Thursday, 26 February 2026

Puding Kek ABC


   Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni bertemu kita dengan tema puding dan kek pulak. Ni aku buat sempena kek birthday aku hari ni. Tahun ni jatuh bulan puasa. So, kek pun kena tema sesuai dengan bulan puasa laaa... Kalau nak buat kek berkrim macam kureng sesuai sikit. Kalau yang ada puding ni sejuk ja lalu tekak kann... Sebelum ni aku pernah buat dah.. Buleh tengok kat sini. Ni versi upgrade. Aku letak kacang merah. Nama pun aku tukar la jadi Puding Kek ABC. Maka bertambah lagi la umur aku. Dah nak masuk siri 40 dah aku ni... Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....
 


Puding Kek ABC
C&P : Kak Ita ( Puding KeK Cendol Dan Cincau )


Lapisan A( Lapisan Dasar )
1 keping kek span pandan 8 inci

Lapisan B( lapisan Coklat)
250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
 secubit garam


Cara-Cara
  1.  Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
  2. Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
  3. Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api Kemudian di tapis.
  4. Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.







Lapisan C

600 ml santan cair ( 300 ml santan KARA + 300 ml air )
7.5 gm agar-agar serbuk
120 gm gula halus
1 1/2 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
80 gm kacang merah dalam tin
sedikit pewarna hijau, kuning & pink



 Cara-Cara
  1. Satukan bahan C kecuali cendol, cincau, kacang merah pewarna kuning, hijau, pink dan masak hingga agar-agar dan gula melarut 
  2. Bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian yang sama banyak 1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol 
  3. Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi. * jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning. Biarkan ia sejuk dan mengeras
  4. Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau. Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu.
  5. Akhir sekali letak pewarna pink dalam adunan puding dan kacang merah. Kemudian tuang atas lapisan hijau.
  6. Simpan di dalam peti ais hingga beku Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.




Tuesday, 24 February 2026

Jelly Kopi Ais


   Assalamualaikum dan selamat petang semua. Menu apa hari ni. Aku buat jelly kopi ais. Saja tunjuk awai, nanti tak kalut... 😅😅😅😅 Resepi ni famous kat tiktok oleh Tasya Farasya. Tapi resepi aku amek kat orang lain la. Aku tak pernah lagi guna serbuk nutrijell ni. Tak kira apa-apa perisa pun. Sedap rupanya. Dia memang kenyal-kenyal macam jelly tu. Bila buat minum dengan susu lagi la sedap. Yang ni dah la perisa kopi. Lagi la sedap. Nak buat dia pun mudah ja. Dapat pulak time hangat-hangat ni...



Jelly Kopi Ais
C&P : tiktok adelscooking
 
Jelly Kopi
 
1 bungkus nutrijell coffee
Gula secukupnya
500ml air
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan. Masasak sehingga kesemuanya larut. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biarkan beku.


Jelly Kopi Ais


Kuah Susu
 
1 tin susu cair
25gm susu pekat manis
 
Cara-cara
  1. Satukan susu cair dan susu pekat manis. Kacau sebati.
  2. Untuk menghidang, hancurkan jelly kopi. Masukkan ketulan ais dan masukkan kuah susu.
  3. Sedap dinikmati ketika sejuk. 
 

Sunday, 22 February 2026

Bua Loy Pisang


     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa untuk berbuka nanti..? Aku buat bua loy pisang. Gigih beli acuan tahun lepas & dan buat sekali jaaa... Tahun ni gigih jugak buat.. Walaupun hangat-hangat. Sedap jugah bua loy ni. Yang first time buat tu resepi dia guna buah pisang. Yang ni guna esen pisang. Pastu yang dulu tu dia letak buah laici sama dalam kuah tu. Tapi bagi aku kalau tak letak buah laici lagi sedap. Baru rasa original lemak-lemak santan tu. Untuk resepi ni aku lebihkan adunan kuah dia. Santan tu aku guna santan kotak tambah air kelapa. Nak buat resepi ni kena beli acuan pisang tau. Pastu acuan tu kena potong keliling dia. Kalau tak memang payah nak keluarkan doh bua loy pisang tu... Sapa-sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.....
 


