 May 2013

Coffee Cream Gateau



   Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... Kali ni jamu kek lagi... Kek yang berperisa kopi... Memang sedap dan penuh dengan haruman kopi... Errrr... Ni N3 tertunggak sebenarnya.... Kek ni pun dah lesap dalam perut... Huhuhuuu.... Buat kek ni pun sebab tak puas makan kek tiramisu sebelum ni... Asalnya nak buat kek tiramisu gak la, tapi cream cheese tak da dalam stok. So, ganti kek yang berperisa kopi dan buttercrem kopi la... Jadi la kannn... Tapi bila tengok gaya deco tu ala-ala black forest pun ada.... Hmmmm.... Hentam je laa... Kalau ada pengemar kek kopi boleh la tengok-tengok resepi kat bawah ni ya....


Bahan-Bahan

-200gm tepung kek*
-2 sudu teh baking powder*[ ayak bersama ]
-1 sudu teh ovallet
-160gm mentega
-150gm gula kastor
-4 biji telur gred A

-80ml air panas*
-1 sudu teh coffee emulco*
-1 sudu makan serbuk nescafe*[ bancuh sebati dan sejukkan ]

Cara-Cara
  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit. Putar sehingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan telur, gula dan ovallet bersama dan pukul sehingga berkrim dengan kelajuan tinggi.
  3. Masukkan adunan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
  4. Tunag bancuhan nescafe dan putar sebati.
  5. Bahagi adunan kepada tiga bahagian sama banyak. Tuang adunan kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas kertas serap minyak dan bakar secara berasingan pada suhu 150c selama 20 minit atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak, sejukkan di atas redai.



Coffee Buttercream

Bahan-bahan

-100gm mentega
-100gm shortening
-100gm krimwell
-250gm golden syrup

-40ml air suam*
-1 sudu teh serbuk nescafe*
-1sedu teh coffee emulco*[ satukan dan kacau rata ]

Cara-Cara
  1. Putar mentega, shortening dan krimwell hingga kembang dan kelihatan pucat.
  2. Masukkan golden syrup sedikit demi sedikit sambil putar.
  3. Masukkan bancuhan nescafe dan coffee emulco dan putar hingga sekata.
  4. Setelah adunan sekata, bolehah dilepa pada kek.



Cara Deco Kek

Bahan-Bahan

-air nescafe secukupnya
-hirisan almond secukupnya
-coklat rice
-ceri bertangkai

Cara-Cara
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Renjis air nescafe. Sapu coffee buttercream keseluruh permukaan kek tersebut. Letak sekeping kek lagi.
  2. Ulang langkah 1 untuk lapisan berikutnya.
  3. Sapu keliling kek dengan lebihan buttercream.
  4. Setelah siap, letak kepingan badam pada sekeliling kek. Paipkan buttercream bentuk rose pada permukaan kek dan letakkan ceri bertangkai. Kemudian tabur coklat rice pada tengah-tengak kek tersebut.
  5. Simpan seketika kek di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Memang best...
Dengan haruman kopi...