Thursday 15 October 2015

Rainbow Cake and Swiss Meringue Buttercream



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Kemarin terlebih rajin nak buat kek pelangi... Kek ni aku buat konon-konon nak sambuat ulang tahun blog aku ni... Dah masuk 3 tahun dah aku dok update blog ni... Banyak kenangan manis dan pahit.... Tapi aku rasa kenangan manis lagi banyak dari kenangan pahit... Hihiii... Kek pelangi ni memang dah lama aku nak buat.. Cuma tak ada masa jaa... Kalau nak sedap kena gandingkan dengan cream cheese... Kompem makan tak ingat punya... Tapi untuk krim kek pelangi ni aku buat swiss meringue buttercream... Dah lama tak buat krim jenis ni... Takut tak menjadi pulak bila dah lama tak buat... Untuk yang leleh tepi kek tu aku guna coklat putih dan fresh cream... Cuma cairkan ja... Aku tak sukat pun... Agak-agak ja.. Bila ada lebihan tu, aku tompok-tompokkan atas kek... Saiz kek ni pun aku tukar dari 8 inci kepada 7 inci sebab nak bagi nampak tinggi. Rasanya kalau guna loyang 6 inci mesti lagi cun kan... Ok la, takat sini dulu... Nanti-nanti sambung lain... Byee...







RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias
C&P : Azlita / Masam manis

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau



Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter. ( aku guna loyang 7 inci )
  2. Panaskan oven pada suhu 170C. Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~. ketepikan
  3. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
  4. Masukkan esen vanila
  5. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
  6. Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar ( aku bahagi 7 bahagian )
  7. Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata Masukkan dalam loyang
  8. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benarbenar masak.
  9. Bila dah masak letak atas redai Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
  10. Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan. Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.
  11. Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..






Swiss Meringue Buttercream ( aku buat 2 adunan )
C&P : NLL


100g egg white (3 large eggs)
135g sugar
227g unsalted butter, soft but still cold, cut into small equal size of cubes


Method
  1. Remove butter from fridge and cut into small cubes, set aside. Lightly whisk egg whites in a mixing bowl, place over a pot of simmering water (double boiler).
  2. Add in sugar in 3 batches, whisk sugar and egg whites till sugar is fully dissolved (rub some with your fingers, if it feels grainy, it hasn't dissolved yet), take about 2‐3mins.
  3. Remove from heat and whisk for about 5mins till peaks are stiff, thick and glossy (Hand mixer speed at 3).
  4. At this point, the mixing bowl should be cool to the touch but still slight warm at the bottom.
  5. Place the bowl of meringue on top of a large bowl with few ice cubes and water.
  6. With the mixer at low, add in the butter cube one by one, ensuring that each addition is well incorporated before adding the next one.
  7. Beat till mixture become curdles, stop the mixer, take a spatula, continue to fold and stir till the mixture become creamy and satiny. (Even the mixture not totally smooth also ok, because when you add coloring, you need to stir and this time it will turn smooth).
  8. Add colouring if desired and mix till evenly distributed.


 

3 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...