Thursday, 30 June 2016

Biskut Suji Almond



   Assalamualaikum semua... Seperti yang dijanjikan tadi, aku kata nak share resepi biskut kan... Haaa.... Ni dia... Mudah saja biskut ni... Tapi rasanya tak akan mengecewakanlah... Tudiaa.... Kebanyakan tahun ni aku buat biskut yang mudah-mudah jaa... Tak macam tahun-tahun sebelom ni... Tahun ni kurang rajin sikit nak kelebek-kelebek biskut ni... Kalau boleh nak buat yang gentel-gentel ja... Pastu tak mau yang guna bahan-bahan yang banyak. Nak jimat kos katakan... Ye la, la ni semua harga barang dah naik... Kena jimat-jimat sikit.... Ok lah, meh kita tengok resepi biskut raya niii....




Biskut Suji Almond
Resipi : Chef Zubaidah

C&P : K1

Bahan-bahan
150gm mentega
30gm minyak sapi
80gm gula kaster
1/2 tsp esen vanilla
50gm serbuk badam
60gm tepung suji
220gm tepung gandum
1/4 tsp serbuk penaik

Hiasan : Kuning telur dan badam nib


Cara-cara
  1. Sebatikan mentega, minyak sapi, gula dan esen vanilla.
  2. Kemudian masukkan pula tepung suji, tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk badam.
  3. Uli lembut adunan dan terap dengan acuan bulat.
  4. Sapukan kuning telur dan taburkan dengan badam nib.
  5. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit atau sampai kekuningan.


Kek Lapis Cheese Prune



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak share resepi kek lapis yang kedua pulak.... Kalau ikutkan resepi asal rasanya tak letak prune pun... Just kek lapis cheese biasa ja... Tapi nak bagi lagi umph letak la buah prune tu... Sedap jugak rasa kek lapis ni... Thanks ya kepada yang kongsi resepi ni.. Nanti petang-petang sikit aku share resepi biskut pulak... Ok la, takat sini dulu naaa... Sat gi kita jmpa lagi...





C&P : Coretan Dari Dapur

Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
280 gm gula kastor
250 gm topflour(wheat flour)guna tepung superfine
1 sudu makan ovelette
100 gm air ais(air sejuk)
250 gm krim keju
4 sudu makan susu pekat
400 gm mentega
buah prune secukupnya
warna ungu


Cara-Cara
  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang kemudian masukkan cheese pukul sebati tp jgn overbeat bila dah masuk cheese.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu letak warna ungu, satu lagi tanpa warna.
  6. Sendukkan 5 sudu besar adunan warna ungu dan ratakan. Bakar menggunakan api atas dan bawah sehingga perang. Keluarkan dan tekan kek dengan perlahan menggunakan penekan kek. 
  7. Sendukkan lagi 5 sudu besar adunan ungu, ratakan dan bakar menggunakan api atas sahaja. Ulang langkah yang sama untuk adunan kosong, tetapi setiap adunan kosong ditabur dengan buah prune.
  8. Bakar berlapis2 hingga masak.
  9. Guna api bhgn atas sehingga lapisan kedua terakhir.
  10. Lapisan terakhir bakar guna api bwh 170C selama 20-30 min atau sehingga masak



Wednesday, 29 June 2016

Tart Blueberry Cheese



    Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Dah dekat nak waktu berbuka puasa dah ni... Alang-alang dok tunggu, boleh la aku update resepi dulu kan.... Ni adalah salah satu biskut raya yang aku buat... Selalu buat tart nenas biasa tu, tapi kali ni buat yang inti blueberry pulak... Bukan apa, ada lebihan inti blueberry masa buat tart rosalinda sebelum ni... Kalau simpan lama-lama kompem sampai tarik luput. Pastu masuk tong sampah... Kan membazir.... Ok la, jom tengok resepinyaaa...



Tart Blueberry
C&P : K.Nor

Bahan-Bahan
250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum
inti blueberry secukupnya
1 sudu teh perisa/esen blueberry
pewarna purple (lebih kurang 1 sudu teh)
** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sket so tambah la tepung ya.. lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan tpg gandum

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air
Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Bahan taburan
parutan cheese secukupnya


Cara2:
  1. Ayak ke tiga2 tepung.
  2. Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur, garam, esen blueberry dan pewarna purple. Pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  5. Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
  6. Buat la cam biasa (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur dan tabur parutan cheese )
  7. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  8. Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


Kek Lapis Intan Terpilih


     Assalamualaikum semua... Ya Allah, lamanya aku tak update blog... Last sekali aku update masa 1 Ramadhan hari tu... Ni tinggal lebih kurang satu miggu lagi nak raya baru aku timbul... Nampak sangat aku ni malas masa bulan puasa... Bukan malas apa, malas nak masak jaa... Huhuuu.... Mintak maaf la ye kalau sapa-sapa yang mai jenguk tengok tak da resepi baru yang aku update... So, hari ni aku tebus kesalahan tu dengan update serepi kek lapis untuk hari raya nanti... Tak mau tulis panjang-panjang sebab sat gi nak update benda lain pulak.... Bye.... Selamat mencuba...


