Wednesday, 9 April 2025

Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua. Harini aku nak share resepi nasi ayam. Mudah ja resepi nasi ayam ni. Yang ni guna air fryer. Kalau bakar guna air fryer ni bahan salutan dia lekat elok kat ayam tu. Kalau goreng dengan minyak dia macam nak tekeluar dari ayam tu. Kalau goreng pun nanti minyak tu cepat hangit. Nak kena tapis buang bekas kicap & sos tiram tu... Kuah kicap tu aku tambah sup & cili potong. Ayam pun aku potong kecik sebab senang nak susun dalam air fryer tu. Untuk kicap aku tambah sup & cili potong. Kalau sapa-sapa nak buat open house untuk tetamu yang tak ramai boleh la buat nasi ayam ni... 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
Nasi Ayam ( Air Fryer )
 
Bahan Sup
1 ekor ayam - potong 4 ( aku potong kecil² )
7 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
1 sup bunjut
3 ketul kiub ayam
3/4 sudu besar garam atau secukupnya 
1/4 cawan minyak masak
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar untuk sup sehingga naik bau.
  2. Masukkan 10 cawan air, sup bunjut dan kiub ayam.
  3. Setelah mendidih, masuk ayam dan rebus sehingga ayam 3/4 masak sahaja.
  4. Sesuaikan rasa. Sup mesti sedap dan secukup rasa.

 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 
Nasi
4 cawan beras basmathi - basuh dan tos kering
5-6 cawan air rebusan
1 helai daun pandan
1 sudu besar mentega + 5 sudu besar minyak biasa
50 gram halia - kisar
25 gram bawang putih - kisar
Sedikit serbuk kunyit
 
Cara-cara
  1. Masukkan mentega dan minyak ke dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tuang ke atas beras yang telah dibasuh dan ditos kering.
  2. Masukkan daun pandan, sedikit serbuk kunyit dan air rebusan secukupnya. Masak dalam periuk elektrik seperti biasa.
     
.
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 Ayam
Ayam yang direbus
2 senduk kicap cap kipas udang
3 sudu besar sos tiram
Madu, jika suka
 
Cara-cara
  1. Keluarkan ayam dari air rebusan. Masukkan kicap dan sos tiram secukupnya.
  2. Susun ayam atas aluminium foil di dalam air fryer. Bakar dalam 5 minit. Lumur madu dan bakar lagi selama 5 minit.
  3. Ketuk ayam dengan pisau untuk mengeluarkan air dan potong ikut yang disukai.

 

Nasi Ayam ( Air Fryer )



Bahan sambal cili
3 tangkai cili merah - 60 gram
½ biji buah tomato - 52 gram
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air
 
Cara-cara
  1. Masukkan cili dan tomato di dalam blender dan kisar dengan air sehingga hancur. Masukkan bahan lain secukup rasa. Sesuaikan rasa.

 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 
Kuah Kicap
  1. Kicap lebihan perap ayam tadi dihidangkan dengan nasi ayam. ( aku tambah cili & sup ayam )
 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )