Tuesday 29 November 2022

Chocolate Avocado Mousse Cake

Chocolate Avocado  Mousse Cake



        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Lama tak buat kek... So, hari ni timbul la kek yang mengguakan buah avocado... Biasa makan tak buah avocado....? Kalau tak biasa makan mesti rasa pelik sikit sebab rasa dia macam kita makan unsalted butter pun ada... Tu lidah aku la. Tapi kalau buat jus, uhhh... Sedap lemak berkrim.... Ni kak aku beli masa cuti mengundi hari tu. Dah la beli banyak. Jenuh aku nak perabih... Maka muncul la kek ni... Kalau ada sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu. Untuk resepi kat bawah ni aku buat separuh adunan. Untuk kek span boleh ja guna mana-mana resepi kek span coklat yang hang pa suka... Byee...

Chocolate Avocado  Mousse CakeChocolate Avocado  Mousse Cake

Chocolate Avocado  Mousse Cake
C&P : Kak Wan
 
Dasar Kek
125gm chocolate sponge mix
90gm telur ( tanpa kulit )
25 ml air
40gm mentega cair
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco


Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.
  2. Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.
  3. Tuang ke dalam loyang 7x7 inci yang dialas kertas minyak.
  4. Bakar selama 25-30 minit pada suhu 180C.
  5. Sejukkan atas redai dan potong setebal 1 inci.
  6. Masukkan potongan kek ke dalam loyang 6 inci loose base tin. Ketepikan


Chocolate Avocado  Mousse Cake

Mousse Chocolate Putih
200 ml susu cair
15gm gula pasir
15gm tepung jagung + 1 sudu besar air ( larutkan )
35gm coklat masakan putih - potong kecil
1 kuning telur - kocok ringan
1 2/3 sudu kecil gelatin
25 ml air
100 ml non diary whipping cream


Cara-cara
  1. Masukkan air ke dalam bekas, tabur gelatin hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. Tutup api dan masukkan kuning telur ke dalam gelatin, kacau sebati. Ketepikan.
  2. Satukan susu cair dan gula, masak hingga mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, gelatin, whipping cream dan coklat masakan putih, masak hingga meletup-letup.
  3. Tuang ke atas lapisan kek. Simpan sebentar di dalam peti sejuk hingga permukaannya beku.


Chocolate Avocado  Mousse Cake


Mousse Avocado
100 ml susu cair
50gm gula pasir
secubit garam
15 gm tepung jagung - 1 sudu besar air ( larutkan )
1 kuning telur - kocok ringan
1 2/3 sudu kecil gelatin
25 ml air
125gm isi avocado, kisar halus
100 ml non diary whipping cream


Cara-Cara
  1. Masukkan air ke dalam bekas, tabur gelatin hingga kembang. Cairkan secara double boiler hingga larut. Tutup api dan masukkan kuning telur ke dalam gelatin, kacau sebati. Ketepikan.
  2. Satukan susu cair, gula dan garam, masak hingga mendidih. Masukkan larutan tepung jagung, gelatin, whipping cream dan pes avocado, whisk hingga rata dan masak hingga meletup-letup.
  3. Tuang ke atas lapisan mousse coklat putih. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku sebelum di potong.


Chocolate Avocado  Mousse CakeChocolate Avocado  Mousse Cake

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...