Thursday 7 January 2016

Blueberry Cheesecake



      Assalamualaikum semua... Memalam ni aku saja nak tayang kat hangpa semua cheesecake yang sangat sodap niii... Huhuuu... Sedap ooo cheesecake ni... Makan pulak sejuk-sejuk... Memang nikmat baq hiangg... Kalau tengok resepi kat bawah tu memang terkejut aku sebab cream cheese dia guna 500gm... Uihhh, tak boleh jadi ni... Memang banyak... So, aku pun buat separuh adunan saja... Bila buat separuh adunan ni, aku guna dalam loyang 7inci... Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah tu... Tqvm ye bang mat sebab share resepi cheesecake ni....  






Blueberry Cheesecake
C&P : CMG

BAHANBAHANNYA

500 gram cream cheese (sah2 ada dah mula mengucap nihh)
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
1 camca teh esen vanilla (mat guna perisa vanilla butter)
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
Blueberry filling secukupnya (mat guna jenis yang ada biji2 blueberry)



CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan springform tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "waterbath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 34 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...


2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...