Monday, 30 June 2014

Puding Laici Dangdut



      Assalamualaikum.... Ni menu untuk berbuka hari ni... Menu ringkas ja... Puasa-puasa ni memang nak makan yang sejuk-sejuk dan maniskan... So, aku pun buat la puding laici dangdut ni... Mula-mula tu heran jugak apasal  letak perkataan dangdut tu.... Bila tengok keadaan puding tu yang goyang-goyang ala inul dok gelek tu baru perasan... Huhuhuuu... Tapi jangan buat hal pulak bulan posa ni dok pi cari club dangdut dah la yeee... Hihihihii... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan pastu aku carik-carikkan isi laici dan letak dalam bekas puding tu. Memang tak dapat bayangkan rasa puding ni masa waktu berbuka nanti. Buat masa ni sabar dulu. Cuma tinggal berapa jam ja lagi... Ok la, jom kita tengok resepi dia pulak...





PUDING LAICI DANGDUT
By : Kak Hanieliza
Rujukan : Yatie
C&P : Kak Ita


-10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
-2 liter air
-2 cawan gula
-2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
-1 tin susu cair


Cara-Cara
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali) tapis dulu.
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.






Sunday, 29 June 2014

Kek Lapis Kastad Keladi dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa



     Assalamualaikum dan selamat malam semua... Alhamdulillah hari ni merupakan 1 Ramadan 1435H. Syukur kepada ALLAH sebab kita dapat bertemu lagi dengan bulan ramadan... Dugaan berpuasa hari ni memang tak terasa sangat sebab masa tengahari tadi hujan turun... Dua tiga hari lepas memang panas memanjang. Tapi tadi hujan turun. Lepas berbuka pun hujan turun sekali lagi. Tak terasa sangat dahaga dan letih... Memang rahmat betul bulan puasa ni... Mudah-mudahan hari-hari yang akan mendatang pun dapat kita tunaikan ibadah puasa dengan tenang. Aminnn... Ok la sempena bulan ramadan ni aku buat kek yang agak sesuai untuk makan masa berbuka nanti. Kek kastad keladi. Sebelum ni pernah buat perisa pandan, kali ni cuba keladi pula... Memang sedap. Kek ni memang sesuai kalau makan waktu sejuk-sajuk. Terima kasih Kak Naz sebab berkongsi resepi yang sedap ni.. Ok la, jom tengok resepinya...





KEK KASTAD KELADI (adaptasi daripada Kek Kastad Pandan)


Kek Span Keladi

Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 tsp baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 tsp ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 tsp esen vanilla
-Perisa keladi dan pewarna purple
-50 ml minyak masak


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.




Kastad Keladi

Bahan-bahan:
-1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
-1 cawan gula kastor
-10 gm serbuk agar-agar
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
-Secubit garam
-Perisa keladi dan pewarna purple


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.

** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.






Cara Melapis Kek Kastad
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.





Wednesday, 25 June 2014

Congo Bars



     Assalamualaikum semua... Kali ni aku mencuba resepi congo bars pulak... Tak sangka nak buat congo bars ni sangat mudah. Tak payah guna mixer pun cuma guna spatula ja... Rasa congo bars ni sangat sedap bila ada kekacang pecan. Walaupun harga kacang pecan ni agak mahal, tapi amat berbaloi sebab congo bar ni betol-betol sedap. Kalau nak tukar kekacang lain macam walnut atau almond pun ok jugak... Tak letak pun tak pa... Ditambah pula dengan rasa coklat dari coklat chips tu. Untuk coklat chips tu aku guna yang saiz kecil dan yang saiz besar. Walaupun aku dah kurangkan gula, tapi rasa manisnya masih lagi terasa. Ni mungkin disebabkan kemanisan dari coklat chips tu la kot.. Untuk congo bars ni aku bakar guna loyang 10x10. Sebab tu ja loyang paling besar yang aku ada. Nampak tinggi la sikit congo bars aku ni... Ok la, jom kita layan resepi dia pulak...





Congo Bars
Sumber : Rima
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-315 gm tepung gandum
-2 1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil garam
-150 gm butter
-320 gm gula perang - boleh kurangkan [ aku letak 250gm ]
-3 biji telur
-1 sudu kecil esen vanila
-250 gm chocolate chips
-1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
-Kepingan badam untuk taburan - optional


Cara-Cara
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila.Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
  6. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 [ aku guna loyang 10 x 10 ] yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.







Thursday, 19 June 2014

Cheezy Crunchy Carrot Cake



     Assalamualaikum.... Helloo, hellooo semua... Apa khabar...? Nampak gayanya dua tiga hari ni cuaca semakin panas... Harap-harap bulan puasa ni dapat la harungi dugaan cuca panas jika masih berlarutan... Hari ni aku bersiaran dengan kek lobak merah... Memang sedap kek lobak merah ni... Ingat lagi dulu-dulu, kalau orang sebut kek lobak merah mesti pikir errkkk, sedap ke...? Tapi bila dah tau buat baru tau sedap ke tak.... Ni resepi yang ketiga aku cuba buat... Yang ni memang lain sikit, sedapnya berlipat kali ganda.... Dah kek ni salut dengan parutan keju, letak pulak croqant yang sangat rangup... Lagi memikat kalbu bila makan kek ni... Kalau nak tau sedap macam mana rasa kek ni kena la buat sendiri... Terima kasih kak ita untuk resepi yang sangat sedap nii...




