Friday, 1 July 2016

Biskut Bangkit Cheese



   Assalamualaikum.... Ni adalah kuih traditional yang dah jadi moden sebab dah tambah cheese.... Memang sedap baq hang... Lemak-lemak masin, cair dalam mulut... Tak dapat nak bayang... Satu ja aku nak bagitau, biskut ni akan kembang tau... Baik jarak-jarakkan. Kalau tak mesti melekat.... Rasanya ni pun biskut yang last aku share kat sini... Kalau ikutkan ada lagi tiga jenis... Tapi rasanya lain kali la aku share... Tambah-tambah biskut samperit aku yang kembang setaman... Salah tang mana tak tau la... Padahal dah dua kali aku buat sebelum ni... Tahun ni buat tak mau jadi pulak... Sedih-sedih... Nanti kena cuba lagi laa... Tapi aku ni bukan boleh kira, kalau rajin ada la resepi aku share lepas nii... Apa-apa pun selamat hari raya....Maaf zahir & batin...




Biskut Bangkit Cheese
Resipi : Diana FRD
Sumber : AlongRoz@HomeKreation

C&P : K1

Bahan-bahan
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam - K1 tk letak
70g Parutan Keju Cheddar
Parutan Keju - utk hiasan


Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan pukul sebati.
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan uli hingga sebati.
  3. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
  4. Susun di dalam loyang yang bergris, sapu permukaan biskut dengan kuning telur dan tabur dengan parutan keju di atasnya.
  5. Bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 15-20 minit.


Kek Lapis Mud Oreo ( Layered Oreo Mud Cake )


    Assalamualaikum... Selamat pagi semua.... Hari ni gigih aku update resepi awal-awal pagi.... Huhuhuu... Ni adalah kek lapis yang ketiga untuk raya nanti... Dan yang last sekali. Kalau ikutkan ada satu lagi kek lapis yang aku buat... Disebabkan tak berapa nak jadi, aku pun tak jadi nak share la kat sini... Berbalik pada resepi kek lapis ni, bila tengok-tengok rupa dia macam kek lapis idola yang aku buat tahun lepas. Yang bezanya kat bahagian tengah tu ja... Lapis idola tu letak milo, tapi yang ni letak serbuk oreo... Sedap ooo... Mesti cuba tau... Sempat lagi sebelum nak raya nii....





By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8.5"/9" persegi


BAHAN2 A:
10 bj Telur
16oz Mentega
1 gelas Gula Kastor (I'll add more next time)
1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#1
1 cwn Susu Pekat
1 cwn Sekaya
200g Horlicks
1 sb Ovalet

BAHAN B:
1/2 gelas (60g) Tepung Hongkong#2

BAHAN2 C:
1 gelas Tepung Biskut Oreo (ketepikan krim, blend biskut sehingga halus  sukat)
50g Cocoa Powder
100g Coklat - cairkan


CARA2
  1. Putar kesemua bahan2 A, kecuali mentega, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang 2x ganda. Masukkan mentega & putar lagi sehingga sebati.
  2. Asingkan 6 cwn kecil, campurkan bahan B sehingga sebati. Bahagikan kepada dua bahagian.
  3. Adunan selebihnya di campur dgn bahan2 C sehingga sebati.
  4. Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang. Lakukan sehingga tiga lapisan.
  5. Ratakan 1 cwn kecil adunan Oreo & grill dgn api atas sahaja sehingga masak. Ulangi sehingga habis kesemua adunan Oreo.
  6. Ratakan 1 cwn kecil bahagian tidak berwarna & grill dgn api atas sahaja sehingga perang. Lakukan sehingga tiga lapisan.
Nota: Setiap lapisan hendak lah di tekan dgn penekan kek lapis sebelum meratakan lapisan yg seterus nya supaya lapisan nya rata.