Monday, 5 January 2026

Snickers Cake

Snickers Cake


       Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ni awai pulak aku timboi nak share resepi kek. Kek ni dah lama habis, cuma tak sempat nak update jaa... Bila dah ada masa ni boleh la share kat blog aku ni. Resepi ni aku alih bahasa melayu ikut apa yang aku paham la. Aku tak ikut 100% cara asal resepi ni. Ada yang aku ubah. Bagi aku kek ni sedap, cuma manis ja. Tu la masalah kek kalau kita amek resepi dari mat saleh. Kalau tak nak manis sangat, memang kena kurangkan gula kat krim tu. Ye la, salted caramel sauce tu dah manis. Tambah pulak krim manis. Bertambah la manis kek tu... Hahaaa... Sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah ni. Byeee...
 


Snickers Cake
 
 Chocolate Cake
 
250gm tepung gandum
300gm gula kastor ( aku guna 250gm gula perang )
60gm serbuk koko
1 tsp baking soda
1 tsp kopi segera
1/2 tsp garam
280ml susu full cream
2 biji telur gred A
60ml minyak sayur ( aku guna minyak jagung )
56gm butter ( cairkan )
1 tsp cuka
 
Cara-cara
  1. Sediakan 4 biji loyang 6 inci. Alas dasar dengan baking paper. Panaskan oven 175°C
  2. Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung, gula, serbuk koko,serbuk kopi segera, baking soda dan garam. Whisk sebati.
  3. Masukkan susu, telur, oil dan butter cair. Mix dengan mixer lebih kurang 15 saat.
  4. Masukkan cuka dan sebatikan.
  5. Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
  6. Bila dah masak, sejukkan di atas redai. Bila kek dah sejuk, balut kek dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk sehingga sampai masa untuk menghias kek. 
 


Salted Caramel Sauce
 
200gm gula kastor
200ml heavy whipping cream ( panaskan ) ( aku guna double cream )
55gm butter
1/2 tsp garam
 
Cara-cara
  1. Panaskan gula. Bila gula dah mula cair, gaul dengan sudip kayu. Sentiasa kacau supaya gula menjadi perang sekata.
  2. Bila gula dah cair sepenuhnya, guna api paling kecik sekali. Tuang heavy whipping cream yang telah dipanaskan dengan perlahan-lahan dan whisk supaya bergaul rata. Hati-hati sebab akan ada gelembung meruap bila letak cream.
  3. Tutup api dan masukkan butter dan garam. Whisk sehingga sebati.
  4. Biarkan sejuk sebelum digunakan. 

 
Peanut Butter Buttercream
 
113gm unsalted butter
130gm creamy peanut butter
125gm gula aising
1/2 tsp esen vanilla
1/8 tsp garam
 
Cara-cara
  1. Satukan butter dan peanut butter kemudian pukul sehingga kelihatan pucat. Kikis tepi dan bahagian bawah mixing bowl dengan spatula.
  2. Masukkan gula aising, esen vanilla dan garam. Pukul sehingga adunan sebati. 

 
Salted Caramel Buttercream
 
113gm unsalted butter
100gm salted caramel sauce
125gm gula aising
 
Cara-cara
  1. Satukan butter dan salted caramel sauce dan pukul selama 2 minit atau sehingga kelihatan pucat atau gebu. Kikis tepi dan bahagian bawah mixing bowl dengan spatula.
  2. Masukkan gula aising dan pukul sehingga adunan sebati. 

 

 
Chocolate Ganache
 
60ml heavy cream ( aku guna double cream )
55gm bittersweet chocolate ( aku guna dark chocolate )
 
 Cara-cara
  1. Cairkan chocolate dan heavy cream menggunakan kaedah double boiler.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Sejukkan dahulu sebelum digunakan. 

 
Cara Melapis Kek
 
140gm kacang kacang tanah ( bakar dan hancur kasar )
Coklat snickers dipotong separuh
 
Cara-cara
  1. Potong bahagian atas kek yang tidak sekata. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan peanut butter buttercream dan ratakan. Paipkan tepi kek dengan salted caramel buttercream. Tujuan supaya salted caramel sauce tidak meleleh keluar. Tabur kacang tanah. Paipkan salted caramel sauce. Letak sekeping kek lagi. Ulang hinga lapisan kek yang terakhir. Simpan sekejap dalam peti sejuk supaya krim keras sedikit.
  2. Keluarkan kek dan salut seluruh kek dengan salted caramel buttercream. Bila dah selesai simpan sekejap dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan kek dan salut tepi kek dengan kacang tanah yang dihancur kasar pada bahagian tepi bawah kek. Kemudian  paipkan salted caramel sauce pada bahagian atas tepi kek. Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan kek dan paipkan pula chocolate ganache. Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  5. Keluarkan kek dan paipkan keliling kek dengan baki salted caramel buttercream dengan nozzle yang sesuai. Tuang lebihan chocolate ganache pada bahagian tengah kek. Susun chocolate snickers keliling kek.
  6. Simpan dahulu kek sebelum dipotong. 


