Monday 29 September 2014

Red Velvet Cake



     Assalamualaikum semua.... Dah lama aku tak jenguk ke blog kesayangan aku ni... So, hari ni sempat jugak aku siapkan satu N3 kek yang sangat menambat kalbu pada setiap orang yang melihat warna merah menyala tu... Mmmm... Geraram tengok... Takot pun ada sebab terang sangat warnanya... Yang buat kek ni pun bukannya apa. Lama dah tak merasa si baldu merah ni... Nak beli satu slice macam tak berbaloi. Baik buat sendiri... Makan pun puas... Kek ni bila makan macam ais krim pun ada. Ni semua imaginasi minda aku je la... Huhuhuu... Kalau sekali makan pasti nak ulang makan lagi... Untuk deco kek ni aku pakai hentam je. Pernah nampak kak ita lukis macam ni juga. Aku pun tiru ala-ala macam tu jugak. Tapi memang jauh beza sekali... Apa-apa pun terima kasih kepada penyumbang resepi ni... Jom tengok resepi pulak...






Red Velvet Cake
C&P : Irma
Disarankan : Duyung Sweets Laling

Bahan A - Untuk diayak bersama.
-250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
-1 tsp baking powder
-1/2 tsp garam
-2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.
-240 ml buttermilk
-2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -
-113 gram butter
-300 gram gula kastor
-2 biji telur gred A
-1 tsp esen vanilla

Bahan D -
-1 tsp cuka masakan
-1 tsp baking soda


  1. Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
  2. Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit. 
  4. Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula.
  5. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  7. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas ( Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak dan bakar sekali terus. Aku guna 2 loyang 8'' ). Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
  9. Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Sejukkan kek dahulu sebelum di potong.




Topping - Cream Cheese Frosting.
-227 gram cream cheese Philadelphia
-227 gram mascarpone
-1 tsp esen vanilla
-1 cawan gula ising
-360 ml whipped cream

  1. Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. 
  2. Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
  3. Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
  4. Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.






Cara-cara menghias

  1. Potong setiap kek menjadi dua lapisan.
  2. Letakkan lapisan pertama atas papan kek.
  3. Sapukan cream cheese. Letakkan lapisan kedua .
  4. Ulang langkah 3 untuk lapisan berikutnya hingga habis.
  5. Salut keseluruhan dengan baki cream.
  6. Dah siap semua. Terus masukkan dalam peti ais sebelum dihias.







13 comments:

  1. cantik kaler kek merah baldu yang menyala dan menawan kalbu ni..deko pun cantik tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Syafiq,

    Rajinnye la hai si dia ni! Kalau dekat boleh lah order

    ReplyDelete
  3. Assalam syapex, cantik menarik deco kek tu, sayang pulak nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kena ptong jgk sbb nak tau rasa isi dlm tuuu..

      Delete
    2. tp kena ptong jgk sbb nak tau rasa isi dlm tuuu..

      Delete
  4. NAIK BUNTANG TENGOK KEK NI.. CANTIK SANGAT

    ReplyDelete
  5. macam mana nak deco tu..sukanya tgk deco tu cantik..oh lagi 1 soalan.

    mascarpone tu apa ek? kalau tak letak, xpe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk bunga tu sy guna buttercream, guna nozzle daun no.70
      mascarpone tu macam cream cheese jgk tp harga lbh mahal.
      boleh ganti dgn cream cheese klau x mau guna mascarpone tu..

      Delete
  6. (terngaga mulut) akak secara rasmi menjadi follower kamu!

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...