Monday 26 February 2024

Hummingbird Cake

Hummingbird Cake



     Assalamualaikum semua.... Lamanya aku tak bersiaran. Ni post pertama aku untuk tahun 2024 ni. Sempena hari ni birthday aku, maka aku share la satu resepi kek yang aku dah buat ni. Kalau ikut kan aku nak buat kek ais krim kitkat atau kek coklat cadbury. Tapi sebab aku dah start boikot, aku buat la kek lain. Maka jadi la hummingbird cake ni. Kalau ikutkan kek ni  macam carrot cake ja. Cuma tak letak lobak merah dalam tu. Alhamdulillah, tahun ni aku dah masuk 35 tahun... Syukur sangat masih dipanjangkan umur...  Untuk kek ni aku buat separuh adunan jaa... Sangat sedap kek ni. Ada rasa pisang dalam kek ni. Pastu ada rasa lemak-lemak kekacang. Kalau ada yang nak mencuba kek ni boleh tengok resepi kat bawah tu... Bye...

Hummingbird Cake


Hummingbird Cake

25gm kacang pecan
25gm kacang walnut
195gm tepung gandum
150gm gula halus
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk cinamon ( aku takletak )
2 biji telur gred C
90ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
115gm nenas dalam tin ( tak perlu toskan )
200gm pisang masak ranum


Cara-cara
  1. Bakar kekacang sekejap kemudian cincang kasar. Lenyek pisang hingga halus. Cincang nenas dalam tin.
  2. Satukan telur, minyak jagung dan esen vanilla dalam satu bekas dan pukul dengan whisk hingga sebati sahaja.
  3. Kemudian masukkan nenas cincang dan pisang lenyek tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan kering ( tepung, serbuk cinamon, garam dan soda ) yang sudah di ayak.
  5. Akhir sekali masukkan kekacang yang telah dicincang tadi.
  6. Sediakan 2 loyang 6 inci. Lapik loyang dengan kertas minyak. Oles dengan butter.
  7. Tuang adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak.
  8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 25- 35 minit bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.
  9. Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek. Jika lidi kering, ini bermakna kek telah masak sepenuhnya.
  10. Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.

Hummingbird Cake


Krim Keju

300gm cream cheese
60gm butter
160gm gula icing ( di ayak )
1 sudu teh esen vanilla
1sudu teh lemon paste


Cara-cara
  1. Pukul cream cheese dan gula icing hingga kembang.
  2. Tambahkan butter, esen vanilla dan lemon paste. Pukul adunan sebati.
  3. Sedia untuk disalut pada kek.

Hummingbird Cake


Karamel Sos

55gm butter
60gm whipping cream
1 1/2 sudu besar air
30ml corn syrup ( aku tak letak )
100gm gula halus


Cara-cara
  1. Masak gula dan air hingga perang
  2. Tambahkan corn syrup dan masak lagi.
  3. Kemudian masukkan whipping cream dan gaul rata.
  4. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan butter.

Hummingbird Cake


Cara Melayerkan Kek
  1. Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping, Jadi semuanya akan ada 4 keping kek.
  2. Letakkan kek atas papan kek.
  3. Sapukan krim keju atas kek dan ratakan.
  4. Ulang proses yang sama untuk setiap keping kek.
  5. Salutkan keseluruhan kek dengan krim
  6. Simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum di deco.
  7. Deco ikut kesesuaian anda. Hiaskan dengan karamel sos.
  8. Sedia dihidangkan.


Hummingbird Cake

 

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...