Friday, 2 January 2026

Durian Fresh Cream Cake


       Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sebelum tu selamat tahun baru. Walaupun lewat, tapi tetap timboi dengan resepi kek tahun baru. Hahaaa.... Tahun ni kita mula dengan resepi kek durian. Kek ni special sikit sebab kek span dia letak isi durian. Lagi bertambah la rasa durian tu. Kat krim tu aku letak tak banyak durian. Kalau nak lagi umphh, sila tambah isi durian tu. Harga durian pun tak la mahal sangat. Durian black thorn ni sekilo RM25. Beli saiz kecik ja untuk kek durian ni. Yang untuk makan beli saiz besaq. Sapa² nak cuba kek durian ni boleh tengok resepi kat bawah tuuu... Byeee...
 


Durian Fresh Cream Cake
 
Durian Sponge Cake
 
Bahan A
105gm tepung kek
15gm tepung jagung
1 tsp double action baking powder
3 biji kuning telur
45gm gula kastor
65ml susu
45ml minyak
90gm isi durian black thorn ( kisar halus )
 
Bahan B
3 biji putih telur
40gm gula kastor
1/8 tsp cream of tartar
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven 160°C. Sediakan 3 biji loyang saiz 6 inci.
  2. Satukan semua bahan A dan whisk sehingga sebati.
  3. Pukul putih telur bersama cream of tartar menggunakan mixer sehingga berbuih. Masukkan gula dan pukul sehingga adunan stiff. Jangan overwhip.
  4. Satukan bahan A ke dalam bahan B. Kaup balik sehingga sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan bakar selama 25 minit atau sehingga kek masak. Bila dah masak, telangkupkan loyang dan biarkan kek sejuk. 



Durian Fresh Cream
 
100gm isi durian black thorn ( lebihkan kalau nak lebih rasa durian )
300ml fresh cream
 
Cara-cara
  1.  Kisar halus isi durian.
  2. Pukul fresh cream hingga kental.
  3. Satukan fresh cream dengan isi durian.
  4. Sedia digunakan. 



Cara melapis kek
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan durian fresh cream. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis.
  2. Paipkan seluruh kek dengan durian fresh cream. 
  3. Boleh hias tepi kek dengan almond strip dan paipkan atas kek dengan baki durian fresh cream menggunakan nozzle yang sesuai.
  4. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong. 

Monday, 22 December 2025

Red Velvet Cake

      
        Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Cuti² ni meh layan resepi kek red velvet. Tujuan asal aku buat red velvet ni sebab aku nak test red velvet cookie crumbs dari Grandea tu. Jadi cantik bila salut kat seluruh kek. Lepas ni tak payah la potong kat mana² bahagian kek kalau nak buat serdak² kek ni sebab dah ada yang jual dah. Mudah keja kan. Resepi kat bawah ni aku buat separuh adunan daripada resepi asal. Sapa nak cuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Byeee....

 
Red Velvet Cake
C&P : tiktok sabsweets
 
60gm butter
100gm gula
155gm tepung gandum
1/2 sudu baking powder
1 tbsp serbuk koko 
1 biji telur
110ml minyak sayuran ( aku guna minyak jagung )
120ml buttermilk
1 tsp esen vanilla
1 tbsp pewarna merah
 
 
Cara-cara
  1. Pukul butter, esen vanilla dan gula hingga kembang. Masukkan minyak pukul sebati. Masukkan telur, pukul sebati. Masukkan buttermilk dan pewarna merah. Sebatikan.
  2. Ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Satukan dengan adunan butter tadi. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga habis. Sebatikan.
  3. Bahagi adunan sama banyak kepada 3 bahagian. Bakar menggunakan loyang 6 inci selama 20 minit atau sehingga kek masak pada suhu 180°C ( ikut oven masing² )



 
Cream Cheese Frosting
 
150ml whipped cream ( aku guna 250ml double cream )
250gm cream cheese
40gm gula aising
1 tsp esen vanilla
 
Cara-cara
  1. Ayak gula aising. Satukan semua bahan dalam mixing bowl. Mix hingga sebati.
  2. Sedia digunakan. 


