- Pukul butter dan ovalet hingga kembang dan putih.
- Masukkan cream cheese. Pukul sebati.
- Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
- Masukkan susu pekat manis, sos butterscotch dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masukkan tepung aiskrim vanila dan Horlicks. Pukul sebati.
- Masukkan tepung Hong Kong dan pukul sebati.
- Panaskan oven selama 10 minit. Suhu 180°.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Taburkan toppings (Cadbury, butterscotch chips, chipsmore, honey roasted almonds)
- Lapisan pertama bakar di rak tengah, api atas bawah, suhu 180°, 10 minit atau hingga masak.
- Lapisan seterusnya hingga lapisan akhir, buat cara yang sama, tapi bakar pada suhu 150°/160° api atas sahaja, rak bawah. Masa 7/8 minit atau hingga masak.
Saturday, 9 July 2022
Butterscotch Lavish Slice ( BLS )
Friday, 8 July 2022
Red Velvet Oreo Cheese
- PUKUL BUTTER, GULA JUGA OVERLATTE SEHINGGA KEMBANG..
- MASUKKAN TELUR SEBIJI DEMI SEBIJI
- MASUKKAN ESEN VANILA JUGA SUSU PEKAT...
- AKHIR SEKALI MASUKKAN HOLICK JUGA TEPUNG HONG KONG.. PUKUL HINGGA IA SEBATI...
- BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN.. PUTIH (+PEWARNA PUTIH). SATU BAHAGIAN LAGI CREAM CHEESE+COKLAT EMUKCO+RED VELVET PASTE+SEDIKIT PEWARNA PUTIH+PEWARNA MERAH SECUKUPNYA (BAHAGI LAGI KEPADA 2 BAHAGIAN **ATAS BAWAH**)
- PANASKAN OVEN PADA SUHU 160'-170'..
- MASUKKAN 2 1/2 SENDUK KECIL ADUNAN MERAH.. RATAKAN DAN BAKAR NGAN GUNA API ATAS BAWAH HINGGA MASAK..
- LAPISAN KEDUA HINGGA HABIS ADUNAN DIBAKAR GUNA API ATAS JE YE..
- LAPISKAN ADUNAN MERAH SEBANYAK 4 LAPISAN..
- LAPISKAN PULA ADUNAN PUTIH.. RATAKAN DAN TABUR OREO DIATASNYA.. BAKAR HINGGA IA MASAK.. ULANG PROSES MELAPIS HINGGA HABIS ADUNAN PUTIH..
- ULANG LAGI PROSES MELAPIS UNTUK ADUNAN MERAH PULA .. HABISKAN HINGGA 4 LAPISAN...
- SELAMAT MENCUBA
Thursday, 7 July 2022
Kek Lapis Biscoff
C&P : Bro Rozzan ( KEK LAPIS NUTELLA )
Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Biscoff crunchy spread
180 – 200gm Biscoff crunchy spread untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)
Cara:
- Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)
- Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.
- Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.
- Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Biscoff crunchy spread dan dikacau rata.
- Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan biscoff, bubuh lagi Biscoff crunchy spread (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.
Wednesday, 6 July 2022
Kek Lapis Dil Kya Kare ( Bakar )
- Pukul butter, gula, even vanilla, ovallete & cream cheese sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukan susu pekat dan gaul/pukul sebati.
- Masukkan horlick, serbuk aiskrim vanilla, serbuk coffeemate, serbuk santan & susu tepung.
- Akhir sekali masukkan tepung superfine sedikit demi sedikit.
- Pukul lagi dan gaul sebati.
- Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
- Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600gram.
- Ambil 800 gram adunan dan letak blueberry paste 2 sudu teh & pewarna violet. Jumlah adunan dalam 800 gram. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
- Ambil 1000 gram adunan dan letak pewarna putih & serbuk cheese 50 gram. Untuk 5 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
- Baki adunan lebih kurang 800 gram letak blueberry paste 2 susu teh & pewarna ungu. Untuk 4 lapisan & setiap lapisan anggaran 200 gram.
