Sunday, 4 November 2012

Raspberry and Coconut Slice Cake


   Salam semua.... Hari ni aku nak tunjuk satu projek yang aku buat pagi tadi. Saja nak cuba. Ni pun sebab ada orang sedekahkan bahan-bahan untuk buat kek. Alhamdulillah, tak payah keluar modal... Hehehe... Orang yang sedekah tu cakap dia tak sempat nak buat kek lepas raya, so dia bagi kat aku. Lagipun dia takut bahan-bahan tu sampai tarik lupu. Nanti kena masuk dalam cik tong sampah pulak. Rugi, rugi....Resepi ni aku dah ubuh. Bukan apa, bahan tak berapa nak cukup. Kita guna la apa yang ada... Kalau nak tengok resepi asal, sila klik sini. Meh tengok cara aku buat...



Bahan-Bahan

Bahan lapis bawah
-110gm tepung gandum*
-40gm tepung naik sendiri*[ diayak bersama ]
-90gm minyak jagung
-1 biji telur
-1 sudu teh esen vanila
-1/4 cawan jem raspberry
-110gm gula kastor

Bahan topping
-3 putih telur
-50gm gula kastor
-1 1/2 cawan kelapa kering


Cara-Cara
  1. Panaskan oven 180c. Gris loyang 20cm x 30cm x 2cm. Alas dengan kertas minyak. Lanser kertas tadi. Biar kertas lebih pada kiri dan kanan loyang bagi mudah keluarkan kek.
  2. Untuk lapis bawah, putar telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila dan diikuti dengan minyak jagung. Pada kelajuan perlahan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata. Alih kedalam loyang. Ratakan dan bakar selama 15 minit atau kelihatan perang. Keluarkan dan biar sejuk.
  3. Sapu jem bagi rata. Guna berus pastry. Ketepikan.
  4. Untuk topping, pukul telur dan gula hingga larut menggunakan whisk. Masukkan kelapa kering. Gaul rata dengan spatula. Tuang atas no.3. Ratakan dan tekan sedikit bagi padat. Sambung bakar selama 25 minit pada 180c. Biar sejuk baru potong.








minum dengan teh panas waktu petang memang best...


4 comments:

  1. thx 4llow my blog...salam perkenalan...:)

    nmpk sedap kek tu....:)

    ReplyDelete
  2. emmmemm...mcm biskut ekkk? nampak sedap

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...