 
Cara Melapis Kek
 
Red velvet cookie crumbs secukupnya 
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan cream cheese frosting. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang langkah yang sama untuk lapisan kek yang berikutnya.
  2. Salut seluruh kek dengan baki cream cheese frosting.
  3. Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan dan salut seluruh kek dengan red velvet cookie crumbs.
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. 

Chocolate Moist Cake with Chocolate Cremeux



       Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni aku nak share resepi kek yang agak popular kat mana² media sosial. Pakat dok tunjuk kek coklat yang banyak lapis dengan krim chocolate cremeux. Aku pun apa lagi, kena la cuba. Aku buat versi bulat sebab bagi aku versi bulat ni senang nak handle dari versi segi empat tu. Resepi kat bawah ni asal dia buat versi segi empat, aku ubah buat guna loyang 6 inci. Cremeux ni dia agak lembut. Testur macam puding² giteww... Memang kena sejukkan dulu dalam peti ais baru boleh nak salut dekat kek. Sapa² nak Cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byee....

Chocolate Moist Cake with Chocolate Cremeux 
C&P : Tiktok nahlahrsl 
 
Chocolate Moist Cake
 
250gm gula perang
160ml buttermilk
160 minyak sayur ( aku guna minyak jagung )
120gm yogurt
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
 280gm tepung gandum
1 tsp baking powder
2 tsp baking soda
1/2 tsp garam
250ml air panas
1 tbsp kopi segera
50gm serbuk koko
 
Cara-cara
  1. Satukan gula perang, buttermilk, minyak sayur, yogurt, telur dan esen vanilla dalam mixing bowl. Whisk hingga sebati.
  2. Masukkan tepung, baking powder, baking soda dan garam yang telah diayak. Sebatikan.
  3. Satukan serbuk kopi segera dan serbuk koko dalam air panas. Kacau hingga larut. Tuang dalam adunan tepung tadi. Sebatikan.
  4. Bahagi adunan sama banyak kepada 3 bahagian. Bakar dalam loyang 6 inci selama 30 minit atau sehingga kek masak.



Chocolate Cremeux
 
200gm dark chocolate
120ml susu segar
120 ml whipping cream ( aku guna double cream )
2 biji telur + 1 kuning telur
25gm gula
 
250gm cream cheese
15gm serbuk koko
30gm gula aising
120ml whipping cream ( aku guna double cream )
 
Cara-cara
  1. Satukan telur, kuning telur, susu segar, whipping cream dan gula dalam pan.
  2. Masak dengan api perlahan. Sentiasa whisk. Masak sehingga kelihatan sedikit likat dan terus tutup api.
  3. Tapis adunan ke dalam dark chocolate. Gaul sehingga kesemua dark chocolate cair. Tutup permukaan adunan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
  4. Satukan cream cheese, esen vanilla, serbuk koko dan gula aising dalam mixing bowl. Putar sehingga sebati. Setelah sebati, masukkan whipping cream dan sebatikan.
  5. Masukkan adunan chocolate cremeux dan sebatikan.
  6. Simpin adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum diguna. Pastikan adunan dilapik dengan cling wrap atau lebih mudah masukkan dalam piping bag.

Chocolate Moist Cake with Chocolate Cremeux


Cara Melapis Kek
  1. Potong atas kek yang merekah, keras atau tidak sekata. Kemudian potong pada tengah kek. Akan ada 6 lapisan kek kesemuanya.
  2. Letak cake ring saiz 6 inci atas papan kek. Masukkan plastik mika dalam cake ring tersebut. Kemaskan. Pastikan guna plastik mika yang tinggi sebab kek akan tinggi.
  3. Masukkan lapisan kek yang pertama dalam cake ring. Paipkan Chocolate Cremeux. Ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir. Setelah siap, simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam.
  4. Setelah beberapa jam, keluarkan kek dan buka plastik mika. Kemaskan tepi-tepi kek. Paipkan seluruh kek dengan Chocolate Cremeux. Kemaskan kek.
  5. Sejukkan dahulu kek sebelum di potong. Boleh tabur atas kek dengan flaky sea salt jika suka.