- Setiap lapisan anggaran dalam 200gram. Jumlah keseluruhan lapisan ada 13 lapisan.
- Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 150c. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak.
- Tepi2 loyang tak perlu glis dan tak perlu letak kertas minyak. Permukaan bawah Loyang sahaja. Boleh guna Loyang saiz 8 inci / 9 inci.
- Mula-mula bakar adunan violet terlebih dahulu. Gunakan api oven atas bawah lebih kurang 10 minit.
- Lapisan ke 2 bakar adunan violet lagi dengan menggunakan api oven atas sahaja, lebih kurang 10 minit. Masa pembakaran kek 10 minit setiap lapisan adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau 10 minit tu mcm x masak lagi, boleh tambah masa membakar sehingga diyakini masak. Lapisan kedua sehinggalah lapisan terakhir gunakan api oven atas sahaja.
- Lapisan ke 3 & lapisan ke 4 bakar adunan ungu.
- Untuk lapisan ke 5 hingga lapisan ke 9, bakar adunan putih & setiap lapisan putih taburkan oreo yg telah dihancurkan.
- Untuk lapisan ke 10 hingga lapisan ke 11 bakar adunan ungu.
- Dan lapisan ke 12 dan ke 13 bakar adunan violet.
- Siap!!! Selamat mencuba....
Kek Lapis Tripple Creamy
Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi kek lapis yang kedua pulak. Kalau sempat malam ni aku share resepi yang ketiga pulak. Untuk rasa kek lapis ni memang sangat mewah. Rasa lemak-lemak berkrim. Pastu dia gandingkan pulak dengan rasa masam manis dari asam hawflakes. Untuk bahan-bahan nak buat kek lapis ni banyak jugak. Tapi berbaloi la sebab rasa sedap. Aku pun dah lama tak makan kek lapis yang letak hawflakes ni. Kalau ada sesapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....
- Pukul butter,gula,susu,ovelette hingga kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu.
- Masukkan horlick,creamer dan serbuk badam.Pukul hingga sebati
- Masukkan Serbuk roti marie,serbuk nestum dan tepung susu dan santan kotak
- Masukkan tepung hongkong dan selang seli dengan susu full cream.
- Bahagikan kepada 2 adunan : Hijau - Masukkan paste pandan dan sedikit choc syrup. Putih - Campurkan sedikit warna putih
- Setiap lapisan dalam 180gram. Lapisan hijau susun kan dengan hawflakes dan lapisan putih taburkan dengan oreo crunch
- Suhu ikut oven masing2. Loyang 8x8x3.5 /4
Tuesday, 5 July 2022
Kek Lapis Black Pink
- Mix butter , gula & ovallet sehingga kembang. Masukkan pula susu sehingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu sampai habis.
- Kemudian masukkan tepung gandum, ice cream powder dan horlick.
- Bahagikan kpd 2 bahagian. Bhgn 1 dicampur dengan cream cheese, pewarna pink dan perasa rasberry. Bhgn 2 dicampur dengan nutella & pewarna hitam.
- Panaskan oven mengikut kesesuaian oven masing2.
- Pertama sekali, lapisan pertama hendaklah menggunakan api atas dan bawah
- Lapisan pertama warna pink.. setiap lapisan anggaran berat dalam 180gram.. dan ditabur choc chip..
- Lapisan kedua warna hitam .. Anggaran berat setiap lapisan adalah 180gram..
- Setiap lapisan hendaklah ditekan menggunakam penekan kek ataupun sudu. Untuk membuatkan mereka melekat antara satu sama yg lain. Dan lapis sehingga habis.
- SELAMAT MENCUBA
Sunday, 26 June 2022
Buko Pandan
- Satukan bahan agar-agar pandan dan masak hingga mendidih.
- Tuang ke dalam bekas kecil dan biarkan sehingga beku.
- Setelah beku potong menjadi kiub kecil.