By: AlongRoz@HomeKreation
Saiz 9" persegi

BAHAN2:
16oz Butter
1/2 gelas / 90g Gula
10 bj Telur
1 cwn Susu Pekat
1½ gelas / 190g Tepung HongKong
1 gelas / 260g Serikaya
200g Horlick
½ cwn Santan Pekat
1 sb Ovalet
1 sb Pes Pandan
2 bungkus SaltCheese Crackers



CARA2:
  1. Pukul butter & gula sehingga kembang. Masukkan ovalet, telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan pes pandan, tepung, horlick, serikaya, susu pekat & santan.
  2. Ratakan 6 sb adunan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar sehingga keperangan & tekan dgn penekan kek sehingga rata. Ulangi selapis lagi & susun biskut di atas nya. Ulangi 2 lapis adunan & biskut sehingga sehingga habis.



Monday, 6 June 2016

Puding Roti Karamel



    Assalamualaikum semua.... Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan bulan ramadhan tahun ni.... Syukur sangat-sangat. Untuk menu pertama satu ramadhan hari ni , aku cuma buat menu yang simple ja... Kalau ikutkan macam-macam nak buat ni... Tapi bila diingatkan balik, kalau buat banyak-banyak nanti tak habis. Membazir pulak tu.... Unuk permulaan puasa ni aku buat puding je la... Sedap sikit makan masa sejuk-sejuk tu... Tadi boleh tahan juga cuaca panas... Memang menggoda masa nak ambil gambar... Sabar, sabar.... Huhuuu... Ok la, sampi sini dulu... Kalau rajin jumpa esok....

 




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana

C&P : K. Nor


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)


Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
  4. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Wednesday, 1 June 2016

Red Velvet Tiramisu Brownies


    Assalamualaikum.... Hari ni aku nak share resepi yang agak menarik sikit ... Sebabnya resepi ni gabungan dua rasa... Rasa red velvet seperti brownis bersama tiramisu yang memikat hati... Hahahaaa... Sedap tak ayat yang aku buat...? Aku rasa brownies ni lagi sedap kot.... Sebelom kita nak sambuat bulan puasa, boleh la menghadap kek ni... Pas ni dah tak berapa lalu dah.. dok nampak kuih la, agar-agar la, puding la... Macam-macam lagi la.... Ok la, nanti kita jumpa lagi... Byee... Lagi satu nak bagi tau, bahagian cream tu agak lembik dan tak tahan panas. Kena selalu simpan dalam peti sejuk. Nak makan baru keluarkan...






Resipi Oleh ~ Yummy Addiction ( TQ )
C&P : DIANA @ MELLEY

Ingredients
For the red velvet brownies
1 cup ( 125 g ) all-purpose flour
½ teaspoon baking powder
⅓ teaspoon salt
2 large eggs, at room temperature
½ cup ( 113 g ) unsalted butter
2 oz. dark chocolate
¾ cup ( 170 g ) granulated sugar
1½ teaspoon vanilla extract
2 tablespoons unsweetened cocoa powder
1 tablespoon red food coloring ( or as needed )
1 teaspoon apple cider vinegar

For the tiramisu
4 egg yolks
⅓ cup ( 67 g ) sugar
⅓ teaspoon vanilla extract
1 cup ( 225 g ) mascarpone cheese, at room temperature
½ cup ( 125 ml ) heavy whipping cream
½ cup cold-brewed coffee
3 oz. ( 85 g ) soft ladyfingers
cocoa powder, for topping
chocolate shaves, for topping ( optional )
 




Instructions
Red velvet brownies:
  1. Preheat oven to 350 degrees. Line an 8-inch square baking pan with parchment paper, and lightly spray with nonstick spray. Set aside.
  2. In a small bowl, combine flour, baking powder and salt. Set aside. In another small bowl, beat eggs until foamy. Set aside. Melt the butter and chocolate in a large microwave safe bowl in 30 second increments until melted. Stir in the sugar, vanilla, cocoa powder. Carefully whisk in the food coloring (to desired color) until combined. Sir in the vinegar. Slowly stir in the eggs, then fold in the flour mixture until it is all combined. Do not overmix. Pour batter into prepared pan and spread evenly. Bake for about 30-35 minutes, or until a toothpick inserted in the middle comes out clean. Place on wire rack to cool completely.
  3. Prepare a strong espresso coffee.
Tiramisu:
  1. Place the egg yolks and sugar in the heatproof bowl, and whisk together until they become pale yellow. Set a heatproof bowl on top of a saucepan of simmering water, making sure the water doesn't touch the bottom of the bowl. Cook on low, stirring and whisking constantly, until the mixture thickens and forms a ribbon trail on the surface when the whisk is lifted (for about 5-7 minutes). Remove from the heat and let cool slightly. Whisk in vanilla. Beat in the mascarpone until smooth. In a separate bowl, beat the whipping cream until soft peaks form. Gently fold into the cheese mixture.
To assemble the tiramisu brownies:
  1. Pour a quarter of the tiramisu mixture over the brownies and spread evenly over the top. Arrange the ladyfingers on top of the tiramisu mixture. Using a pastry brush, brush tops of ladyfingers with coffee until they are saturated. Pour remaining tiramisu mixture on top and spread evenly with a spatula. Sprinkle with cocoa powder and grated chocolate. Cover with plastic wrap and refrigerate at least 1 hour. Cut into bars and enjoy!
Notes
Store in refrigerator.