Bua Loy Pisang
C&P : Tiktok  adlinelina7
 
2 cawan tepung pulut
1 sb tepung jagung
Sedikit garam
+- 3/4 cawan santan
1 st esen pisang
Pewarna kuning
Pewarna hijau 
 
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kering. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat pada tangan. Masukkan esen pisang dan uli sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan dan letak pewarna hijau. Selebihnya letak warna kuning.
  3. Sediakan acuan pisang. Ambil sedikik adunan hijau, letak pada bahagian tangkai pisang. Ambil pula adunan kuning dan letak pada bahagian buah pisang. Mampat-mampatkan kemudian keluarkan dari acuan. Buat sehingga habis.
  4. Panaskan air dan rebus doh bua loy pisang. Bila dah timbul bolehlah angkat dan rendam sekejap dalam air kosong. 





Kuah Santan
 
1 1/2 cawan santan ( aku guna santan kotak + air kelapa & aku lebihkan sebab nak kuah banyak )
1/2 cawan gula
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Isi kelapa
 
  1. Satukan santan, gula, garam dan daun pandan. Masak sehingga sedikit meruap.
  2. Masukkan isi kelapa dan sambung masak sehingga meruap sekali lagi.
  3. Untuk menghidang masukkan kuah ke dalam mangkuk dan letak bua loy pisang tadi. Boleh dinikmati ketika panas atau sejuk.


Thursday, 19 February 2026

Buko Pandan


Assalamualaikum semua... Macam mana hari pertama puasa... Aku kat Perlis ni boleh tahan panas. Dalam rumah ni dah macam oven. Nak sejuk kena rehat kat luaq rumah laa... Dok atas buaiyan atau pun tidoq kat pondok... Kalau dalam rumah ni memang mandi peluh laaa... Kalau bukan bulan puasa buleh minum ayaq. Tapi tahun lepas puasa pun sama panas jugak. Cuma awai-awai posa ni la mencabaq sikit. Meh kita tengok menu nak berbuka nanti. Aku buat buko pandan. Ni aku amek resepi khairulaming. Resepi tahun 2024 not. Cumanya aku tak letak Nata de coco ja. Buah kelapa nasib kat rumah ni ada banyak yang muda kali ni. Buleh la buat minum time berbuka. Sapa-sapa nak cuba resepi buko ni buleh tengok kat bawah tu.... Selamat menunaikan ibadah puasa... Byeee...
 


Buko Pandan
C&P : Khairulaming
 
Agar-agar pandan
 
3 helai daun pandan
1 liter air
Pewarna hijau
1/2 cawan gula
10gm serbuk agar-agar
 
Cara-cara
  1. Kisar daun pandan bersama air dan tapis.
  2. Panaskan air pandan dan masukkan sedikit pewarna hijau, gula dan serbuk agar-agar.
  3. Masak sehingga mendidih. Tuang dalam loyang 8 inci dan biarkan agar-agar beku. 



Biji sagu
 
1/2 cawan biji sagu
Pewarna hijau
 
Cara-cara
  1. Didihkan air yang banyak. Masukkan sagu dan pewarna hijau, didihkan hingga sagu menjadi jernih. Toskan dan alirkan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan.


Kuah
 
200ml whipping cream ( aku guna double cream )
1 cawan susu full cream
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1 cawan air kelapa
 
Cara-cara
  1. Pukul whipping cream sekejap. Jangan sampai terlalu kental. Cuma bagi likat ja.
  2. Satukan semua bahan.
  3. Sedia dihidang. 



Cara menghidang
 
1 tin buah laici
Isi kelapa
 
Cara-cara
  1. Potong agar-agar jadi bentuk kiub.
  2. Letak ais dalam mangkuk, masukkan agar-agar, isi kelapa, buah laici & biji sagu. Tuangkan kuah.
  3. Sedap dimakan ketika sejuk. 


Tuesday, 17 February 2026

Mandarin Orange Cream Cheese Cake


       Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina... Bila raya cina ni aku pun terajin nak buat kek tema raya cina. Guna buah limau mandarin dalam tin tu. Rasa dia masam-masam manis gitewww... Bahagian luar kek aku salut dengan non dairy whipping cream. Sesuai la dengan buah limau ni.. Sapa nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Ni kek berkrim last bulan ni. Lepas ni dah posa. Sibok nak cuba menu bulan posa la pulak. Kalau rajin, aku update kat blog aku... Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa... Byeee....
 


Mandarin Orange Cream Cheese Cake
 
2 biji telur
60gm tepung gandum
60gm gula kastor
20gm mentega cair ( aku guna minyak jagung )
1/4 tsp esen vanilla ( aku ganti esen oren )
 
Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula kastor sehingga ribbon stage.
  2. Kaup balik tepung sehingga sebati.
  3. Satukan minyak dan esen vanilla. Sebatikan.
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 3 bahagian dalam loyang bulat 6 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Bila dah masak, sejukkan di atas redai. 






