Monday, 21 April 2025

Nasi Tomato Simple


Nasi Tomato Simple



      Assalamualaikum semua... Masih ada yang nak buat open house kaa...? Kalau ada aku boleh bagi idea buat nasi tomato ni. Simple ja nasi tomato ni. Yang paling menarik dalam set nasi tomato ni sebab tang acar tu. Acar tu ada letak sunquick oren. Selalu orang letak perahan limau. Sedap jugak rasa dia. Rasa masam-masam Oren. Kalau ada yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee...
 
 
Nasi Tomato Simple

 
Nasi Tomato Simple
C&P : Rasa ( Hidayati Hana )
 
Nasi Tomato
 
3 cawan beras basmati
Air secukupnya ( 1 cwn beras = 1 1/2  cwn air )
1/2 cawan susu cair
2 helai daun pandan
3 sudu besar tomato puri
3 sekawan ( bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga )
Sedikit minyak / marjerin
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub pati ayam
Garam & gula secukup rasa
 
 
Cara-cara
  1. Beras direndam selama 30 minit, kemudian basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
  3. Bila dah layu, masukkan tomato puri. Kacau-kacau. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kiub pati ayam dan garam. Kacau lagi.
  4. Kemudian, pindahkan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa. Bila dah kering, kacau sekejap guna garfu. Akhir sekali, taburkan kismis dan bawang goreng.
 
 
 
 
Nasi Tomato Simple

 
 
Ayam Masak Merah
 
1/2 ekor ayam
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 sekawan
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air- anggaran- ( kalau nak berkuah, letak lebih )
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar - hiris ( hiasan )
Daun bawang
Kacang peas dalam tin
 
Cara-cara
  1. Ayam dilumurkan dengan garam dan kunyit. Kemudian digoreng.
  2. Kisarkan bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dan tumiskan bahan * sampai naik minyak.
  3. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau- kacau.
  4. Kemudian masukkan air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris. Boleh masukkan kacang peas jika suka.
  5. Gaul hingga semuanya sekata. Bila dah masak, tutup api. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
 
 
 
 
Nasi Tomato Simple

 
 
Acar Nenas & Timun Bersunquick
 
1/2 biji nenas
1 batang timun
2 biji cili merah
2 sudu besar oren sunquick
Garam & gula
 
Cara-cara
  1. Potong nenas dan timun. Hiris cili. Gaulkan semua bahan dan siap.
 
 
Nasi Tomato Simple
 


Wednesday, 9 April 2025

Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
       Assalamualaikum & selamat pagi semua. Harini aku nak share resepi nasi ayam. Mudah ja resepi nasi ayam ni. Yang ni guna air fryer. Kalau bakar guna air fryer ni bahan salutan dia lekat elok kat ayam tu. Kalau goreng dengan minyak dia macam nak tekeluar dari ayam tu. Kalau goreng pun nanti minyak tu cepat hangit. Nak kena tapis buang bekas kicap & sos tiram tu... Kuah kicap tu aku tambah sup & cili potong. Ayam pun aku potong kecik sebab senang nak susun dalam air fryer tu. Untuk kicap aku tambah sup & cili potong. Kalau sapa-sapa nak buat open house untuk tetamu yang tak ramai boleh la buat nasi ayam ni... 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
Nasi Ayam ( Air Fryer )
 
Bahan Sup
1 ekor ayam - potong 4 ( aku potong kecil² )
7 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
3 inci halia - kisar
1 sup bunjut
3 ketul kiub ayam
3/4 sudu besar garam atau secukupnya 
1/4 cawan minyak masak
 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar untuk sup sehingga naik bau.
  2. Masukkan 10 cawan air, sup bunjut dan kiub ayam.
  3. Setelah mendidih, masuk ayam dan rebus sehingga ayam 3/4 masak sahaja.
  4. Sesuaikan rasa. Sup mesti sedap dan secukup rasa.

