Assalamualaikum.... MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA... Selamat hari merdeka semua... Hari merdeka ni meh kita layan brownies kedut yang tengah hot di pasaran sekarang ni... Sana-sini dok tayang brownies kedut ni... Aku pun tak ketinggalan juga nak cuba buat si kedut ni... Ni cubaan kali ke-3 dan baru la mendapat kedutannya... Walaupun bila tegok bukan nampak kedut sangat pun... Cubaan kali pertama dan ke-2 langsung tak nampak kedut. Mula-mula buat dulu tak guna resepi ni, guna resepi orang lain. Yang tu guna coklat chip. Tapi tak menjadi kedut... Bukan salah resepi tu ok, salah teknik rasanya... Kali ke-2 buat guna resepi ni, tapi tak menjadi jugak kedutnya... Ni pun rasanya aku salah teknik, bukan salah resepi okkk... Cubaan kali ke-3 guna resepi ni... Jeng, jeng.... Alhamdulillah... Menjadi jugak akhirnya.... Salah teknik tu maksunya, aku over beat telur dan gula tu... Aku pi guna mixer, memang tak menjadi laa.. Kali ketiga tu aku just mix pakai whisk ja.. Whisk bagi gula hancu dah... Jangan over whisk plak... Nanti tak jadi lagi... So, kalau sapa yang buat dan tak pernah menjadi kedut tu mungki dia over beat adunan telur tu la kot... Jangan putus asa, cuba lagi... Untuk brownies ni aku letak almond nibs dalam adunan tu.. Baru la sedap masa makan tu... Ok la, sampai sini dulu... Byee...
CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
C&P : Juicy Cafe & Cakes
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
Cara-caranya.
- Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
- Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
- Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
- Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
- Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
- Tuang dalam loyang dan ratakan.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
- Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
- Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
Nota :
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.
indahnya kalu dapat seketui..hihi
ReplyDeleteThank you shapex..saya nak cuba wat nanti :)
ReplyDelete