Salam semua.... Sihat...? Aku kurang sihat sikit, batuk-batuk... Uhuk...!! Uhukk...!!! Siap ada bunyi batuk lagi... Hahhahahaa... Tak pa, makan ubat nanti ok la tu... Berbalik pada kek aku ni, aku buat ni masa hari jumaat lepas, hari sabtu baru makan... Maksudnya harini kek tu dah lincin la.... Huhuhuhuu... Buat kek ni pun saja-saja... Nak makan-makan dengan keluarga. Takda rancangan pun nak buat... Untuk kek ni aku amek kat QH. Resepi dia cuma kek span almond ja. Aku tambah serbuk koko jadi la kek span coklat almond.. Pandai-pandai ubah resepi orang... Jangan marah ya kak... Heheheee... Untuk dekonya aku pernah tengok kat blog ABM. Nampak cantik dan simple. Tiru jugak la.. Untuk kek, dia buat red velvet. Kalau sapa rajin boleh la buat kek red velvet macam dia. Resepi kat sini. Aku tak berapa rajin lagi. Cara aku deko ni masih kurang memuaskan. Ye laa... Aku ni baru nak belajar deko kek. Belajar pun takat tengok kat internet, nak pi kelas belom sempat lagi... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah ni....
Resepi Asal : KEK SPAN ALMOND
Diolah : Kek Span Coklat Almond
Bahan-Bahan
Bahan A:
-120gm tepung kek*
-30gm serbuk almond*
-2 1/2 sudu makan serbuk koko* [ aku tambah ]
-1 sudu the serbuk penaik*
*Ayak dan satukan kesemua bahan tersebut. Ketepikan
Bahan B:
-4 biji telur gred A
-120gm gula kastor [ aku letak 80gm ]
-10gm ovalet
Bahan C:
-40ml air
-1 sudu teh esen vanila
-60gm minyak masak
Cara-Cara
- Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 7", griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper. Adunan kek ni QH bakar 2 kali sebab menggunakan loyang size kecil 7”. Boleh juga menggunakan loyang 9”. [ aku guna 2 loyang 8'' ]
- Ayak dan satukan bahan A ke dalam mangkuk sederhana besar. Ketepikan
- Menggunakan pemukul elektrik, putar telur dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovalette.
- Masukan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan air. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada suhu oven masing2. [ aku bahagi 4 bahagian sama banyak, masak satu per satu. kalau oven besar masuk dua loyang sekali gus. Bakar pada suhu 150, selama 20-25 minit ]
- Bila kek sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan keluarkan dari acuan.
- Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi dua untuk setiap kek tersebut sebelum dilepa dengan krim. [ kalau ikut cara aku tak payah la nak bahagi kek tu ]
Untuk buttercream ni aku buat kurang manis. Kalau sapa-sapa yang suka manis boleh la tambah gula aising atau susu pekat manis tu...
Bahan-Bahan
-250gm shortening [ kalau nak sedap ganti mentega ]
-250 krimwell
-100gm gula aising [ diayak ]
-3 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk pemutar. Pukul dengan kelajuan perlahan sehingga kesemua bahan sebati. Setelah sebati pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
- Bahagi kepada beberapa bahagian dan letak warna yang sesuai
Cara Deko Kek
Bahan-Bahan
-air nescafe
-serbuk badam
-coklat rice
Cara-Cara
- Setelah kek sejuk, letak sekeping kek di atas papan kek. Renjis sedikit air nescafe dan sapukan buttercrem keseluruh permukaan kek tersebut. Tabur serbuk badam dan coklat rice. Kemudian letak sekeping lagi kek diatasnya. Ulang hingga habis untuk setiap lapisan kek.
- Selepas itu lepakan buttercream keseluruhannya dengan rata sehingga siap.
- Simpan kek tersebut seketika di dalam peti sejuk. Ambil lebihan buttercrem dan letak warna yang disukai.
- Keluarkan kek yang mana Buttercream tersebut sudah keras. Hias ikut cita rasa masing..
Jom makan....
Ehh... Lupa pulak..
Dah habisss...
cantik kejadiannya...sure sedap ni..
ReplyDeletealhamdulillah... sdp..
Deletebkn puji sdiri, tp org yg mkn kek ni yg ckp...
heheheheee...