Mandarin Cream Cheese Filling
 
150gm cream cheese
50gm gula aising
1 tbsp jus lemon
1 tin limau mandarin ( toskan airnya ) 
60gm jus limau mandarin ( aku letak 30gm )
100gm double cream ( aku letak 200gm )
8gm gelatin + 30gm air
 
Cara-cara
  1. Cairkan gelatin dan ketepikan.
  2. Pukul double cream hingga kental. Ketepikan.
  3. Pukul cream cheese bersama gula aising hingga berkrim. Masukkan jus limau mandarin dan larutan gelatin. Pukul sebati.
  4. Satukan adunan cream cheese dengan double cream. Sebatikan.
  5. Sediakan plastik mika dan kemaskan ( ikut saiz kek 6 inci ). Letak plastik mika atas papan kek. Masukkan sekeping kek dalam plastik mika. Paipkan sedikit mandarin cream cheese filling. Ratakan. Susun limau mandarin. Paipkan mandarin cream cheese filling. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Buat langkah yang sama untuk lapisan berikutnya.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. 
 

Jelly Topping
 
50gm jus limau mandarin
1/2 tsp serbuk gelatin
 
Cara-cara
  1. Cairkan serbuk gelatin bersama jus mandarin.
  2. Sejukkan sekejap dan boleh tuang atas kek atau sapu menggunakan silicon brush. 

 
Cara menghias kek
 
200ml non dairy whipping cream
1 tin limau mandarin
 
  1. Toskan air limau mandarin. Pukul kental non dairy whipping cream.
  2. Buka plastik mika. Rapikan keliling kek. Salut seluruh kek dengan non dairy whipping cream. Paipkan atas kek dengan baki non dairy whipping cream menggunakan nozzle yang sesuai. Salut tepi kek dengan kepingan badam jika suka.
  3. Susun atas kek dengan dengan buah limau mandarin.
  4. Tuang jelly topping atau sapu menggunakan silicon brush.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.  

Saturday, 14 February 2026

Blue Velvet Cake


    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Hari ni bertemu dengan resepi kek blue velvet pulak. Kek ni sama ja macam kek red velvet tu. Cumanya tukaq warna ja... Resepi kat bawah tu aku buat separuh adunan daripada resepi asal. Untuk deco kek blue velvet ni aku guna grandea cookie crumbs sea salt. Sesuai la dengan warna biru dia. Ni antara kek krim last sebelum kita posa. Nanti tang tahun baru cina ada kek tema raya cina pulak. Pastu kalau rajin bulan posa aku post la resepi tema berbuka. Tu pun kalau rajin.... 😂😂😂 Dah la birthday aku jatuh bulan posa jugak. Tak tau nak buat kek apa wehh... 🤔🤔🤔 Tunggu je lah noohhhh... Byeee....
 


Blue Velvet Cake

1 cawan gula
114gm butter
1 biji telur
1/2 tbsp serbuk koko
1/2 tbsp pewarna biru
1 1/4 cawan tepung kek
1/2 tsp garam
1/2 cawan buttermilk
1/2 tsp esen vanilla 
1/4 tsp baking soda
1/2 tbsp cuka
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven 170°C. Sediakan 3 biji loyang saiz 6 inci dan alas dengan baking paper.
  2. Dalam mixing bowl, pukul gula dan butter hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan pukul sebati.
  4. Satukan serbuk koko dengan pewarna biru. Kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Sebatikan.
  5. Masukkan tepung yang diayak bersama garam berselang seli dengan buttermilk sehingga habis.
  6. Masukkan esen vanilla dan mix sebati.
  7. Dalam bekas kecil, satukan cuka dan baking soda. Masukkan dalam adunan tepung tadi dan sebatikan.
  8. Bahagi adunan sama banyan kepada 3 bahagian dan bakar selama 25 minit atau sehingga masak. 
 

Cream Cheese Frosting
 
250gm whipping cream ( aku guna double cream )
125gm cream cheese
30gm gula aising
55gm butter
1/4 tsp lemon paste
 
Cara-cara
  1. Pukul whipping cream hingga kental. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula aising, butter dan lemon paste hingga berkrim.
  3. Satukan whipping cream tadi bersama cream cheese. Gaul sebati
  4. Sedia digunakan. 



Cara-cara melapis kek
 
100gm grandea cookie crumbs sea salt
 
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama untuk lapisan yang berikutnya.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting. Salut seluruh kek dengan grandea cookie crumbs sea salt.
  3. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.