Cheezy Crunchy Carrot Cake
C&P : Kak Ita

Kek Lobak Merah
-200 gm tepung gandum atau tepung kek
-1/2 sudu besar soda
-1/2 sudu teh serbuk kayu manis
~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak. Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.

-250 gm lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gm tadi

-150 gm nenas dalam tin
~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.

-100 gm almond nibs
~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C

-40 gm kelapa kering
-80 ml jus nenas dalam tin

-240 gm gula halus
-180 gm minyak jagung
-2 biji telur A saiz


Kaedah Penyediaan
  1. Putar gula dan telur hingga kembang. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
  2. Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering. Gaul sebati. Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati. Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna.
  3. Sediakan loyang ukuran 8 inc.. Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang. Tuangkan adunan.
  4. Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. Bakar kek selama 1 1/2 jam.
  5. Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai







Krim Keju [ aku buat dua kali ganda ]

-150 gm *cheese / keju (philadelphia / tatura atau apa2 brand yang halal)
-30 gm mentega tanpa garam
-60 gm gula icing
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu teh lemon paste
*Cedar Cheese untuk hiasan ~ diparut halus( yg ni blh guna kraft, embrog sekadar memberikan beberapa brand, boleh cari di pasaran yg halal)


Cara-Cara
  1. Pukul *cheese ( philadelphia / tatura) dan gula aising hingga kembang. Tambahkan mentega, vanilla dan pes lemon.
  2. Pukul adunan sebati.



Croqant

-100 gm badam cincang [ aku guna almond nibs ]
-100 gm gula
-20 gm butter


Cara-Cara
  1. Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam dan nampak kuning keemasan
  2. Tutup api dan masukkan mentega. Kacau hingga rata dan berderai.






Penyediaan Kek
  1. Bila kek kita dah masak, potong bahagian atas yang keras.
  2. Kemudian kita potong kek kepada 2 @ 3 bahagian.
  3. Letak kek atas lapik kek atau pinggan.
  4. Letakkan 1 keping kek, letak krim keju dan ratakan.
  5. Tutup selapis kek lagi dan salutkan keseluruhan kek dengan krim keju.
  6. Salutkan kek dengan parutan keju* cedar (kraft, embrog).
  7. Akhir sekali hiaskan dengan taburan croqant.






Sunday, 15 June 2014

Green Velvet Pandan Cake & Cheese Meleleh



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Dan selamat hari bapa jugak kepada seluruh bapa-bapa kat dunia ni... Tak lupa juga kepada ayah aku... Selamat hari bapa ayah... Sayang ayah... Sempena hari bapa ni aku pun saja-saja rajin buat sebijik kek yang sangat sedap dan sangat sedap. Tu ja yang boleh aku katakan... Kalau tengok tekstur kek ni memang nampak padat.. Resepi kek ni memang sesuai untuk orang yang suka kek yang agak padat.. Padat ye, bukan keras.... Selalu buat kek ala-ala kek span, tapi kali ni cuba yang agak padat sikit. Kena pulak dengan cheese meleleh tu, lagi la meleleh air liur... Ada lagi parutan keju, lagi naik juling mata... Hahahaaa... Sangat sedap bila aroma pandan bergabung dengan adunan cheese ni... Terima kasih along sebab share resepi yang boleh buat ayaq liuq meleleh... Hihihihiii... Ok la, jom tengok resepi sebelom air liur tu meleleh lagi banyak...






Green Velvet Pandan Cake & Cheese Meleleh
Saiz: 9" bulat [ aku guna 2 biji loyang bulat8'' ]

BAHAN2 KEK:
-225g Mentega
-350g Gula
-150g Telur Putih
-430g Tepung Gandum*
-2 sb Serbuk Koko*
-1½ sb Baking Powder*
-½ st Garam* (*ayak/campur)
-150ml Susu Segar**
-200ml Santan Lemak**
-1 tbsp Pes Pandan**
-1 st Serbuk Pewarna Hijau (** campur)


Cara-Cata
  1. Pukul mentega & gula sehingga kembang. Masukkan telur putih sedikit2 sambil di pukul. Masukkan tepung* dan campuran susu** berselang-seli sehingga sebati.
  2. Tuang adunan ke dlm acuan yg di lapik kertas & di minyakkan. Bakar 170C selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan di atas radai sebelum di hias.




