Tuesday, 10 March 2026

Kek Lapis Cream O Crushed


      Assalamualaikum & selamat petang semua... Macam mana puasa hang pa..? OK ka..? Kami kat perlis ni hangat tak sangga. Kalau duduk dalam rumah macam duduk dalam oven oooo.... Dugaan panas tahun ni agak mencabar jugak la. Sebab tu aku tahun ni tak rajin nak buat masak². Tapi hari ni aku nak share resepi kek lapis untuk raya nanti. Aku dah siap 6 jenis kek lapis. Lepas ni aku nak buat biskut raya pulak. Resepi asal kek lapis ni guna biskut oreo, tapi aku tukar guna biskut cream O. Guna la mana² biskut yang ada.... Tahun ni semua kek lapis aku guna cream cheese. Modal agak kerasssss jugak laaa... Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
 


 
Kek Lapis Cream O Crushed
C&P : Alicia Uvang Kitchen ( Kek Lapis Oreo Crushed )

500gm mentega
150gm gula kastor
1 tbsp ovalette
10 biji telur (gred A) 
1 tbsp esen vanila
200gm serikaya pandan 
250gm cream cheese 
250gm susu pekat manis  
350gm tepung pau 
200gm tepung aiskrim vanila 
100gm Horlicks 
6 tbsp sirap coklat Hershey's 
1 tbsp coklat emulco 
Pewarna hitam & putih 
50gm Oreo crumbs (untuk dicampur dlm adunan) ( ganti biskut cream O )
Oreo crumbs (secukupnya, untuk taburan pada setiap lapisan putih) ( ganti biskut cream O )

Cara-cara
  1. Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, serikaya pandan, susu pekat manis & cream cheese. Putar lagi sampai sebati.
  3.  Masukkan tepung pau, Horlicks & tepung aiskrim vanila. Putar sebati dgn speed perlahan.
  4.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1/3 bahagian letak sirap coklat Hershey's, Oreo crumbs, coklat emulco & pewarna hitam. 2/3 bahagian letak pewarna putih.
  5. Bakar lapisan pertama pada suhu 170°C selama 8-10 minit. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis bakar pada suhu 150°C selama 7-8 minit. ( suhu & tempoh membakar bergantung kpd jenis oven masing2 )
  6. Bakar lapisan hitam terlebih dahulu sampai habis. Kemudian baru bakar lapisan putih yang ditabur Oreo crumbs pada setiap lapisan. Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
  7. Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya.