Assalamualaikum dan selamat malam.... Hari ni aku nak share resepi dessert yang agak popular kat tiktok. Tengok banyak orang dok buat jual. Aku pun terasa la jugak nak makan. Nak tau rasa macam mana dessert ni... Kalau nak beli rasanya mahal jugak sebab harga buah pun mahal. Bila dah siap, memang sangat la sedap. Nak-nak makan time sejuk-sejuk.... Nyaman ja tekak ni. Untuk buah boleh pilih buah kegemaran masing-masing. Untuk resepi ni aku buat separuh adunan. Dapat la 3 bekas. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....
Puding Buah Kuah Kastard
C&P : Mr. Ali
Bahan - bahan :
Bahagian Puding
5g serbuk agar agar
4 cawan air (1 liter air)
1/2 cawan gula (100g)
Bancuh 3 sudu makan tepung kastard ( tak perlu membukit) + sedikit air sejuk
1 tin susu cair
sedikit garam
sedikit essen vanila
1 biji telur yg dah disebatikan
Cara - Cara
- masukan semua bahan dan kacau hingga mendidih dan matikan api
- tunggu adunan sejuk dulu baru masuk dalam bekas.
- sejukkan selama 1 jam di dalam peti
Bahagian Kuah Kastard
2 cawan air (500ml)
5 sudu makan gula
2 sudu makan tepung kastard bancuh dengan sedikit air sejuk
sedikit garam
1 cawan susu cair (250 ml)
1 cawan dairy whipping cream (200ml) ( kalau takde pakai susu full cream. sukatan sama )
Cara - Cara
- masukan semua bahan
- kacau hingga mendidih dan matikan api
- tunggu kuah sejuk dulu baru pindah dalam bekas lain dan sejukkan dalam peti
- Hias puding dengan buah buahan yg anda suka dan masukkan kuah kastard bila nak makan sahaja. Jangan tuang semua siap2 . Nak makan baru tuang.
- Ketahanan : 2 -3 hari di dalam chiller / peti