 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 
Nasi
4 cawan beras basmathi - basuh dan tos kering
5-6 cawan air rebusan
1 helai daun pandan
1 sudu besar mentega + 5 sudu besar minyak biasa
50 gram halia - kisar
25 gram bawang putih - kisar
Sedikit serbuk kunyit
 
Cara-cara
  1. Masukkan mentega dan minyak ke dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Tuang ke atas beras yang telah dibasuh dan ditos kering.
  2. Masukkan daun pandan, sedikit serbuk kunyit dan air rebusan secukupnya. Masak dalam periuk elektrik seperti biasa.
     
.
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 Ayam
Ayam yang direbus
2 senduk kicap cap kipas udang
3 sudu besar sos tiram
Madu, jika suka
 
Cara-cara
  1. Keluarkan ayam dari air rebusan. Masukkan kicap dan sos tiram secukupnya.
  2. Susun ayam atas aluminium foil di dalam air fryer. Bakar dalam 5 minit. Lumur madu dan bakar lagi selama 5 minit.
  3. Ketuk ayam dengan pisau untuk mengeluarkan air dan potong ikut yang disukai.

 

Nasi Ayam ( Air Fryer )



Bahan sambal cili
3 tangkai cili merah - 60 gram
½ biji buah tomato - 52 gram
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar air
 
Cara-cara
  1. Masukkan cili dan tomato di dalam blender dan kisar dengan air sehingga hancur. Masukkan bahan lain secukup rasa. Sesuaikan rasa.

 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

 
 
Kuah Kicap
  1. Kicap lebihan perap ayam tadi dihidangkan dengan nasi ayam. ( aku tambah cili & sup ayam )
 
 
 
Nasi Ayam ( Air Fryer )

Saturday, 29 March 2025

Kek Lapis Gula Apong Cheese

Kek Lapis Gula Apong Cheese

 
      Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi terakhir kek lapis raya ni. Kek lapis gula apong cheese. Tahun lepas pernah buat tapi bukan versi ada cheese... Yang ni dah upgrade letak cheese. Rasa dia unik dengan gabungan rasa pandan. Terasa manis jugak kek ni. Kalau nak kurangkan manis rasanya tak payah letak gula la. Gula pun dia tak letak banyak. Sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Nanti sambung lagi resepi kek lapis masa raya haji pulak... Byeee...
 
 
 
Kek Lapis Gula Apong Cheese 
 
 
Kek Lapis Gula Apong Cheese
C&P : Dapur Kitak

500 gram butter
50 gram gula
1 sudu besar ovalette
260 gram susu pekat
100 gram kaya
10 biji telur gred A
100 gram horlicks
300 gram tepung hong kong/pau
250 gram gula apong
100 gram santan serbuk
2 sudu besar browning sugar ( gula hitam )
250 gr cream cheese
2 sudu besar pandan paste
warna putih secukupnya.


Cara-cara
  1. Satukan ovalette, butter dan gula halus. Pukul hingga kembang dan bertukar jadi warna putih.
  2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese sehingga kembang. Masukkan cream cheese yang telah dipukul kembang dalam adunan butter tadi. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu.
  4. Masukkan kaya, susu pekat dan esen vanila. Putar sebati.
  5. Masukkan gula apong. Sebatikan.
  6. Masukkan serbuk santan dan horlicks. Sebatikan.
  7. Masukkan tepung hong kong/pau sedikit demi sedikit. Sebatikan.
  8. Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Satu bahagian masukkan pandan paste. Sebatikan. Satu bahagian masukkan warna putih. Sebatikan. Satu bahagian masukkan gula hitam. Sebatikan.
  9. Sediakan loyang 9×9×3 dan alas dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 180C° Masukkan adunan pandan. Ratakan. Bakar guna api atas dan bawah.
  10. Masukkan adunan pandan lagi. Ratakan. Bakar guna api atas sahaja.
  11. Sambung 2 lapisan adunann putih dan 2 lapisan adunan gula hitam. Buat sehingga habis adunan.

 
 
Kek Lapis Gula Apong Cheese