CREAM CHEESE FROSTING
Source: AlongRoz@HomeKreation

Bahan-Bahan
-125g Cream Cheese
-25g Gula Aising
-100ml Whipping Cream
-½ st Esen Vanilla


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese & gula sehingga rata
  2. Masukkan EV & gaul rata.
  3. Pukul whipping cream sehingga kental & gaulkan ke dlm adunan cream cheese.
  4. Sedia untuk di gunakan.


SOS CHEESE MELELEH
Source: Along amik kat blog Mamasya (TQ juga pemilik asal nya). Resipi Along dah separuhkan.

Bahan-Bahan

-125g Cream Cheese
-60g Susu Pekat
-25ml Susu Cair

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese & susu pekat sehingga rata.
  2. Masukkan susu cair sehingga kepekatan yg di kehendakki.




Cara Penyediaan Kek

-1 cawan fresh cream dipukul hingga kental

  1. Potong setiap kek menjadi 2 lapisan & lapiskan dengan adunan cream cheese frosting untuk setiap keping kek.
  2. Sapukan fresh cream sekeliling kek.
  3. Tuang sos cheese meleleh di atas kek & tabur parutan keju cheddar di atasnya.






Saturday, 7 June 2014

Roti Goreng Sosej




     Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Salam berhujung minggu jugak... Dah lama aku tak update blog waktu pagi-pagi ni... Bila dah ada masa ni aku pun rajin-rajinkan la... Huhuhuuu... Kalau ikutkan macam nak tidor jer... Hihihiii... Disebabkan aku bangun awal ni, aku nak share resepi yang sangat ringkas. Memang sesuai kalau buat untuk sarapan pagi.. Kanak-kanak pasti suka... Aku yang bukan kanak-kanak ni pun suka sangat... Huhuhuu... Yang sedap tu sebab ada bread crum.. Rangup la bila kita gigit roti tu... Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah tuuu..







Roti Goreng Sosej
C&P : Kak Wan


Bahan-bahan
-6 keping roti sandwich
-6 batang sosej
-2 biji telur (asingkan 1 putih telur) - dipukul
-Breadcrumbs (serbuk roti) secukupnya
-Minyak untuk goreng terendam


Cara-cara :
  1. Gelek roti dengan pengelek hingga nipis.
  2. Celup sosej ke dalam putih telur, letakkan diatas roti, kemudian gulung kemas. Gamkan tepi roti dengan telur putih supaya tidak terbuka. Buat hingga habis.
  3. Kemudian celupkan ke dalam kuning telur dan golekkan ke atas serbuk roti.
  4. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keperangan.
  5. Hidang dengan sos cili atau mayonis.








Monday, 2 June 2014

Chilled Chocolate Cheesecake in Jar



     Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Alhamdulillah dah masuk bulan 6 kita sekarang ni. Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan... Rasa tak sabar nak sambut bulan puasa. Lepas ni boleh la layan menu untuk berbuka puasa pulak. Macam-macam aku dah plan nak try dessert & kuih masa bulan puasa ni... Tapi tu cuma rancangan ja, kalau tak rajin memang tak jadi la nampaknya... Hihihiii... Ok la, jom tengok resepi yang aku nak tunjuk hari ni pulak. Kali ni buat cheese cake dalam jar. Sangat senang nak makan. Kalau tak habis boleh simpan balik dan makan semula kalau tetiba lapar. Sangat sedapp.. Tu yang aku boleh katakan. Sebabnya cheesecake ni digandingkan dengan coklat... Lazat tak terkata... Ok la, jom tengok resepinya...




Resepi Chilled Chocolate Cheesecake in Jar.
Olahan Resepi : AnnaQawina
(make 4 jars 200ml)


Bahan-bahan :
-125g cream cheese, suhu bilik
-137g @ 1 bekas kecil yogurt
-30g gula kastor
-125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)(Brand Vivo)
-1/2sdb + 1/2st gelatin Halagel
-2sdb air hangat
-Chocolate Ganache : Cairkan dan biarkan menyejuk pada suhu bilik sebelum digunakan
-200 grm coklat masakan@compound Choc.
-100 ml susu cair
-1 sdt butter


Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese, gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan yogurt, gaul rata.
  3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata).
  4. Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yogurt cheese. Gaul rata.
  5. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream yg telah dipukul kental tadi ke dalam adunan. NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.
  6. Kaup balik rata-rata, sedia untuk digunakan.
  7. Sediakan jar @ bekas pilihan, paipkan@sudukan adunan cheesecake tadi ke dalam jar, lebih kurang 3@4 sudu besar, kemudian paipkan choc.ganache@apa2 filling kesukaan, seterusnya paipkan adunan cheese sekali lagi, buat sampai hampir penuh jar anda.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.


*Cake in jar ini boleh dimakan dengan menggunakan sudu, tak perlu letak base @ kalau nak letak base bolehlah hancurkan apa2 biskut pilihan ataupun lebihan2 kek boleh juga diramas kasar & masukkan ke dalam jar sebelum diletakkan adunan cheese tadi.