- Didihkan air yang banyak. Masukkan sago, didihkan hingga sago menjadi jernih. Toskan dan alirkan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.
- Dalam mangkuk, satukan sago, isi kelapa, susu pekat, whipping cream dan kiub agar-agar pandan. Gaul rata dan simpan di dalam peti sejuk.
- Enak di hidang dingin begitu saja atau bersama ais cream.
Monday, 20 June 2022
Chocolate Blackout Cake
Chocolate Blackout Cake
- Dalam satu mangkuk, ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula pasir, gula perang dan juga garam. Gaul perlahan-lahan dan sebatikan.
- Dalam mangkuk lain, satukan bahan-bahan B . Gaul sebati kemudian satukan dengan bahan A. Bila adunan sudah sebati dan gula larut, tuangkan kopi panas dan sebatikan lagi.
- Sediakan loyang yang telah di oles dengan butter dan ratakan dengan serbuk koko.Tuang kedalam loyang. Kemudian bakar selama 1 jam dengan suhu 180C atau ikut suhu oven masing-masing. Bila kek sudah siap dibakar, sejukkan dahulu baru kita keluarkan dari loyang.
- Dalam satu mangkuk tahan panas, satukan dark chocolate dan uht whipping cream. Cairkan secara double boiler.
- Bila dah cair, masukkan cream cheese. Gaul rata sehingga cream cheese sebati kemudian matikan api.
- Tapis dan simpan didalam peti sejuk. Gaul setiap 10 minit untuk mencapai konsistensi frosting.
- Potong kek kepada 3 atau 4 bahagian.
- Setiap lapisan di oles dengan chocolate ganache yang telah disejukkan tadi.
- Hiaskan kek mengikut citarasa anda.
Wednesday, 27 April 2022
Kek Lapis Ulang Kayangan
- Pukul butter, gula dan ovallate sampai kembang.
- Masukkan cream cheese, pukul sampai betul kembang, masukkan telur satu persatu. Seterusnya masukkan bahan A yang lain. Pukul sampai kembang dan sebati.
- Sediakan bahan B. Masukkan adunan dalamloyang dan tabur setiap bahan B.Bakar ikut kesesuaian suhu oven masing-masing. Dah masak ulang langkah yang sama sampai habis.
- Biarkan sejuk dahulu. Lebih bagus potong masa tengah sejuk-sejuk.
- Selamat mencuba.
Monday, 25 April 2022
Kek Lapis Oreo Cheddar Cream Cheese
- Pukul mentega, gula halus dan ovellete dengan kelajuan tinggi sehingga adunan gebu dan bertukar menjadi putih pucat. Masukkan cream cheese. Putar sebati.
- Masukkan telur satu persatu di susuli dengan esen vanilla, susu pekat dan tepung aiskrim vanilla. Putar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekali gus. Masukkan sedikit putar sebati, kemudian masukkan lagi. Ulang sehingga tepung habis. Masukka pewarna. Putar biar rata.
- Panaskan oven 10 minit suhu 180C. Lapisan pertama guna api atas dan bawah, bakar 10 minit. Letak loyang pada rak tengah. Ratakan adunan dalam loyang yang telah dialas, tabur cheddar cheese dan oreo hancur.
- Untuk lapisan kedua sampai akhir bakar guna api atas sahaja. Bakar 8 minit suhu 150C.Letak loyang dirak bawah sekali. Jangan lupa tekan-tekan kek sebelum melapis lapisan baru. Ulang langkah sama sehingga adunan habis.
*** Aku bahagi adunan sama banyak kepada dua bahagian. Satu bahagian letak warna putih, satu bahagian letak warna kuning. Untuk adunan warna putih aku tabur serbuk oreo. Adunan kuning aku tabur parutan cheese.
Sunday, 24 April 2022
Kek Lapis Coklat Chip
- Butter, gula, ovallete, susu pekat pukul sehingga kembang
- Letak srikaya, sebatikan dan masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
- Masukkan tepung sikit-sikit. Pukul perlahan sehingga sebati.
- Bahagi 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan milo dan serbuk koko.Satu bahagian lagi masukkan serbuk aiskrim coklat.
- Cara bakar mula dengan adunan milo, adunan aiskrim coklat ditabur choc chip, adunan milo, adunan aiskrim coklat ditabur choc chip sehingga habis.
- Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan kedua dan seterusnya guna api atas sahaja. Lapisan terakhir guna api atas dan bawah.
- Suhu 150C/10 minit ( ikut kepanasan oven masing-masing )
*** Adunan milo nampak gelap berbanding aiskrim coklat
Thursday, 21 April 2022
Kek Lapis Biscoff Cheese
- Pukul mentega, gula, serbuk ais blend vanilla dan ovalette dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
- Masukkan cream cheese. Pukul hingga kembang dan sebati.
- Masukkan serikaya dan spread biscoff. Putar sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul sebati.
- Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang dan sebati.
- Perlahankan mixer dan masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit.Matikan mixer dan kaup balik bagi sebati.
- Timbang adunan. Bahagikan adunan kepada dua. Bahagian satu letak emulco coklat. Bahagian ini untuk lapisan bawah dan atas. Bahagian dua nak warna asal ataupun letaksedikit sahaja warna coklat sekadar bagi warna light coklat ( aku tak letak ).
- Ratakan selapis adunan emulco coklat dan hentak loyang beberapa kali. Bakar sekitar 7 minit atau sehingga lapisan masak dalam ovenyang dah dipanaskan suhu 170C api atas dan bawah. Untuk lapisan seterusnya guna api atas sahaja Ulang langkag ini untuk mendapatkan dua lapisan bawah coklat ( sekiranya anda nak buat sampai 3 atau 4 lapisan boleh saja )
- Setelah lapisan bawah coklat siap, ratakan lapisan kedua. Taburkan biscoff crumble dan bakar sekitar 7 minit atau sehingga masak api atas sahaja. Ulang langkah ini sehingga adunan bahagian 2 habis.
- Ulang langkah 7 untuk lapisan atas adunan coklat. Untuk lapisan yang terakhir bakar sehingga masak. Cucuk lidi atau cake taster untuk memastikan kek masak.
- Biarkan kek sejuk barulah dipotong.Selamat mencuba.
Tuesday, 19 April 2022
Kek Lapis Pandan Prune & Coklat
- Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang ( high speed )
- Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat sehingga putih. Masukkan serbuk santan dan putar lagi sehingga sebati.
- Satukan adunan telur dan mentega sehingga sebati. Masukkan serikaya, pandan paste, horlicks dan gaul sebati. Masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
- Sediakan loyang yang dilapik dan disapu dengan mentega. Ratakan 6 sudu makan adunan ke dalam loyang. Bakar sehingga bertukar warna keperangan dengan menggunakan api atas. Ulang proses melapis dan tabur prune dan coklat cip selang seli sehingga habis. Akhir sekali bakar dengan api atas dan bawah selama 10 minit.
- Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.
Friday, 15 April 2022
Puding Jagung
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau dengan whisk sehingga bergaul rata.
- Tuang ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga ianya pekat, berkilat dan hasilkan gelembung udara.
- Angkat dan tuang dalam acuan yang disukai. Biarkan seketika.
- Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalampeti ais. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Wednesday, 13 April 2022
Puding Mozek
- Mula-mula, masak air sehingga suam.
- Kemudian masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
- Sejukkan di dalam peti sejuk beku.
- Masak kesemua bahan di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
- Sekiranya nak extra manis, boleh tambah gula atau susu pekat.
TeknikMelapis
- Keluarkan agar-agar bahagian berwarna tadi dan potong dadu kecil-kecil.
- Masukkan agar-agar bahagian putih kedalam acuan pilihan anda.
- Kemudian tabur potongan dadu agar-agar bewarna tadi.
- Ulang langkah ke-2 dan ke-3 hingga habis.
- Sejukkan di dalam peti ais sehingga betul-betul beku.